Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Murder Mystery 2

Jika anda sudah menonton sekuel yang yang pertama, jangan sesekali lepaskan peluang menonton Murder Mystery 2 pula di Netflix. Ia adalah filem yang sesuai untuk berehat selepas melalui hari yang panjang. 

Biarkan diri anda dibawa dengan gelak ketawa dan hiburan tanpa henti. Keserasian Jennifer Aniston dan Adam Sandler sememangnya tidak dapat ditandingi. Keletah komedi mereka nampak bersahaja dan ini menjadikan gandingan mereka gandingan sempurna dalam filem komedi sekuel arahan Jeremy Garelick ini. 

Secara ringkasnya, dalam Murder Mystery 2 kali ini, pasangan suami isteri, Nick Spitz (Adam Sandler) and Audrey Spitz (Jennifer Aniston) telah diundang menghadiri majlis perkahwinan mewah rakan baik mereka, Vikram "The Maharajah" Govindan, 

Tiba-tiba berlaku kes pembunuhan misteri yang tidak dijangka di majlis perkahwinan tersebut dan Vikram pula hilang secara tiba-tiba. Nick serta Audrey sekali lagi berusaha untuk menyelesaikan kes misteri tersebut, namun terpaksa melalui pelbagai adventure penuh mencabar. 

Perlu diingatkan, walaupun tajuk filem ini kedengaran serius, namun ia bukanlah filem thriller aksi yang serius atau drama yang memerlukan penghayatan tinggi. 

Ia hanyalah komedi yang menyeronokkan dan ringan yang direka untuk membuat anda ketawa dan berasa gembira. Plotnya hebat, watak-wataknya menarik, dan jenaka yang dipersembahkan juga menjadi. Senang cerita, tidak klise atau membosankan. – Rahayu MN 

Vehicle 19

Sebuah filem aksi thriller berkisahkan tentang seorang banduan di bawah pemantauan parol, Michael Woods lakonan Paul Walker yang baru keluar dari penjara dan ingin bertemu keluarganya di Johannesburg. 

Michael yang menyewa sebuah kereta terkejut apabila dia menjumpai sebuah telefon bimbit dan sepucuk pistol dibawah kerusi pemandu. Lebih malang lagi, dia menjumpai seorang wanita di bahagian belakang yang sedang diikat kedua belah kaki dan tangannya. 

Wanita tersebut merupakan seorang peguam yangs sedang membongkar kerja-kerja haram dan jenayah yang dilakukan Rhodes, ketua polis di bandar tersebut. Pelbagai tragedi dan aksi tembak-menembak berlaku ketika mereka dalam perjalanan menghantar bukti di mahkamah.

Filem yang diarahkan oleh Mukunda Michael Dewil dan ditayangkan pada 2013 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan

Amigos

 

Sebuah filem yang mula ditayangkan di pawagam sejak  10 Februari lalu dan kini telah pun menghiasi tersenarai di platform Netflix pada minggu ini.

Filem arahan Rajendra Reddy ini membawa kisah penemuan secara tidak langsung pelanduk tiga serupa yang tidak mempunyai kaitan secara biologi.

Penuh aksi dan drama ini, Amigos membawa kisah mengenai seorang pemuda bernama Siddharth (Kalyan Ram), yang menjalankan perniagaan keluarga terkejut apabila dia bertemu dengan pelanduk dua serupanya iaitu Manjunath (Kalyan Ram) dan Michael (Kalyan Ram) di sebuah aplikasi yang dipanggil ‘getdopple.com’.

Sejurus itu, mereka bertiga mengambil keputusan untuk bertemu di Goa dan berkongsi kisah dan perjalanan hidup masing-masing.

Ketiga-tiga mereka kemudian, membantu sesama mereka untuk memenangi cinta hati mereka masing-masing, namun keadaan berubah secara drastik apabila National Investigation Agency’  mula bertindak untuk menangkap Michael, aka Bipin Roy. 

Jadi, apakah rancangan Bipin, dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan Siddharth dan Manjunath. Mampukah mereka membantu Bipin dan berjaya menyelamatkannya? Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa menonton di Netflix - Rubini Nagarajah

Kings of Mulberry Street: Let Love Reign

Merupakan sekuel kepada filem Kings Of Mulberry Street yang ditayangkan pada 2019, filem ini merupakan karya terbitan sebuah produksi Afrika Selatan. 

Ditulis dan diarahkan Judy Naidoo, filem yang bergenre adventure drama komedi ini kali ini menyaksikan Ticky dan Baboo berusaha menyelamatkan Granny Chetty yang diculik seorang bekas anggota polis yang jahat. 

Bagi menyelamatkan Granny Chetty, Ticky dan Baboo terpaksa membuat perancangan dan akhirnya mereka bersepakat untuk menyudahkan misi mereka itu dengan bantuan sebuah persembahan muzikal Bollywood. 

Tema Bollywood yang dipaparkan di dalam filem kelihatan begitu ekstravaganza dari sudut visualnya terutama menerusi set dan pemakaian, sehingga adakalanya kita terasa seolah-olah sedang menonton sebuah produksi Bollywood sebenar. 

Apapun, filem yang turut dijayakan Liam Dunpath, Shaan Nathoo, Hamid Kyd, Riyaad Nakooda, Kogie Naidoo dan Kimberly Arthur yang kini sedang ditayangkan di Netflix ini memang cukup menghiburkan untuk ditonton. – Ellyna Ali 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright