Gelombang pengeluaran EV (kenderaan elektrik) dapat dilihat setelah Tesla menembusi pasaran dan memperlihatkan permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Namun seperti kita tahu, harga sebuah Tesla mencecah ratusan ribu ringgit.
Mungkin ramai yang tidak sedar terdapat kereta EV yang dikeluarkan dengan harga lebih rendah dan berpatutan.
Mari lihat 12 senarai kenderaan EV yang jauh lebih murah daripada Tesla.
Citroen Ami

Model ini menjadi antara kereta EV yang paling murah dengan nilai £7,695 (RM40,703) seunit. Namun, ia tidak masuk di dalam pasaran Malaysia.
Kuasa Kuda: 8 hp, Tork: 40 Nm, Jarak Gerak: 70 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 5.5 kWh
Smart EQ Fortwo

Model ini pula dikeluarkan dan dijual dengan harga £16,000 (RM84,648) seunit dan sama seperti Citroen Ami, ia juga tidak memasuki pasaran di Malaysia.
Kuasa Kuda: 82 hp, Tork: 160 Nm, Jarak Gerak: 70 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 17.6 kWh
Nissan Leaf

Kenderaan EV jenama Nissan ini dikeluarkan pada 2018 dengan anggaran harga £17,500 (RM92,633) yang dilengkapi bateri standard 40 kWh serta kemampuan jarak anggaran sehingga 311 KM sekali cas.
Kenderaan EV yang mempunyai kelacaran pecutan yang agak baik dan pengendalian yang mudah ini kini dijual di Malaysia pada harga bermula RM145,000 tahun lepas.
Kuasa Kuda: 214 hp, Tork: 340 Nm, Jarak Gerak: 363 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 62 kWh
MG 5 EV

Ini adalah antara model kenderaan EV yang mempunyai harga lebih kurang sama dengan kenderaan petrol hatchback seprti Ford Fiesta. Harganya bermula sekitar £20,000 (RM105,810).
Bagi speksifikasi model yang memiliki bateri lebih besar, ia bernilai £26,495 (RM140,171), manakala bagi jarak yang lebih jauh pula adalah £28,995 (RM153,398). Model yang praktikal digunakan serta nilai berpatutan ini dijual di Malaysia pada harga sekitar RM97,560.
Kuasa Kuda: 154 hp, Tork: 280 Nm, Jarak Gerak: 485 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 52.2 kWh
Fiat 500 Electric

Kenderaan EV ini pula mencatat permintaan yang agak tinggi bermula dengan harga £23,495 (RM124,300). Bentuk model 87kW juga boleh didapati pada harga £28,495 (RM150,752).
Atas permintaan tinggi, kenderaan jenama ini berkemungkinan akan mengeluarkan model baharu dengan harga yang jauh lebih tinggi.
Di Malaysia, kenderaan ini dijual dengan bermula RM250,000 pada tahun 2022. Namun, ia tidak dijual secara rasmi, sebaliknya di bawa masuk oleh pengimport persendirian.
Kuasa Kuda: 118 hp, Tork: 220 Nm, Jarak Gerak: 320 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 42 kWh
Hyundai Kona Electric

Kenderaan EV keluaran Hyundai ini dikeluarkan dan dijual pada harga £25,000 (RM132,262) tetapi jika anda berhasrat untuk memilikinya, disarankan untuk mengambil model 64 kWh yang bernilai lebih kurang £27,000 (RM142,843.).
Ini kerana model tersebut mempunyai prestasi lebih baik pada kadar jarak yang lebih jauh 395 KM. Kenderaan EV ini dijual di Malaysia bermula di antara RM156,538 hingga RM208,348.
Kuasa Kuda: 201 hp, Tork: 395Nm, Jarak Gerak: 470KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 64 kWh
MINI Electric

Bagi kereta MINI Elektrik ini pula, harga sebuah unit bermula pada £28,000 (RM148,134). Memandangkan ia dikeluarkan pada 2020, adil untuk mengatakan kenderaan ini telah pun mempunyai susut nilai dan harganya menjadi lebih berpatutan.
Kini kenderaan comel dan bergaya ini dijual di Malaysia dengan harga lebih kurang RM199,164 khusus pada model MINI Cooper SE.
Kuasa Kuda: 181 hp, Tork: 270 Nm, Jarak Gerak: 230 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 28.9 kWh
Mazda MX-30

Bagi kenderaan EV jenis SUV ini pula, dengan kelebihan sistem pengecas bateri dengan lebih segera dan penggunaan bahan lestari. Ia dikeluarkan pada harga £29,150 (RM154,218).
Malah di UK, sesiapa yang ingin memiliki model ini, anda perlu membayar deposit sebanyak £800 (RM4,232) untuk proses tempahan. Pasaran di Malaysia menawarkan harga model Mazda ini pada harga sekitar RM198,780 mengikut spesifikasi.
Kuasa Kuda: 143 hp, Tork: 271 Nm, Jarak Gerak: 199 km (sekali cas), Kapasiti Bateri: 35.5 kWh
Renault Zoe

Model EV dari Renault ini pula tidaklah menunjukkan jualan unit yang tinggi pada awalnya tetapi meningkat popular sebagai kenderaan elektrik yang lebih bergaya dengan harga £29,995(RM159,544). Kenderaan ini dijual di Malaysia dengan harga bermula sekitar RM163,000.
Kuasa Kuda: 107 hp, Tork: 353 Nm, Jarak Gerak: 395 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 52 kWh
MG ZS EV

Model ini tidak dibawa masuk dalam pasaran Malaysia, namun ada yang melihat ia sedang dipandu uji dalam negara. Harga jualannya bernilai £30,000 (RM158,715).
Kuasa Kuda: 147 hp, Tork: 225 Nm, Jarak Gerak: 340 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 44.5 kWh
Ora Funky Cat (Ora Good Cat)

Sebuah lagi kereta EV yang bentuk dan comel iaitu Ora Funky Cat telah dijual di UK dengan harga £31,995 (RM169,269). Model ini telah memasuki pasaran Malaysia dan ia dijual pada harga RM139,800 seunit.
Kuasa Kuda: 171 Hp, Tork: 250 Nm, Jarak Gerak: 400 KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 48/63kWh
Vauxhall Corsa-e

Ini adalah model terakhir yang tidak memasuki pasaran Malaysia dan ia dijual pada £99,135 (RM524,759)
Kuasa Kuda: 136 Hp, Tork: 260 Nm, Jarak Gerak: 329KM (sekali cas), Kapasiti Bateri: 50kWh - Getaran, 29 Januari 2023
Sumber: Heycar.co.uk