Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 6:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Showtime 1958

Seronok betul mendendangkan lagu raya berjudul ‘Selamat Hari Raya’ bukan? Maklumlah, Syawal akhirnya menjelma. Tetapi tahukah anda tentang kisah di sebalik lagu ikonik ini? 

Jika anda ingin tahu bagaimana lagu siulan ramai ini dihasilkan, cubalah luangkan masa menonton filem Showtime 1958 di Netflix.

Filem ini memaparkan kisah benar di sebalik lagu ‘Selamat Hari Raya’ yang ditulis pada tahun 1958, oleh P. Ramlee dan Jamil Sulong semasa pertunjukan pelbagai yang mereka anjurkan untuk mengumpul dana untuk rakan-rakan penghibur dan rakan-rakan yang telah kehilangan pekerjaan di Studio Jalan Ampas, Singapura. 

Selain itu, filem Showtime 1958 ini juga akan membawa anda mengimbau kembali kenangan suka-duka anak-anak seni tempatan suatu ketika dahulu yang cuba bangkit setelah hebat diasak dengan kemajuan teknologi. 

Kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif serta kemasukkan filem asing, menyaksikan kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar tahun 1950-an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi.

Filem arahan dan tulisan Anwardi Jamil ini menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid. – Rahayu MN 

 

Anak Bulan 

Telefilem komedi penuh nostalgia terbitan syarikat produksi daripada Singapura, Papahan Films  ini telah pun ditayangkan pada tahun 2015 dan kini ia boleh ditonton di Netflix. 

Berlatarbelakangkan tahun 1969 iaitu dua hari sebelum raya, telefilem arahan Raihan Halim ini mengisahkan sebuah keluarga iaitu Muhammad yang berusia 12 tahun, abangnya Zaki dan ibu bapanya, Salihin serta Hasnah yang tidak melakukan apa-apa persiapan raya dengan segera. 

Tetapi apabila mereka diberitahu bahawa anak bulan (bulan sabit) dilihat lebih awal daripada yang dijangkakan dan Hari Raya akan berlaku pada keesokan harinya, mereka kemudian terburu-buru untuk melakukan persiapan dalam tempoh masa kurang daripada 12 jam. 

Pada waktu yang sama, Muhammad dan keluarganya juga perlu bersaing dengan keluarga lain yang juga turut membuat persiapan Hari Raya pada saat-saat terakhir seperti mana mereka. 

Apa yang terjadi seterusnya? Saksikan telefilem lucu dan menarik yang dibintangi Noriff Danial Ashriq, Zaki Salihan, Renny Tan, Sue Tan, Chong Su-Lynn, Geok Hua dan Aaron Khaled ini di Netflix – Ellyna Ali 

 

Shehzada 

Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, pasti ada segelintir dari kita sudah biasa layan filem-filem Hindustan dengan keluarga masing-masing.

Jadi bagi hari raya kali ini, platform Netflix membawakan anda sekeluarga filem ‘Shehzada’ sebuah naskah romentik komedi di bawah arahan Rohit Dhawan.

Filem yang dibintangi oleh Kartik Aryan, Kriti Sanon, Paresh Rawal dan ramai lagi ini merupakan remake dari filem Telugu yang bertajuk ‘Ala Vaikunthapurramuloo’.

Naskhah filem Shehzada ini mengisahkan tentang kehidupan Bantu (Kartik Aaryan) sebagai anak pembantu kepada keluarga kaya, The Jindal Group. 

Imbas kembali 25 tahun lalu, Valmiki (Paresh Rawal) telah menukar anak lelakinya dengan anak lelaki kepada pasangan Yashu (Manisha Koirala) dan Randeep (Ronit Roy) kerana jururawat (Sharvari Lokhare) menyangka yang bayinya itu telah mati. 

Selepas berjaya menukar kedua-dua bayi, tanpa disangka bayi yang dikatakan telah mati rupanya ‘hidup’ kembali. Namun, Valmiki tetap membiarkan bayinya itu dimiliki Yashu dan Randeep kerana mahu melihat anaknya itu hidup mewah dan terjamin masa depan. 

Sepanjang Bantu membesar, dia dilarang sama sekali untuk masuk ke perkarangan rumah The Jindal Group, cukup hanya sampai di hadapan pintu pagar. 

Bantu tak pernah peduli pun dengan kemewahan kepunyaan The Jindal Group namun takdir mempunyai haluannya tersendiri untuk membawa Bantu kembali kepada pangkuan keluarganya asalnya semula.  

Jangan lupa layan filem ‘Shehzada’ pada petang raya kali ini bersama keluarga anda. Selamat menonton. – Rubini Nagarajah 

 

Inception

Sebuah filem aksi sains fiksyen berkisahkan tentang seorang pencuri profesional Cobb (lakonan Leonardo DiCaprio) dan Arthur (lakonan Gordon-Levitt) yang mencuri maklumat dengan menyusup ke dalam minda separa sedar menggunakan alat teknologi yang diciptanya sendiri.

Cobn telah menerima satu tawaran untuk menghapuskan sejarah seorang penjenayah menggunakan kaedah yang sama. Namun pada kali ini, keadaan memaksanya untuk menyusup masuk ke dalam minda separuh sedarnya sehingga tiga kali ganda bagi menyelesaikan misi tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi parah apabila berlaku kecederaan dan tragedi sehingga dia terpaksa masuk kedalam lapisan empat minda separuh sedarnya bagi menyelamatkan keadaan.

Filem yang diarahkan oleh Christopher Nolan dan ditayangkan pada 2010 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan - Getaran, 23 April 2023 

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya