Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 5:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Under the Queen's Umbrella'

Bukan senang menjadi permaisuri. Itu yang diterapkan dalam drama korea 'Under the Queen's Umbrella', dengan watak utama permaisuri Im Hwa-Ryeong dilakonkan oleh Kim Hye Soo.

Sesuai dengan tajuk 'di bawah payung permaisuri', Hwa-Ryeong cuba melindungi insan-insan kesayangan.

Beban yang digalasnya sangat berat. Selain memastikan keselamatan empat puteranya, dia juga berdepan pengkhianatan daripada ibu mertuanya serta gundik-gundik raja.

Paling menyedihkan apabila anak sulungnya yang juga Putera Mahkota mati diracun dan kematiannya sama seperti yang berlaku ke atas Putera Mahkota Taein, 20 tahun lalu.

Di sebalik auranya sebagai seorang permaisuri yang elegan dan anggun, dia seorang yang sensitif dan baran. 

Dia boleh menjadi seorang yang tenang namun jika dicabar berulang kali, sikapnya berubah sama sekali.

Kita boleh menyaksikan bagaimana Hwa-Ryeong menjadi 'guru' untuk mengajar anak-anaknya memahami erti kehidupan.

Paling terhibur apabila dayang-dayang terpaksa berlari ketika mengiringi permaisuri mereka kerana dia suka berjalan laju.

Siri yang disiarkan di Netflix ini mendapat rating tinggi di Korea Selatan dan menurut Nielsen Korea, episod akhirnya mencapai rekod 16.9 peratus.- Habibah Omar

 

Dostana 

Filem Bollywood yang diterbitkan pada tahun 2008 ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Priyanka Chopra, Abhishek Bachchan dan John Abraham.

Filem ini mengisahkan tentang tiga anak muda yang tinggal di Miami, Amerika Syarikat. Sam lakonan Abishek dan Kunal lakonan John Abraham telah menyamar sebagai pasangan gay untuk menyewa bilik di apartment milik Neha lakonan Priyanka Chopra. 

Tetapi semuanya menjadi huru-hara apabila Sam dan Kunal mempunyai perasaan terhadap Neha. Neha pula semakin selesa dengan Sam dan Kunal dan sering berkongsi masalahnya dengan mereka. 

Di tempat kerja Neha, muncul seorang jejaka kacak yang menarik perhatiannya iaitu Abhi lakonan Bobby Deol. Sam dan Kunal telah mencuba sedaya upaya untuk menghancurkan hubungan Neha dan Bobby dengan melakukan bermacam-macam cara. 

Siapakah yang akhirnya dapat memiliki cinta Neha? Adakah tembelang Sam dan Kunal akan pecah? Saksikan Dostana hanya di Netflix – Helmi Anuar 

 

Sayap-Sayap Patah 

Menjadi antara filem yang mendapat kutipan cemerlang di Indonesia, Sayap-sayap Patah atau Broken Wings telah mula memasuki Netflix beberapa hari lalu. 

Lakonan cemerlang Nicholas Saputra (Aji) dan Ariel Tatum (Nani) itu diangkat dari kisah benar iaitu insiden yang digelar Lokap Mako Brimob Kelapa Dua. Ia merupakan insiden terburuk di Indonesia apabila berlaku rusuhan dalam kalangan banduan sehingga menyebabkan lima orang polis terkorban. 

Pengarahnya, Rudi Soedjarwo menawarkan jalan cerita daripada sisi pandang seorang polis bernama Aji dengan sedikit elemen romantis. Ketika kejadian berlaku, Nani sedang melahirkan anak pertama mereka. – Wafa Aula

 

Chaos Walking

Bayangkan sebuah koloni di mana wanitanya dapat ‘mendengar’ dengan jelas apa yang sedang difikirkan oleh lelaki.

Misteri ini dipaparkan menerusi filem fiksyen sains dystopian berjudul Chaos Walking sentuhan sutradara, Doug Liman.

Ia mengisahkan Viola (Daisy Ridley) yang terhempas di sebuah planet asing ketika cuba mencari penempatan baharu buat koloninya.

Viola bertemu Todd, lakonan Tom Holland, pemuda dari koloni Prentisstown. Apa yang agak janggal, tiada wanita wujud di Prentisstown dan pemikiran lelaki yang dipanggil ‘The Noise’ di koloni itu dapat didengar Viola.

Mengapa Todd sedaya upaya cuba membawa Viola keluar dari koloninya menuju ke Farbranch dan mengapa tiada seorang wanita pun di Prentisstown. Jawapannya dapat kita rungkai buat masa ini dengan menyaksikan sendiri Chaos Walking di platform penstriman seperti Apple TV dan Vudu. - Suzan Ahmad

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini