web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Tugas Saya Di Eropah Sudah Selesai,' Kata Ronaldo

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 12:00PM

Cristiano Ronaldo - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Cristiano Ronaldo tidak terpengaruh dengan kritikan terhadap keputusannya untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi Al Nassr dan mengumumkan bahawa kerjanya di Eropah sudah selesai, lapor STATS Perform/dpa.

Selepas kontrak dengan Manchester United ditamatkan pada November selepas mengkritik kelab itu dalam temu bual dengan Piers Morgan, Ronaldo mengesahkan perpindahannya ke Al Nassr minggu lepas.

Keputusannya menyertai pasukan berpangkalan di Riyadh itu mengejutkan ramai pihak.

Namun, pemain berusia 37 tahun itu yakin beliau tidak mempunyai apa-apa lagi dalam bola sepak Eropah sambil mendakwa telah menolak tawaran beberapa kelab, sebaliknya menandatangani perjanjian dua setengah tahun bersama Al Nassr.

"Di Eropah, kerja saya sudah selesai. Saya memenangi segala-galanya dan bermain untuk kelab paling penting di Eropah.

“Ini adalah peluang yang baik untuk saya, bukan sahaja dalam bola sepak bahkan untuk mengubah mentaliti generasi baharu di Arab Saudi.

Pemain penyerang itu bagaimanapun melihat Liga Pro Saudi itu sebagai satu cabaran yang tulen sekali gus membidas mereka yang mempersoalkan motif di sebalik perpindahannya itu.

“Ramai yang bercakap, memberikan pendapat mereka, namun mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang bola sepak.

"Bagi saya, ia bukan penamat dalam karier saya. Saya mahu berubah dan saya tidak risau dengan apa yang orang kata. Saya membuat keputusan dan saya bertanggungjawab ke atasnya.

"Saya datang ke sini untuk menang, bermain, berseronok, menjadi sebahagian daripada kejayaan negara dan budaya negara. Apa yang saya mahu ialah menikmati, senyum dan bermain bola sepak," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad