web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 4:58PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan senarai kelayakan dikemaskini untuk dana unit amanah yang layak ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP), berkuat kuasa pada 1 April 2024.

Menurut KWSP, sebanyak 296 dana yang diluluskan daripada 18 Institusi Pengurusan Dana (IPD) di bawah SPA KWSP.

Berdasarkan penilaian tahunan yang dilaksanakan setakat 31 Disember 2023, 189 dana mencapai kriteria kelayakan minimum dan layak ditawarkan kepada ahli KWSP untuk tempoh 2024/2025, katanya.

Daripada dana yang layak ini, 151 dana, atau (79.9 peratus) adalah dana tempatan; 107 dana (56.6 peratus) adalah dana ekuiti; dan 76 dana (40.2 peratus) adalah dana Syariah.

Ketua Pegawai Pelaburan KWSP, Rohaya Mohammad Yusof berkata, skim ini membolehkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun 1 KWSP mereka ke dalam dana unit amanah yang layak ditawarkan untuk pelaburan di pasaran tempatan atau global bagi memberi peluang kepada ahli meningkatkan simpanan persaraan mereka.

"Senarai ini juga adalah termasuk dana unit amanah berasaskan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Sustainable and Responsible Investment atau SRI) yang berperanan dalam memacu agenda pelaburan mampan KWSP, di samping memperkasa ahli untuk membuat keputusan pelaburan yang termaklum melalui pelbagai dana yang dibenarkan," katanya.

KWSP berkata, kesemua dana yang diluluskan di bawah SPA KWSP ini dinilai setiap tahun berdasarkan kriteria yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kriteria kelayakan untuk penilaian dana ini termasuk prestasi yang konsisten serta prestasi relatifnya berbanding penanda aras dana.

Di samping itu, ia menekankan ambang kelayakan yang ditetapkan untuk kriteria ini disemak dari semasa ke semasa bagi memastikan hanya dana dengan kualiti tertinggi disenaraikan.

Rohaya berkata sejak pelancaran platform i-Invest (SPA KWSP) pada 2019, sekitar RM2.5 bilion telah diurusniagakan sehingga Disember 2023.

"KWSP menggalakkan lebih ramai ahli memanfaatkan kemudahan i-Invest berikutan penambahbaikan pada platform itu dibuat awal tahun ini yang membolehkan transaksi untuk portfolio mandat persendirian," katanya.

Untuk senarai penuh untuk dana unit amanah yang ditawarkan di bawah setiap IPD, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-invest. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Amir Hamzah, Zulkifli Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM