web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun ahlinya atau pencarum menjelang akhir bulan ini.

KWSP dalam hantaran di aplikasi X berkata, butiran lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun itu bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Justeru, KWSP menasihatkan semua ahli supaya merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh agensi itu dari semasa ke semasa berhubung inisiatif berkenaan.

"KWSP akan mengumumkan secara terperinci mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun sebelum akhir bulan April 2024,

"Kesemua ahli dinasihatkan supaya merujuk maklumat rasmi daripada KWSP berhubung inisiatif ini dari semasa ke semasa," kata hantaran itu.

Terdahulu, media melaporkan Akaun 3 atau Akaun fleksibel itu akan membabitkan caruman bulanan sebanyak 10 peratus daripada ahli dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Memetik laporan New Straits Times, caruman bagi Akaun 3 itu hanya akan bermula pada Mei ini dan ia tidak membabitkan dana di dalam Akaun 1 serta Akaun 2.

Kemudahan yang disediakan menerusi Akaun 3 ini bertujuan membantu pencarum menampung kehidupan harian, sebelum mereka mencecah umur persaraan.

Susulan pengenalan inisiatif berkenaan, caruman ahli KWSP akan dibahagikan kepada tiga akaun iaitu 75 peratus (Akaun1), 15 peratus (Akaun 2) dan baki 10 peratus lagi ke dalam Akaun 3.

Sebelum ini, 70 peratus caruman ahli akan disumbangkan ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2.

Namun, difahamkan KWSP akan memberi kebenaran kepada ahli yang ingin memindahkan dana dari Akaun 3 ke Akaun 1 atau 2, bagi memperoleh lebih banyak manfaat.

Sebelum ini, KWSP mengumumkan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu yang boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

KWSP berkata, ia selaras dengan fenomena penuaan yang pesat dan landskap kerja yang semakin berkembang ke arah tidak formal di Malaysia.

Oleh itu, KWSP sentiasa mengkaji semula skim KWSP untuk memastikan ahli boleh memenuhi keperluan kitaran hidup tanpa menjejaskan simpanan mereka bagi tujuan persaraan kelak.

Justeru, bagi membantu ahli mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang, akaun ahli KWSP akan distruktur semula untuk memperkasakan lagi simpanan persaraan demi kesejahteraan hari tua termasuk memperkenalkan Akaun Fleksibel. - Getaran, 16 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Amir Hamzah, Zulkifli Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad