web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teruja Beraya Di Kampung Suami Di Kelantan - Elly Mazlein Balik Kampung Awal, Takut Raya Terkejut Lagi

Kata kak Lina Pom Pom, dia berada di Kelantan sehingga raya kelima dan kemudian baru akan pulang ke kampung halamannya di Perak.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 2:06PM

Elly Mazlein seronok dapat meraikan Aidilfitri dengan suasana kampung dan tak sabar untuk masak rendang daripada resepinya yang cukup istimewa sebagai juadah raya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun semakin padat jadualnya dengan pelbagai program pengacaraan, penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein sudah merancang  balik kampung awal tahun ini.

Menurut Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, tahun ini dia balik ke rumah mertuanya yang terletak di Kelantan, dua hari sebelum raya, ekoran tidak mahu raya ‘awal’ seperti tahun lalu.

Kata Kak Lina Pom Pom, dia  berada di Kelantan sehingga raya kelima dan kemudian baru akan pulang ke kampung halamannya di Perak.

“Tahun ini, saya dan keluarga akan balik kampung belah suami, Mohd Azlan di Kelantan. Ikutkan memang setiap tahun kami akan beraya di sana dulu. Sebab ada anak kecil, jadi kami balik naik kapal terbang.

“Insha-Allah kami akan beraya sehingga raya kelima. Lepas itu, balik ke Kuala Lumpur untuk sambung perjalanan pulang ke kampung di Perak pula,” katanya kepada Getaran.

Kongsi Elly lagi, dia seronok dapat meraikan Aidilfitri dengan suasana kampung dan tak sabar untuk masak rendang daripada resepinya yang cukup istimewa sebagai juadah raya.

“Beraya di kampung in seronok sebab suasana dia. Lepas itu ada rewang masak beramai-ramai lagi. Tahun lepas sebab raya mengejut, saya tak sempat masak... keluarga yang masak.

“Jadi, tahun ini saya memang rancang balik awal ke kampung. Insya-Allah saya akan masak rendang Kak Lina yang istimewa. Rendang ini resepi dia lain sikit ya,”  ujarnya.

Elly Mazlein, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Haider Mateen yang lahir pada Oktober 2021.

Hasil perkahwinan terdahulu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia enam tahun. – Getaran, 22 April 2023

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang