web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemain Bola Sepak Sensasi, Kylian Mbappe Bercinta Dengan Model Transgender ? 

Foto Mbappe dan model yang dikenali sebagai Ines Rau itu telah berjaya dirakam jurufoto sewaktu mereka berdua sedang bermesraan di atas kapal layar.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 8:00PM

Kylian Mbappe dan Ines Rau - Gambar Twitter dan Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemain bola sepak sensasi dari Perancis, Kylian Mbappe yang baru sahaja dijulang selepas mempamerkan aksi cemerlang di pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang lalu telah digosipkan bercinta dengan model transgender.

Mbappe, 24, telah menjadi topik hangat netizen di media sosial selepas foto-fotonya yang mempamerkan aksi mesra bersama rakan pemain bola sepak seperti Achraf Hakimi dan Olivier Giroud menjadi tular. 

Aksi mesra yang dipamerkan Mbappe itu telah menimbulkan spekulasi bahawa dia sebenarnya adalah seorang homoseksual.

Malah, di Perancis sendiri, gosip cinta di antara Mbappe dan peragawati transgender bernama Ines Rau mula bertebaran selepas kedua-dua mereka dirakam bermesraan di atas kapal layar.

Ines Rau merupakan model transgender pertama yang muncul sebagai penghias muka depan majalah Playboy. Kejelitaan Ines juga berjaya menarik perhatian syarikat kosmetik terkenal iaitu L'Oréal Paris untuk menjadikannya sebagai model mereka.

Sewaktu awal kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 bermula, Mbappe dikatakan enggan ditemu bual sewaktu sesi sidang media selepas perlawanan membabitkan Perancis.

Ini kerana dia dikatakan cuba mengelak untuk menjawab soalan tentang LGBT yang menjadi topik hangat di Piala Dunia Qatar selepas beberapa pasukan dilihat cuba melakukan protes antaranya Jerman dan England.

Sebelum digosipkan bercinta dengan Ines Rau, Mbappe dikatakan telah bercinta selama beberapa tahun dengan Ratu Cantik Perancis bernama Alicia Aylies. Kelibat Alicia sering kelihatan hadir di stadium untuk memberi sokongan kepada Mbappe yang bermain untuk kelab PSG. 

Nama Mbappe menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia apabila dia berjaya menjaringkan tiga gol sewaktu menentang pasukan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung pada Ahad lepas.

Mbappe juga telah menerima Anugerah Kasut Emas selepas menjaringkan lapan gol pada kejohanan tahun ini. - Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

2

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Penghidap Vitiligo Mahu Pecah Stereotaip Kecantikan, Bukti Mampu Jadi Model

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ayuh! Kenali Model Korea-Nigeria Terkenal, Jenny Park, Artis Naungan SM Entertainment 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 9 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...