Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Levi’s® Mulakan Kempen The Greatest Story Ever Worn, Filem Yang Meraikan 150 Tahun Jeans 501®

Menerusi kisah-kisah ini, serta beberapa kisah lain yang diilhamkan daripada  peristiwa sebenar, 'The Greatest Story Ever Worn' meraikan masa lalu  yang luar biasa jeans 501® serta peranannya dalam pelbagai detik sejarah, budaya juga momen peribadi. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 8:00PM

501® Original telah dipakai jutaan penggerak perubahan, penggemar risiko, penguji, pemikir dan ikon kreatif sepanjang sejarah kegemilangannya selama 150 tahun. - Gambar ihsan Levi's

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehadiran 2023 menandakan permulaan ulang tahun seluar jeans Levi’s yang ke-150, salah satu ikon gaya global dan templat asal kepada semua jeans yang pernah dihasilkan. 

Helaian 501® Original telah dipakai oleh berjuta penggerak perubahan, penggemar risiko, penguji, pemikir, ikon dan kreatif sepanjang sejarah kegemilangannya selama 150 tahun ini.

Bagi memperingati kisah yang tidak terhitung banyaknya, daripada yang biasa kepada sesuatu yang luar biasa dalam kalangan peminat jeans 501®, Levi’s® melancarkan kempen The Greatest Story Ever Worn (Kisah Pemakaian Terhebat) yang diraikan selama setahun. 

Levi’s® menghasilkan sebuah filem pendek, arahan Martin de Thurah dan Melina Matsoukas, bertajuk 'The Greatest Story Ever Worn'. - Gambar ihsan Levi's
Levi’s® menghasilkan sebuah filem pendek, arahan Martin de Thurah dan Melina Matsoukas, bertajuk 'The Greatest Story Ever Worn'. - Gambar ihsan Levi's

Sebagai sebahagian daripada pelancaran kempen ini, Levi’s® menghasilkan sebuah filem pendek, arahan Martin de Thurah dan Melina Matsoukas, bertajuk The Greatest Story Ever Worn, yang meneroka kisah keraian 150 tahun seluar jeans 501® dari seluruh dunia. 

Menerusi kisah-kisah ini, serta beberapa kisah lain yang diilhamkan daripada  peristiwa sebenar, The Greatest Story Ever Worn meraikan masa lalu  yang luar biasa jeans 501® serta peranannya dalam pelbagai detik sejarah, budaya juga momen peribadi untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk menulis bab seterusnya.

The Greatest Story Ever Worn menampilkan jeans 501® sebagai satu cerita yang sentiasa berkembang, yang ditulis malah diulang semula oleh mereka yang pernah mengenakan butang kelima pada jeans itu. 

Lebih daripada sekadar sepasang seluar jeans, ia bukanlah hanya cerita individu tetapi cerita pelbagai orang yang pernah menyarungkannya. - Gambar ihsan Levi's
Lebih daripada sekadar sepasang seluar jeans, ia bukanlah hanya cerita individu tetapi cerita pelbagai orang yang pernah menyarungkannya. - Gambar ihsan Levi's

Lebih daripada sekadar sepasang seluar jeans, ia bukanlah hanya cerita individu tetapi cerita pelbagai orang yang pernah menyarungkannya. Naratif yang sentiasa berkembang ini menyerlahkan koleksi watak, peristiwa, cita-cita dan memori daripada wira harian sehinggalah kepada ikon hebat.

“Beberapa produk, bukan sekadar beberapa helaian, hadir secara konsisten dalam pelbagai pengalaman kehidupan manusia, sepanjang wujudnya 501®. Berasal dari permulaan sebagai seluar untuk pekerja lombong, jeans 501® Levi’s® menjadi kanvas kosong untuk ekspresi diri yang melangkaui sempadan budaya dan kelas.”

“Ia sememangnya menjadi detik dan peristiwa penting untuk jenama Levi's® dan menerusi kempen The Greatest Story Ever Worn ini kami menyasarkan untuk meraikan legasi 501®, penguasaannya yang tiada tandingan serta perkaitannya secara global dan sebagai pencetus inspirasi kepada bab seterusnya,” ulas Naib Presiden Pemasaran Jenama Levi's, Chris Jackman.

Naratif yang sentiasa berkembang ini menyerlahkan koleksi watak, peristiwa, cita-cita dan memori daripada wira harian sehinggalah kepada ikon hebat. - Gambar ihsan Levi's
Naratif yang sentiasa berkembang ini menyerlahkan koleksi watak, peristiwa, cita-cita dan memori daripada wira harian sehinggalah kepada ikon hebat. - Gambar ihsan Levi's

Sebuah filem sejarah, ‘Precious Cargo’, menceritakan kisah bagaimana seluar jeans 501® jejak ke Kingston, Jamaica pada tahun 1970-an dan bagaimana Jamaica mengubah dan menjadikan jeans tersebut milik mereka melalui cara unik tersendiri. 

Diarahkan oleh Melina Matsoukas dan penggambaran oleh ahli sinematografi yang tercalon dalam Anugerah Academy, Bradford Young, filem ini meraikan penerokaan di pulau yang penuh gaya, irama serta jiwa yang berbeza hingga bergema ke seluruh dunia.

“Antara titik awal Levi’s adalah beberapa helaian yang memberikan inspirasi kepada saya untuk meneruskan pembikinan filem komersial. Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada legasi sinematik mereka.”

“Saya sentiasa tertarik kepada jenama dan karyawan yang cenderung kepada penceritaan tulen dan menerusi karya ini kami dapat memberi penghormatan kepada kisah ini, walaupon kecil tetapi amat bermakna kepada sejarah Levi's yang meluas.”

Gambar ihsan Levi's
Gambar ihsan Levi's

“Semua yang terbabit sanggup mengenepikan idea komersial dan saya percaya keberanian itu membawa kepada hasil ciptaan sebuah filem yang menarik,” ulas Melina Matsoukas.

“Saya tertarik dengan cabaran menghasilkan beberapa cerita pendek dalam format mini yang menjurus kepada kisah yang lebih besar. Levi’s adalah jenama ikonik dan peluang untuk meraikan ulangtahunnya yang ke-150 bersama mereka yang saya senangi adalah satu peluang indah,” tambah Martin de Thurah pula.

Pelancaran The Greatest Story Ever Worn menandakan bermulanya sambutan ulang tahun ke-150 jeans 501® ini. 

Lebih banyak kisah akan dikongsi sepanjang tahun 2023 seiring dengan sambutan utamanya di seluruh dunia. Untuk menyaksikan filem pendek ini anda boleh ikuti pautan ini,  www.youtube.com

Padanan ikonik terbaharu 

Bagi meraikan kempen selama setahun ini, Levi’s turut memperkenalkan padanan baharu, di samping mempersembahkan himpunan keseluruhan keluarga 501®, dengan suntikan vintaj dan penceritaan yang lebih mendalam. 

Koleksi 501® ’81 diilhamkan oleh tahun pelancaran seluar jeans 501® wanita pertama Levi’s pada 1981. - Gambar ihsan Levi's
Koleksi 501® ’81 diilhamkan oleh tahun pelancaran seluar jeans 501® wanita pertama Levi’s pada 1981. - Gambar ihsan Levi's

Disesuaikan untuk gaya era ini,  501® Original tampil lebih unik dengan ditambahkan elemen buatan tangan untuk kemasan lebih premium.

Koleksi 501® ’81 diilhamkan oleh tahun pelancaran seluar jeans 501® wanita pertama Levi’s pada 1981. Padanan ini mempamerkan aras pinggang yang paling tinggi dan potongan paling tirus dalam keluarga 501® serta didatangkan dalam rangkaian fabrik/kemasan pengaruh tahun ‘80-an.

Koleksi 501® ’54 untuk lelaki pula adalah inspirasi daripada siluet 501® 1954. - Gambar ihsan Levi's
Koleksi 501® ’54 untuk lelaki pula adalah inspirasi daripada siluet 501® 1954. - Gambar ihsan Levi's

Sementara Koleksi 501® ’54 untuk lelaki pula adalah inspirasi daripada siluet 501® 1954. Ia padanan sesuai yang menepati trend fesyen terkini dalam portfolio keluarga 501®. Ia menampilkan padanan lurus, melekap elok di pinggang dan mempunyai potongan kaki lurus yang lebih langsing. Kemasan moden digandingkan untuk penampilan yang lebih sempurna. - Getaran, 25 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

TARA 7 bulan yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

2

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

3

TARA 1 tahun yang lalu

Kempen 'Buy Better, Wear Longer' Dari Levi's Menceritakan Kisah Ikonik 501® Pelbagai Generasi

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Unsur Seram Sinematik Penuh Ikonik, Cetusan Fesyen Terkini Levi’s Musim Luruh 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM