web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 6:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Raya Tak Jadi 

Filem komedi arahan Prof Abdul Razak Mohaideen ini dibintangi pelawak terkenal negara iaitu Saiful Apek dan Johan Raya Lawak. 

Filem ini menceritakan tentang seorang ahli perniagaan bernama Leo yang merancang untuk menunda hari raya Aidilfitri kerana kontena kurmanya yan gingin dijual sebelum raya tidak sampai. 

Oleh itu dia telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Haji Ehsan (Datuk Jalaluddin Hassan) . 

Leo telah mengarahkan dua pekerjanya iaitu Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka telah berjaya menculik Haji Ehsan namun telah tertukar teksi yang ada Haji Ehsan di dalamnya dengan teksi yang lain. 

Teksi yang lain itu kepunyaan Shuib (Saiful Apek) yang mempunyai seorang adik bernama Bob (Johan Raja Lawak). Mereka terkejut menemui Haji Ehsan di dalam teksi mereka dan menyangkakan bahawa Haji Ehsan telah mati. 

Sewaktu mereka ingin menanam mayat Haji Ehsan, tiba-tiba Haji Ehsan hidup dan membuatkan mereka terkejut. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan kesudahan filem ini hanya di Netflix. – Helmi Anuar 

 

Land

Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu 'siksaan' apatah lagi jika menyaksikan individu berkenaan menghembuskan nafas terakhir di depan mata. Pelbagai perkara bermain di dalam kotak fikiran termasuk memori indah ketika bersama.

Itu yang dialami Edee Holzer lakonan Robin Wright saat dia berduka selepas kematian suami dan anak lelakinya dalam satu kejadian tembakan rambang.

Edee terpaksa bergelut dengan perasaan sendiri. Dia berputus asa untuk hidup. Semua perkara yang dipandangnya menjadi sepi dan tidak lagi memberikan kegembiraan hingga akhirnya Edee memilih untuk menyendiri serta menjauhkan diri daripada orang ramai.

Dia berpindah ke satu kawasan pergunungan yang terpencil di Wyoming sebagai salah satu proses penyembuhan jiwa. Edee membeli sebuah kabin dan cuba hidup di situ tanpa kemudahan moden.

Disebabkan tiada kemahiran asas, Edee hampir maut akibat kebuluran, mujurlah seorang lelaki, Miguel lakonan Demián Bichir, menyelamatkannya. Lelaki itu banyak menolong Edee.

Miguel, yang turut mengalami kehilangan dalam hidup apabila isteri dan anak perempuannya meninggal dunia dalam kemalangan, sebenarnya sedang bertarung dengan penyakit kanser.

Bagaimanapun keadaan Miguel yang nazak itu menyedarkan Edee untuk kembali semula ke dunia nyata. Land boleh disaksikan di Netflix. - Habibah Omar

 

A Good Person

Tidak sengaja sebenarnya tertonton filem lakonan aktor hebat Florence Pugh dan Morgan Freeman ini. Tercari-cari hiburan ringan di hari cuti sambil bersantai-santai di rumah kononnya. Namun filem bergenre drama berat berjudul A Good Person pula yang terhidang di depan mata.

Filem arahan Zach Braff ini berkisar mengenai Allison (Pugh), seorang penyanyi dan komposer cukup berbakat. Dia juga ditakdirkan mempunyai tunang serta keluarga yang sangat memahami dan begitu membahagiakan.  

Sehinggalah hidupnya berubah 360 darjah akibat satu kemalangan yang turut mengorbankan bakal kakak iparnya sendiri.

Filem ini membentangkan lapis demi lapis kejatuhan dan kebangkitan Allison dalam berdepan ketagihan serta kehilangan orang tersayang. 

Semestinya sebuah filem yang wajar untuk kita tonton terutama dengan kelibat Florence Pugh sebagai tonggak utamanya. – Suzan Ahmad

 

 

Pinkfong Sing-Along Movie 2: Wonderstar Concert 

Ini bukan cadangan sarcastic. Usul ini benar-benar ikhlas. Satu hal yang sering diperhatikan penulis ketika lebaran ialah televisyen di ruang tamu setiap rumah terbuka pasti dinyalakan. Adakalanya ada yang menonton apa yang ditayangkan, tapi selalunya ia menjadi seperti 'white noise' atau bunyi latar belakang sahaja. 

Boleh tahan bingit jika yang ditayangkan itu filem aksi atau filem yang banyak babak pergaduhan atau jerit-jerit.

Mengapa tidak dipasangkan rancangan warna-warni riang yang satu ini. Tidak seperti rancangan kanak-kanak lain yang adakalanya terlebih 'hyper', filem 'sing-along' Pinkfong ini agak masuk akal dan lagu-lagunya menarik.

Memang ada lagu 'Baby Shark' tapi tahan sahajalah, lebih baik daripada menonton dan mendengar bunyi bising letupan, jeritan atau babak canggung lain daripada filem atau siri Netflix dan siaran TV tempatan lebaran ini.

Yang kecil pasti gembira, yang dewasa senang hati. Pinkfong Sing-Along Movie 2: Wonderstar Concert boleh ditonton di Netflix. - Ili Farhana

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini