web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ayuh! Kenali Model Korea-Nigeria Terkenal, Jenny Park, Artis Naungan SM Entertainment 

Lahir pada 2006, pada usia seawal ini, Jenny Park telah pun berjaya meraih kontrak dengan agensi modeling yang cukup popular iaitu Esteem serta turut bernaung di bawah syarikat SM Entertainment – ya sebelum dia mencecah usia 18 tahun.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 5:22PM

Jenny Park - Gambar Instagram Jenny Park

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, Korea telah memiliki seorang model lelaki Korea-Nigeria bernama Han Hyun Min yang meraih populariti sejak dari zaman remajanya lagi. 

Sejak itu, muncul beberapa model lain yang juga berlatarbelakangkan darah campur Korea dan Nigeria dan tidak lama selepas itu, Bae Yu Jin muncul dan menjadi model wanita dari etnik Korea Nigeria yang pertama. 

Nampaknya, kedua-dua mereka telah menyerahkan baton mereka kepada seorang model Korea-Nigeria yang baru saja meniti usia 17 tahun iaitu Jenny Park. 

Lahir pada 2006, pada usia seawal ini, Jenny Park telah pun berjaya meraih kontrak dengan agensi modeling yang cukup popular iaitu Esteem serta turut bernaung di bawah syarikat SM Entertainment – ya sebelum dia mencecah usia 18 tahun. 

Walaupun berhadapan dengan kenyataan-kenyataan berunsur rasis terhadap darah campur yang dimilikinya, namun Jenny Park tidak mengendahkan semua itu. 

Bahkan, dia berjaya menepis segala kata-kata negative itu dengan menumpukan impiannya untuk menjadi model. 

Selepas berkali-kali mencuba untuk melangkah masuk ke industri tersebut, akhirnya segala usaha dan penat lelahnya itu berbaloi apabila kerjaya modelingnya mula berhasil pada 2020. 

Dalam tempoh itu, dia telah pun menjadi model untuk iklan komersil bagi jenama popular seperti McDonald’s, New Balance, Dr.Jart+, Fresh Beauty, Vans dan Crocs. 

Skil modeling dan visual hebat daripadanya juga membolehkannya meraih kolaborasi dengan beberapa jenama mewah seperti Ferragamo, BVLGARI, Miu Miu, Valentino dan MCM. 

Bahkan, dia juga turut dipilih menjadi penghias wajah untuk beberapa majalah popular seperti Elle, Cosmopolitan, Marie Claire, Noblesse, Vogue dan Singles. 

Walaupun kerjaya modelingnya semakin memuncak, namun Jenny Park tetap meneruskan pengajiannya di Hanlim Arts High School. Bahkan, dia turut memuat naik kehidupannya sebagai seorang pelajar menerusi saluran YouTube miliknya sendiri, Jenny Park. – Getaran, 12 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

2

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Penghidap Vitiligo Mahu Pecah Stereotaip Kecantikan, Bukti Mampu Jadi Model

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pemain Bola Sepak Sensasi, Kylian Mbappe Bercinta Dengan Model Transgender ? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 10 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...