Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kempen 'Buy Better, Wear Longer' Dari Levi's Menceritakan Kisah Ikonik 501® Pelbagai Generasi

Kempen 'Buy Better, Wear Longer' daripada pada Levi’s kembali untuk tahun kedua bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama terhadap impak alam sekitar akibat kesan penghasilan serta penggunaan pakaian. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 4:22PM

Ciri utama kempen ‘Give Better’ musim ini merangkumi helaian malar denim Levi's® 501® dalam pelbagai label warna dan potongan - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini, Levi’s kembali dengan kempen 'Buy Better, Wear Longer' yang lebih memberikan impak untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama terhadap impak alam sekitar akibat kesan penghasilan serta penggunaan pakaian. 

Bahkan, ia turut menghasilkan filem sinematik pendek dari perspektif sepasang celana Levi’s yang menceritakan kisah pelbagai generasi. 

Filem pendek ‘Buy Better, Wear Longer’ ini boleh ditonton secara dalam talian di YouTube.

Ia membawa penonton melihat kehidupan rekaan Levi’s paling ikonik, 501®. Dengan transformasi menerusi beberapa dekad bersama setiap pemilik, di samping menyesuaikannya dengan gaya pada setiap zaman, 501® dipertontonkan sebagai helaian yang relevan, dan boleh dipakai pada hari ini sama seperti pada tahun 1960-an. 

Kempen 'Buy Better, Wear Longer' mahu lebih memberikan impak untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama terhadap impak alam sekitar akibat kesan penghasilan serta penggunaan pakaian - Gambar ihsan Levi's Malaysia
Kempen 'Buy Better, Wear Longer' mahu lebih memberikan impak untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama terhadap impak alam sekitar akibat kesan penghasilan serta penggunaan pakaian - Gambar ihsan Levi's Malaysia

“Kempen ini bercakap tentang warisan, ketahanan dan daya tarikan Levi's® kepada khalayak global yang luas. 

“Sepasang Levi’s® mampu bertahan lama dan tidak dimamah usia, mampu menarik perhatian generasi demi generasi, dengan beberapa perubahan. Tak lapuk dek zaman dan versatil, namun penuh bergaya. 

“Mesej ini lebih relevan untuk era ini berbanding sebelumnya, ketika kita semua berfikir bagaimana kita boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari”, ulas Ketua Pegawai Pemasaran Global Levi’s, Karen Riley-Grant.

Levi’s giat menjalankan pelbagai inisiatif untuk menyokong visi ini seperti melakukan pelaburan dalam bahan seperti menggunakan kapas organik, yang mengurangkan penggunaan air, perintis pembuatan Water<Less® pada denim serta melancarkan platform jualan semula ‘SecondHand’ dan menyediakan tukang jahit di butik untuk membaiki serta menggunakan semula jeans lama.

The Levi's Tailor Shop di di stor Levi’s, Pavilion Bukit Jalil Kuala Lumpur - Gambar oleh Syeda Imran
The Levi's Tailor Shop di di stor Levi’s, Pavilion Bukit Jalil Kuala Lumpur - Gambar oleh Syeda Imran

Paling utama, Levi's® telah membuka sumber pembelajaran dan alatan untuk membolehkan perubahan yang lebih meluas. Kini, Levi's terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan peneraju kelestarian.

Antaranya, ‘Fashion for Good’ dan ‘Yayasan Ellen MacArthur’. Dalam masa yang sama, makmal R&D Levi's, ‘WellThread®’, tidak pernah berhenti mencari formula untuk menghasilkan pakaian yang boleh mengurangkan jejak alam sekitarnya.

Sempena pelancaran kempen ini di Malaysia, baru-baru ini satu Levi’s Malaysia telah menganjurkan satu acara 'Buy Better Wear Longer' Denim Swap’ yang mengumpulkan peminat dan pengumpul koleksi denim mereka bertempat di stor Levi’s, Pavilion Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Levi’s Malaysia telah menganjurkan satu acara 'Buy Better Wear Longer' Denim Swap’ yang mengumpulkan peminat dan pengumpul koleksi denim mereka - Gambar oleh Syeda Imran
Levi’s Malaysia telah menganjurkan satu acara 'Buy Better Wear Longer' Denim Swap’ yang mengumpulkan peminat dan pengumpul koleksi denim mereka - Gambar oleh Syeda Imran

Pada acara unik ini, peminat dan pengumpul denim berpeluang berkongsi perjalanan, pengalaman dan idea denim mereka, selain bertukar suka sama suka seluar jeans yang dimiliki.  Malah, filem pendek ‘Buy Better, Wear Longer’ turut dipertontonkan. 

Untuk meneruskan lagi penyampaian mesej kempen tersebut, Levi’s® turut mengetengahkan kisah daripada rakan-rakan kongsi mereka serta penggerak perubahan seperti Xiye Bastida, Melati Wijsen, dan Emma Chamberlain, yang menjadi sebahagian daripada kempen itu sejak ia dilancarkan tahun lalu. Sekali gus mewakili suara generasi akan datang mengenai kelestarian. 

 

Jadikan sebagai hadiah sempena musim perayaan 

Untuk musim ini, Levi’s® menggalakkan pendekatan yang lebih bertimbang rasa terhadap tradisi pemberian hadiah di musim percutian. Bagi meneruskan kempen musim percutian, ‘Give Better For 2022’, Levi’s® komited dalam memastikan setiap peringkat ritual kala musim percutian dapat dilakukan dengan impak yang rendah dan tinggi nilai kegembiraannya. 

Tunjang kepada kempen ‘Give Better’ kali ini ialah memberi hadiah penggayaan yang malar segar - Gambar ihsan Levi's Malaysia
Tunjang kepada kempen ‘Give Better’ kali ini ialah memberi hadiah penggayaan yang malar segar - Gambar ihsan Levi's Malaysia

Tunjang kepada ‘Give Better’ kali ini ialah memberi hadiah penggayaan yang malar segar. Stail ini adalah cara paling mudah untuk memastikan anda menggayakannya pada tahun-tahun mendatang, dan ia adalah komponen utama falsafah ‘Buy Better, Wear Longer’. 

Ciri utama kempen ‘Give Better’ musim ini merangkumi helaian malar denim Levi's® 501® dalam pelbagai label warna dan potongan. Terdapat rangkaian 501® Originals untuk lelaki dan wanita, serta himpunan jeans 501® '90-an baharu untuk wanita, yang kesemuanya dihasilkan daripada bahan mesra alam. - Getaran, 3 Disember 2022 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.levi.com.my atau laman Instagram Levi’s®.  

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 7 bulan yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

2

TARA 10 bulan yang lalu

Raikan Hari Gawai Dengan Hidangan Ikonik Dari Sarawak

3

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

4

TARA 1 tahun yang lalu

Levi’s® Mulakan Kempen The Greatest Story Ever Worn, Filem Yang Meraikan 150 Tahun Jeans 501®

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini