Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 5:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fake Profile 

Drama bersiri dari Colombia ini mengisahkan tentang seorang penari di kelab malam di Las Vegas, Amerika Syarikat iaitu Camila yang telah berkenalan dengan seorang jejaka tampan di aplikasi Tinder. 

Jejaka berkenaan menggunakan nama Fernando dan berkerjaya sebagai seorang doktor bedah kosmetik di Colombia. Sewaktu berkenalan, Camila memberitahu bahawa dirinya adalah seorang jururawat. 

Selepas beberapa pertemuan dan menjalin hubungan intim, Camila mula jatuh cinta dengan Fernando. Pada masa yang sama, bekas kekasih Camila yang merupakan seorang kaki pukul kembali obses kepada. Camila akhirnya berterus terang tentang kerjaya sebenarnya kepada Fernando. Dan Fernando tidak marah terhadapnya. 

Pada satu hari, Camila menjemput Fernando untuk makan malam di rumahnya bersama teman-teman. Tetapi selepas menunggu berjam-jam, Fernando tidak muncul. Fernando akhirnya menghubungi Camila dan memberitahu dia terpaksa pulang ke Colombia kerana kakaknya terlibat dengan kemalangan. 

Tidak sanggup menanggung rindu, Camila membuat keputusan untuk ke Colombia mencari Fernando. Namun setibanya dia di sana, dia dikejutkan dengan kebenaran yang menyakitkan bahawa Fernando sebenarnya menipunya. 

Namanya bukanlah Fernando tetapi Miguel. Dan dia juga bukan seorang doktor, tetapi bekerja sebagai jurutera di syarikat bapa mentuanya. Miguel juga adalah seorang lelaki yang sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata. Miguel telah membuat akaun palsu di Tinder menggunakan identiti orang lain. 

Akibat dendam kerana diperdaya, Camila membuat keputusan untuk menyewa di sebelah rumah Fernando dan menjadi jirannya. Apakah yang akan terjadi selepas itu. Saksikan kesudahan drama menarik ini di Netflix. – Helmi Anuar 

Ghost Doctor

Drama ini adalah antara drama K-Pop yang mendapat sambutan hangat pada 2021. Ia mendapat perhatian daripada peminat bukan dari Korea semata-mata malah antarabangsa, apatah lagi dilakonkan oleh Rain, yang merupakan pelakon terkenal Korea Selatan.

Rain, atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon,  yang juga seorang penyanyi, muncul dalam drama ini selepas tiga tahun berehat. 

Ghost Doctor memperkenalkan konsep ‘hantu koma' dan digarap menjadi drama perubatan serta fantasi arahan Boo Seong-cheol.Ia berkisar kepada dua orang doktor, yang berhubung antara satu sama lain melalui cara yang pelik.

Dalam drama ini, Cha Young-min lakonan Rain adalah seorang pakar jantung yang terkenal namun angkuh. Selepas terlibat dalam kemalangan, Young-min mengalami koma dan hantunya merayau di seluruh pelusuk hospital.

Young-min kemudiannya mendapat peluang untuk merasuk seorang doktor pelatih, Go Seung-tak (Kim Bum), yang kebetulan boleh melihat makhluk halus.

Mereka kemudiannya bergabung di dalam badan Seung-tak hinggakan doktor pelatih itu menjadi pakar jantung yang genius dan terlibat dalam pembedahan yang sukar serta kontroversi.

Menurut Nielsen Korea, 'Ghost Doctor' telah mencatatkan rekod tertinggi dalam jumlah tontonan disebabkan jalan ceritanya yang unik. Ia boleh ditonton di Netflix. - Habibah Omar

Black Sea

Ia bukan filem baru, namun lakonan Jude Law sebagai kapten kapal selam milik syarikat kejuruteraan dasar laut, Agora cukup berkesan.

Robinson (Law) berdepan saat paling gelap dalam hidup apabila rumah tangganya hancur dan syarikat tiba-tiba memecatnya.

Tiada siapa menyangka pemecatan itu hanyalah taktik kotor syarikat untuk meraih sesuatu yang berharga di dasar Laut Hitam selepas mendapat tahu bahawa Robinson sebenarnya menemui lokasi sebuah U-Bot milik Nazi yang karam ketika Perang Dunia Kedua.

Filem bergenre thriller arahan Kevin Macdonald ini turut dibintangi aktor ternama seperti Ben Mendelsohn, Scoot McNairy dan Bobby Schofield.

Apakah yang sebenarnya tertanam di dasar Laut Hitam, dan berjayakah Robinson dan anak kapalnya dalam misi misteri penuh aksi mendebarkannya ini. Saksikannya hanya di Netflix. – Suzan Ahmad 

 

Hajj Training Session 1 & 2 - Sh Yahya Ibrahim

Adakah anda atau orang terdekat sedang merancang untuk menunaikan haji? Jika ya, sudahkah anda menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji di surau atau masjid terdekat? Banyak ilmu yang dikongsikan semasa kelas-kelas berikut. 

Tapi pernahkah anda terfikir bagaimanakah saudara-saudara Islam kita di negara luar di mana Islam adalah agama minoriti membuat persiapan haji?

Dalam dua video ‘Hajj Training Session 1 & 2’ yang dikongsikan oleh Sh. Yahya Ibrahim di YouTube ini, ada banyak maklumat penting tentang persiapan untuk menunaikan haji yang berguna untuk Muslimin dan Muslimat, dari negara apa pun. 

Daripada segi persediaan ihram, bekalan perubatan sehinggalah tingkah laku di Tanah Suci, semuanya ada. Cara penyampaiannya juga menggunakan bahasa Inggeris mudah dan tidak bertele-tele.

Senang cerita, jika perlu ‘ulang kaji’ instant, atau mahu mempelajari asas persediaan haji, kedua-dua video inilah yang patut anda tonton. Ia juga sesuai ditonton oleh mereka yang mahu menunaikan umrah.

Semoga berguna untuk kita semua dan semoga kita dijemput oleh-Nya untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.  - Ili Farhana

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City