web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Celine Dion Dedah Hidap 'Stiff Person Syndrom', Batal Konsert Jelajah Eropah

Penyakit itu menjadikan ototnya tidak dapat dikawal dan sering mengalami kekejangan menyebabkan sukar untuk berjalan serta menyanyi seperti biasa.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 6:10PM

Penyanyi Celine Dion mendedahkan beliau menghidap ‘stiff person syndrome’, penyakit jarang berlaku dan terpaksa membatalkan konsert jelajah Eropah - Gambar Instagram Celine Dion

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Penyanyi Celine Dion mendedahkan beliau menghidap ‘stiff person syndrome’, penyakit jarang berlaku dan terpaksa membatalkan konsert jelajah Eropah yang sepatutnya bermula Februari tahun depan.

Dalam satu video penuh emosi buat peminatnya yang disiarkan pada Khamis, bintang itu berkata penyakit itu menjadikan ototnya tidak dapat dikawal dan sering mengalami kekejangan menyebabkan sukar untuk berjalan serta menyanyi seperti biasa.

“Sebelum ini saya tidak bersedia untuk membuat sebarang kenyataan, tetapi kini saya sudah bersedia. Saya sudah lama mengalami masalah kesihatan dan memang sukar bagi saya untuk menghadapi situasi ini dan bercakap mengenainya,” kata penyanyi itu. 

Menurut dpa, Celine Dion dan pasukannya masih berusaha untuk lebih memahami penyakit itu yang dikatakan hanya dialami satu dalam sejuta orang.

Beliau turut memberitahu yang dirinya kini berusaha mendapatkan rawatan dan berharap dapat kembali menghiburkan peminatnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

2

TARA 2 tahun yang lalu

7 Destinasi Eropah Terbaik Untuk Percutian Musim Luruh

3

Sukan 3 tahun yang lalu

'Tugas Saya Di Eropah Sudah Selesai,' Kata Ronaldo

4

TARA 3 tahun yang lalu

Striezelmarkt Dresden, Pasar Krismas Penuh Magis Tertua Di Eropah 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa