web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Striezelmarkt Dresden, Pasar Krismas Penuh Magis Tertua Di Eropah 

Pada waktu malam, pasar ini bagaikan sebuah perkampungan magikal, dipenuhi dengan cahaya yang memberikan atmosfera yang cukup romantis. Ia pasti menjadi satu pengalaman luar biasa!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 8:16PM

Nama Striezelmarkt Dresde diambil dari sejenis pastri, Dresdener Christstollen atau juga disebut Striezel oleh warga tempatan - Gambar oleh Zel Hadauan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Striezelmarkt Dresden, pertama kali disebut dalam dokumentasi sejarah pada tahun 1434, menjadikannya Pasar Krismas tertua di Jerman, bahkan di Eropah. 

Namanya diambil dari sejenis pastri, Dresdener Christstollen atau juga disebut Striezel oleh warga tempatan.

Pada tahun 1434, Elector Frederick II dan saudaranya Duke Sigismund membenarkan satu pasar kecil diadakan sehari seminggu, termasuk hari sebelum Malam Krismas di lapangan yang terletak di Alstadt, Dresden untuk jualan daging. 

Setelah menampakkan kemampuan dari segi ekonomi, pelbagai barangan lainnya turut diniaga dan diperkenalkan, termasuk Striezel.

Kini, Striezelmarkt Dresden menjadi tempat yang sangat istimewa bagi warga Dresden
Kini, Striezelmarkt Dresden menjadi tempat yang sangat istimewa bagi warga Dresden

Pasar kecil dan sederhana pada masa lalu, kini menjadi Pasar Krismas tertua yang kaya dengan tradisi. Meskipun ada beberapa perubahan, Striezelmarkt tetap mempertahankan citranya. 

Hari ini ia menjadi tempat yang sangat istimewa bagi warga Dresden dan pengunjung kota yang rata-rata dari dalam dan luar negara, bukan sahaja kerana rekod usianya, malah superlatif lain.

Setiap kios punya dekorasi tersendiri yang unik mencermin keistimewaan dan kepakaran pemiliknnya yang ada sesetengahnya agak melucukan. 

Setiap kios punya dekorasi tersendiri yang unik mencermin keistimewaan dan kepakaran pemiliknnya
Setiap kios punya dekorasi tersendiri yang unik mencermin keistimewaan dan kepakaran pemiliknnya

Beberapa dekorasi rumit, termasuk patung pembuat roti sedang bekerja, adegan-adegan di kebun anggur, Santa yang sedang mandi dan juga Elf berwarna-warni menikmati makanan.

Pasar ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan, dekorasi Krismas, permainan kanak- kanak, barangan ukiran kayu, minuman jus buahan-buahan panas Punsch, wain panas Gluhwein, pakaian musim sejuk dan bermacam lagi. 

Pasar ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan, dekorasi Krismas, permainan kanak- kanak, barangan ukiran kayu dan macam-macam lagi
Pasar ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan, dekorasi Krismas, permainan kanak- kanak, barangan ukiran kayu dan macam-macam lagi

Yang istimewanya dari warga setempat adalah seni kayu Erzgebirge, fabrik cetakan Lusatian, Roti Halia Pulsnitz, Bintang Moravian dan sudah pasti pastri Dresdener Christstollen juga tidak ketinggalan.

Dari jauh Piramida Bertingkat Erzgebirge (Erzgebirge Step Pyramid) terbesar di dunia dengan ketinggian 14.61 meter boleh dilihat. Sejarahnya, pada Zaman Petengahan di Jerman, piramida ini digantung di siling atau diletakkan di atas meja untuk menerangi rumah. 

 Piramida Bertingkat Erzgebirge (Erzgebirge Step Pyramid)
Piramida Bertingkat Erzgebirge (Erzgebirge Step Pyramid)

Piramida ini dibuat dari kayu berimejkan kehidupan seharian atau motif Krismas seperti malaikat, penceritaan kelahiran Jesus dan binatang simbolik perayaan Krismas dengan replika pokok Krismas diletakkan sebagai dasar.

Untuk memberikan bentuk piramida, lengan kayu disambungkan ke kipas yang terletak dibahagian atas yang membolehkan ia berputar disebabkan haba dari lilin. Lilin ditempatkan di sekitar piramidauntuk memancarkan cahaya dan haba darinya memutarkan kipas. Ianya dikatakan cetusanidea bekas-bekas pelombong di Erzgebirge atau Pergunungan Ore pada abad ke 16.

Pintu gerbang ke Striezemarkt juga punya keunikan tersendiri, “Lengkungan Lilin Erzgebirge” terbesar di dunia dan kelihatan seperti bekas lilin ukiran tangan yang tingginya 5 meter dengan keluasan 13.5 meter. 

Pintu gerbang ke Striezemarkt
Pintu gerbang ke Striezemarkt

Pengunjung juga boleh menaikinya dan menikmati permandangan keseluruhan pasar dari atas gerbang. Permandangannya cukup mengasyikkan terutamaya setelah langit mulai gelap. 

Pada waktu itu, pasar ini bagaikan sebuah perkampungan magikal, dipenuhi dengan cahaya yang memberikan atmosfera yang cukup romantis. Ia pasti menjadi satu pengalaman luar biasa!

Striezelmarkt Dresden dibuka pada 10:00 pagi dan berakhir pada 9:00 malam dari 23 November sehingga 24 Disember setiap hari dan setiap tahun. – Getaran, 17 Disember 2022 

(Penulis adalah seorang pengembara, komposer muzik dan seorang jurutera yang kini bertugas dengan sebuah syarikat di Dresden) 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

2

TARA 2 tahun yang lalu

7 Destinasi Eropah Terbaik Untuk Percutian Musim Luruh

3

Sukan 3 tahun yang lalu

'Tugas Saya Di Eropah Sudah Selesai,' Kata Ronaldo

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Celine Dion Dedah Hidap 'Stiff Person Syndrom', Batal Konsert Jelajah Eropah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa