web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Bondee’ Aplikasi Sosial Generasi Seterusnya, Mampu Cipta Avatar Bergaya 

Berdasarkan ciri-ciri avatar yang menampilkan pelbagai gaya dan interaktif yang menarik, ramai pengguna telah memuat turun aplikasi sosial ini dan 'Bondee' disenaraikan sebagai aplikasi percuma nombor satu terbaik di App Store.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 6:03PM

'Bondee' disenaraikan sebagai aplikasi percuma nombor satu terbaik di App Store. - Gambar Speil Time.com.webp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah syarikat permulaan teknologi yang berpangkalan di Singapura bernama Metadream baru-baru ini, melancarkan 'Bondee' iaitu aplikasi sosial generasi masa depan di pasaran seluruh Asia. 

Berdasarkan ciri-ciri avatar yang menampilkan pelbagai gaya dan interaktif yang menarik, ramai pengguna telah memuat turun aplikasi sosial ini dan 'Bondee' disenaraikan sebagai aplikasi percuma nombor satu terbaik di App Store.

Pengguna berpeluang mencipta avatar yang bergaya malah berupaya untuk menzahirkan perasaan mereka secara bebas dengan berkongsi ‘mood’ dan status. 'Bondee' juga memberi peluang kepada pengguna untuk memperibadikan ruang mereka, melawat rakan, dan menyiarkan komen seolah-olah mereka benar-benar hidup bersama rakan-rakan yang lain.

Pengguna berpeluang mencipta avatar yang bergaya malah berupaya untuk menzahirkan perasaan mereka secara bebas dengan berkongsi ‘mood’ dan status. - Gambar Speil Time.com.webp
Pengguna berpeluang mencipta avatar yang bergaya malah berupaya untuk menzahirkan perasaan mereka secara bebas dengan berkongsi ‘mood’ dan status. - Gambar Speil Time.com.webp

Menurut sumber, terdahulu Metadream adalah sebuah syarikat teknologi bebas yang berpangkalan di Singapura dan telah memperoleh hak harta intelek aplikasi True.ly pada bulan Mei 2022. 

Selepas itu, Metadream telah melakukan transformasi terhadap aplikasi kreatif ini di peringkat antarabangsa dan secara perlahan-lahan melancarkan 'Bondee' di seluruh dunia menjelang akhir tahun 2022. 

Metadream diasaskanpara pelabur dari Amerika Syarikat dan Australia. Selain itu, ia turut menetapkan Jepun dan Korea Selatan sebagai pangkalan R&D dan operasi produk. 

Malah, tiga buah pusat data bebas di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat telah ditubuhkan untuk memastikan penggunaan produk yang selamat dan memenuhi keperluan keselamatan data di pasaran serantau. 

Gambar Speil Time.com.webp
Gambar Speil Time.com.webp

Pada masa yang sama, Metadream merancang untuk menubuhkan pusat operasi serantau di Thailand, Filipina dan di negara-negara lain untuk memenuhi permintaan pengguna tempatan dengan kadar segera. 

'Bondee' mentakrifkan semula interaksi sosial seperti yang kita ketahui. Dengan pembaharuan dalam industri sosial ini, pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan akan di tingkatkan dalam usaha memajukan dunia teknologi masa depan. - Getaran, 5 Februari 2023 

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

3

TARA 3 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bakal Haji Perlu Muat Turun Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan