Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mira Filzah Kembali Jual Tudung, Mahu Bina Empayar Sendiri 

Pernah mengeluarkan tudung jenamanya sendiri pada tahun 2016, namun selepas dua tahun Mira Filzah terpaksa menutup perniagaannya kerana tidak menang tangan dengan tawaran lakonan pada ketika itu.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 2:06PM

Mira akui terpaksa menghentikan jualan MF Shawls pada 2016 bukan kerana tidak laku, tetapi kerana tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan. - Gambar Mira Filzah Team 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah mengeluarkan jenama tudungnya sendiri pada tahun 2016 yang bertahan selama dua tahun, kini pelakon popular, Mira Filzah kembali dengan bisnes yang sama. 

Menurut Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, dia terpaksa berhenti seketika pada tahun 2018 kerana tidak menang tangan dengan tawaran dalam bidang seni.

“Sebenarnya minat saya dalam bidang perniagaan ini telah hadir sejak saya masih menuntut di UiTM. Ketika itu saya jual tudung dalam blog. 

“Kemudian pada tahun 2016, saya keluarkan tudung jenama MF Shawls. Saya pakai tudung itu dalam drama Cinta Si Wedding Planner. Alhamdulillah, perniagaan itu berjalan dengan sangat baik pada ketika itu.

“Tetapi kemudian, saya terpaksa tutup bukan kerana tak laku, tetapi saya sendiri tak menang tangan untuk memenuhi permintaan.  

“Akhirnya, selepas beberapa tahun, saya rasa tahun ini adalah tahun yang terbaik untuk saya mulakan semula bisnes saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran jenama tudung, Mira Filzah.

Gaya Mira di Majlis Pelancaran tudungnya baru-baru ini. - Gambar Mira Filzah Team
Gaya Mira di Majlis Pelancaran tudungnya baru-baru ini. - Gambar Mira Filzah Team

Mengakui kurang pengalaman dalam bidang perniagaan, kata Mira perkara itu adalah cabarannya dalam merealisasikan impiannya bergelar ahli perniagaan. 

“Cabaran saya lebih kepada produksi dan operasi kerana saya tiada pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan, ‘Team’ saya pun masih lagi kecil. Tetapi banyak yang saya belajar tentang produksi dan operasi daripada peringkat asas lagi. Ia bukan seperti kolaborasi dengan jenama lain di mana proses itu lebih mudah,” ujarnya.

Mira Filzah bersama sebahagian rakan selebriti yang turut hadir ke majlis pelancaran jenama tudungnya. - Mira Filzah Team
Mira Filzah bersama sebahagian rakan selebriti yang turut hadir ke majlis pelancaran jenama tudungnya. - Mira Filzah Team

Melihat  ramai rakan selebriti mempunyai jenama tudung sendiri dan kebanyakan mereka sangat berjaya, Mira mengakui, menjadikan kejayaan rakan selebriti lain sebagai sumber inspirasi.

“Saya tidak tertekan melihat keadaan ini tetapi menganggap mereka sebagai panduan. Jika mereka boleh berjaya, saya juga boleh berjaya. 

“Untuk koleksi pertama saya ini, saya tak pernah letakkan sasaran untuk memastikan ia ‘sold out’ dalam masa yang singkat. Saya pun tidak keluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana risau juga dengan penerimaan pelanggan.

“Sekarang ini pula musim perayaan, masing-masing juga sudah punya jenama kegemaran masing-masing. Saya pula baru nak kenalkan jenama baru. Tetapi kita telah pun mempunyai koleksi rekaan baru untuk setiap bulan sehinggalah ke akhir tahun ini,” kongsinya. 

Koleksi tudung eksklusif Mira Filzah dijual dibawah RM100. - Gambar Mira Filzah Team
Koleksi tudung eksklusif Mira Filzah dijual dibawah RM100. - Gambar Mira Filzah Team

Pernah menjadi duta kepada tudung Ariani selama beberapa tahun, kata Mira dia mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama jenama terkenal itu, kerana mahu menghasilkan jenama sendiri. 

“Kontrak saya sudah tamat pada tahun lepas. Mereka minta untuk sambung, tetapi saya cakap dengan Datin Farah, saya ingin keluarkan tudung jenama sendiri. Dia juga menyokong usaha saya dan ada memberikan nasihat,” katanya.

Bercakap mengenai tudung yang dikeluarkan, kata Mira harga untuk setiap koleksi adalah di bawah RM100. Nama setiap koleksi pula di ambil sempena karya-karya yang pernah dibintangi oleh Mira iaitu Sweet Dreams dan Rise.

Nama setiap koleksi pula di ambil sempena karya-karya yang pernah dibintangi oleh Mira iaitu Sweet Dreams dan Rise. - Gambar Mira Filzah Team
Nama setiap koleksi pula di ambil sempena karya-karya yang pernah dibintangi oleh Mira iaitu Sweet Dreams dan Rise. - Gambar Mira Filzah Team

Beralih ke soal kerjaya seni, ketika ini drama lakonan Mira iaitu Imam Instant, Ustazah Scammer sedang rancak ditayangkan di Astro Ria. Drama ini merupakan drama ‘comeback’ Mira selepas dia melahirkan anak sulungnya. – Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lelaki 'Bertudung' Rakam Video Dalam Tandas Wanita Diberkas

4

TARA 11 bulan yang lalu

Buttonscarves Berkolaborasi Dengan Mira Filzah, Buka Butik Terbaharu Di Pavilion Kuala Lumpur

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Muzik 5 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran