web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penghidap Vitiligo Mahu Pecah Stereotaip Kecantikan, Bukti Mampu Jadi Model

Sering berkongsi perjalanannya sebagai pesakit vitiligo menerusi penulisan blog dan media sosial, Siti Nuur Hidayu juga mahu memberi inspirasi kepada individu dan golongan mengalami nasib sepertinya untuk tidak merasa tersisih dan kekurangan.

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 8:15AM

Siti Nuur Hidayu Muhammad mengenakan solekan pada wajahnya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menghidap vitiligo atau sopak, yang menjadikan kulit tampak bertompok bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu Muhammad, 33, menceburi dunia peragaan dan seterusnya memecahkan stereotaip bidang berkenaan.

Mula menghidapi penyakit itu yang menyebabkan kulit kehilangan warna atau pigmen sekali gus menampakkan kulit muka tampak bertompok putih sejak berusia 19 tahun, wanita ini bangkit dengan menjadikan ia sebagai keunikan dan bukannya kekurangan diri.

Beliau yang juga penolong pengurus di sebuah pusat ekonomi digital juga tidak membawa misi peribadi semata-mata, sebaliknya mahu menjadikan bidang glamor itu sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan penyakit 'rare' atau jarang dijumpai itu. 

Sering berkongsi perjalanannya sebagai pesakit vitiligo menerusi penulisan blog dan media sosial, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Haiwan dari Universiti Putra Malaysia ini juga mahu memberi inspirasi kepada individu dan golongan mengalami nasib sepertinya untuk tidak merasa tersisih dan kekurangan. 

"Bukannya mudah untuk menghadapi perspektif negatif masyarakat, malah saya pernah ditolak oleh segelintir masyarakat kerana keadaan saya ini, namun memori hitam seperti itulah yang menjadi penguat semangat," katanya kepada Bernama.

Siti Nuur Hidayu berkata dek kurang pendedahan, ada juga yang takut untuk mendekati dirinya kerana beranggapan penyakit itu berbahaya serta boleh berjangkit, malah tidak kurang juga ada yang mencemuh dan memandang hina kerana perbezaan fizikal itu. 

"Kalau diikutkan vitiligo bukan penyakit keturunan kerana tiada ahli keluarga saya menghidap penyakit itu sebaliknya ia berkaitan gangguan autoimun. Pada mulanya saya juga tidak tahu mengenainya dan sedar tompok putih muncul pada tangan saya selepas cedera terkena parang.

“Saya sangka perkara biasa saja tetapi lama kelamaan tompok-tompok mulai merebak ke bahagian badan yang lain," katanya.

Mengimbau kembali awal pembabitannya dalam kerjaya peragaan pada 2018, ibu kepada dua anak ini juga tidak pernah menyangka akan menceburi bidang glamor itu memandangkan beliau seorang yang pemalu dan tidak suka menonjolkan diri.

Mengakui agak kekok beraksi di hadapan kamera pada awal pembabitannya, Siti Nuur Hidayu berkata perkara itu berjaya diatasinya menerusi latihan yang diberi oleh pihak agensi. 

"Pada mulanya saya nampak iklan mencari model bagi mereka yang mempunyai ciri fizikal istimewa, jadi saya cuba nasib dengan mengisi borang, dan tidak sangka dipanggil untuk uji bakat. Saya tidak sangka diterima sedangkan untuk berswafoto pun saya rasa kurang minat dan yakin, tetapi kini boleh jadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan sampingan ," katanya.

Siti Nuur Hidayu juga kini boleh berbangga kerana terpilih sebagai model ‘stock photos’ seperti iStock dan Canva untuk pasaran antarabangsa, malah turut menjadi wajah pilihan untuk kempen beberapa jenama kosmetik tempatan. 

Beliau berharap penglibatannya dalam bidang itu mampu membuka mata dan minda masyarakat mengenai vitiligo dan akan memberi masa depan yang lebih baik kepada generasi masa hadapan yang senasib dengannya. 

"Kita perlu raikan perbezaan  baik dari segi fizikal, minat dan sebagainya, dan bukannya menyisihkan golongan yang dilihat berbeza," katanya. - Bernama

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ayuh! Kenali Model Korea-Nigeria Terkenal, Jenny Park, Artis Naungan SM Entertainment 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pemain Bola Sepak Sensasi, Kylian Mbappe Bercinta Dengan Model Transgender ? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan