Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 12:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

7 Women and a Murder 

Jika anda sudah menonton Glass Onion: Knives Out yang kini menduduki tangga pertama dalam carta Top 10 Netflix di seluruh dunia, anda harus menonton pula filem 7 Women and a Murder atau 7 Donne E Un Mistero

Filem Itali arahan Alessandro Genovesi yang lakon layarnya ditulis bersama dengan Lisa Nur Sultan ini juga berkonsepkan ‘murder mystery’ tetapi semua pelakonnya adalah wanita.

Ia  mengisahkan tentang tujuh wanita yang mendapati diri mereka terperangkap di sebuah rumah dan terjerat dalam misteri pembunuhan selepas ketua keluarga di rumah mereka itu ditikam.

Kisahnya bermula apabila Sussanne iaitu anak pertama pulang ke rumah keluarganya di tengah-tengah ribut salji pada musim sejuk yang memuncak pada petang sebelum menjelangnya Krismas.

Kepulangannya disambut oleh ibunya, Margherita, adiknya, Caterina, neneknya Rachele dan ibu saudaranya, Aunt Agostina yang sering mengeluh kerana dia seorang yang tidak cantik dan sukar mendapat pasangan hidup.

Susanna terus bertanya tentang ayahnya, tetapi ibunya menyebut bahawa dia sedang berehat. Susanna juga terkejut apabila melihat pembantu rumah mereka yang baharu iaitu Maria dan tertanya mengapa ibunya mengambil wanita muda yang cantik itu bekerja di rumah.

Susanna meminta Maria untuk membangunkan suaminya, Marcello supaya dia dapat bertemu keluarganya, dan ketika itulah Maria mendapati lelaki itu yang juga tuan rumah itu telah mati dibunuh. Semua wanita terkejut melihat kematian lelaki yang paling penting dalam hidup mereka.

Tapi, siapakah di antara wanita ini yang mempunyai motif membunuh Marcello? Keadaan lebih rumah apabila cinta lama Marcello iaitu Veronica datang ke rumah itu pada saat mereka dalam keadaan panik.

Filem ini dibintangi Ornella Vanoni, Benedetta Porcaroli, Diana Del Bufalo, Luisa Ranieri, Micaela Ramazzotti, Margherita Buy dan Sabrina Impacciatore dan boleh ditonton di Netflix. – Ellyna Ali

 

DSP (Tamil)

DSP adalah sebuah filem komedi aksi Tamil arahan pengarah Ponram. Ia menampilkan bintang Kollywood seperti Vijay Sethupathi dan Anukreethy Vas sebagai watak utama, manakala Prabhakar, Pugazh, Singam Puli, Ilavarasu dan lain-lain memainkan watak sokongan.

DSP berkisah tentang Vasco Da Gama (Vijay Sethupathi) iaitu  anak kepada seorang penjual bunga di Dindigul iaitu sebuah daerah di India Selatan. Dia jatuh cinta dengan Annapoorni (Anukreethy Vas) yang menjalankan perniagaan gula-gula dan kuih-muih.

Pada hari perkahwinan adiknya, Vasco Da Gama berselisih  dengan seorang don Bernama Mutta Ravi (Prabhakar) tempatan, yang memaksa dia lari ke daerah lain dan berpisah dengan keluarganya, demi keselamatan mereka.

Dua tahun kemudian, Vasco Da Gama kembali sebagai Deputy Superitendent of Police (‘DSP’)manakala Mutta Ravi telah berkembang menjadi Ahli Parlimen (MLA) bagi Dindugal. Bagaimana Vasco Da Gama membalas dendam terhadap Mutta Ravi membentuk plot yang lain.

Apakah yang terjadi setelah itu? Apakah Vasco Da Gama akan berputus asa dan meninggalkan keluarga dan Dindigul semula? Jom tonton DSP yang penuh aksi dan komedi di Netflix! -  Rubini Nagarajah.

 

I Am Mother

I Am Mother arahan Grant Sputore ini merupakan salah satu filem bergenre sains fiksyen yang wajar ditonton, terutamanya jika anda peminat filem kategori ini. 

Secara ringkasnya, filem ini mempersembahkan jalan cerita atau plot cerita yang menarik. Garapannya juga baik, di mana anda boleh memahami jalan cerita seandainya hilang tumpuan buat seketika (ke tandas atau perlu jawab panggilan telefon contohnya). 

Dengan pelakon yang sedikit, I Am Mother berjaya mengheret penonton untuk terus mengikuti jalan cerita kerana  pengarah bijak mencipta ‘resipi’ ingin tahu. 

Filem ini mengisahkan satu robot yang bernama Mother (Rose Byrne) telah mengambil salah satu embrio daripada seorang wanita. Robot tersebut menjaga embrio dengan baik sehingga menjadi seorang gadis yang cantik bernama Daughter (Clara Rugaard). 

Daughter dibesarkan di suatu tempat yang terpencil dan tidak pernah melihat dunia luar. Dia selalu bertanyakan kepada Mother mengenai manusia, namun jawapan Mother tetap sama iaitu tiada manusia yang tinggal kecuali anaknya. Hubungan Mother dan Daughter mula retak apabila seorang manusia asing datang ke tempat mereka.- Rahayu MN 

 

Colombiana

Sebuah filem aksi thriller berkisahkan tentang wanita bernama Cateleya (lakonan Zoe Saldaña) yang melihat ibu dan bapanya ditembak mati oleh kumpulan mafia dan kartel dadah Colombia bernama Don Luis Sandoval selepas keluarga tersebut berusaha untuk keluar daripada kegiatan tersebut.

Cateleya berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan pak cik. 15 tahun kemudian dia telah dilatih oleh pakciknya menjadi pembunuh upahan dan berazam untuk kembali membalas dendam terhadap pembunuh ibu dan bapanya.

Selepas menyelesaikan dan menyebarkan beberapa pembunuhan berdasarkan kontrak yang diberikan oleh pakciknya dalam usaha mengumpan Don Luis Sandoval keluar dari kawasanya seluruh keluarga pakciknya telah dibuah oleh mafia tersebut.

Cateleya menjadi semakin marah dan pelbagai aksi pembunuhan dan letupan dilakukannya ketika dia kembali ke Colombia untuk memburu dan memusnahkan kawasan yang didiami oleh Don Luis Sandoval.

Filem ini diarahkan oleh Luc Besson dan ditayangkan pada 2011, kini boleh ditonton melalui saluran Netflix.  – Izwan Ramlan - Getaran, 1 Januari 2023

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah