web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

Pelakon, Che Ta meluahkan rasa terkilan apabila ada wanita di luar sana sanggup menjadi model tudung demi wang, sedangkan memakai tudung adalah tuntutan agama

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 12:21PM

gambar Instagram Che Ta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, akui terkilan susulan tindakan sesetengah wanita yang memilih untuk memakai tudung disebabkan wang.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai  Che Ta ini, dia bukanlah ingin berlagak baik disebabkan sudah berhijab, tetapi perbuatan memakai tudung kerana mengejar bayaran adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.  

"Saya agak terkilan apabila ramai yang mengabaikan perintah Allah untuk bertudung. Tetapi apabila dibayar untuk jadi model, mereka sanggup pakai tudung. Mereka lebih akur dengan perintah manusia berbanding tuhan.

"Lepas tu cakap doakan saya dapat hidayah. Hidayah itu tak boleh harap orang doa, kita kena cari sendiri.”

"Setelah kita berubah (hijrah) itu yang kita kena istiqamah. Sebenarnya istiqamah itu senang jika kita tahu niat kita kenapa kita berubah, Insya-Allah kita akan istiqomah," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini. 

Dalam perkembangan  lain, sepanjang bulan Ramadan tahun ini, Che Ta sibuk menguruskan perniagaannya dan bakal masuk set penggambaran telemovie pada Syawal nanti. 

"Saya akan menjalani  penggambaran sebuah telemovie raya nanti. Saya terima sebab penglibatan saya hanya tiga hari.”

"Selain itu saya sibuk dengan perniagaan saya. Tahun ini saya ada keluarkan set baju raya di mana saya jual kaftan yang didatangkan bersama tudung dan lip matte. Saya jual tak mahal, RM169 sahaja dapat tiga barang," jelasnya. 

Ditanya mengapa dia meletakkan harga yang murah, anak jati kelahiran Alor Setar Kedah ini berkata, dia prihatin dengan nasib wanita di luar sana. 

"Sebenarnya  saya prihatin dan mendengar keluh kesah wanita-wanita di luar sana yang terbeban dengan keadaan ekonomi masa kini.

"Kata mereka bajet nak beli baju raya RM200 pun dah kira cukup mahal. Anak-anak mula sesi persekolahan awal Ramadan. Banyak wang diperlukan untuk persiapan anak ke sekolah.

"Dalam masa yang sama mereka perlu buat persiapan  untuk menyambut hari raya Aidilfitri.”

"Jadi saya keluarkan set baju raya ini dengan harga RM169 kerana saya ingin melihat wanita di luar sana dapat pakai baju baru Syawal ini.

 "Sunat untuk memakai baju baru di hari raya. Biarlah untung tak banyak, tetapi kita hasilkan dalam kuantiti yang banyak," kongsinya.  – Getaran, 20 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lelaki 'Bertudung' Rakam Video Dalam Tandas Wanita Diberkas

2

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Penghidap Vitiligo Mahu Pecah Stereotaip Kecantikan, Bukti Mampu Jadi Model

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mira Filzah Kembali Jual Tudung, Mahu Bina Empayar Sendiri 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa