Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

Selaku duta global untuk jenama Levi’s®, kumpulan K-pop wanita dari Korea Selatan ini akan mempromosikan kuasa dan kegembiraan dalam menyerlahkan ekspresi diri yang sebenar.

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 10:16AM

Kumpulan K-pop, NewJeans dilantik sebagai duta global jenama Levi's. gambar Levi's

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan berterusan ulangtahun jean Levi’s® 501® yang ke-150, kumpulan K-pop, NewJeans kini secara rasminya telah dilantik sebagai duta global untuk jenama kegemaran ramai ini.

Selaku duta global untuk jenama Levi’s®, kumpulan K-pop wanita ini berganding dengan Levi’s® bagi meneruskan sambutan keraian menerusi kempen baharu yang mempromosikan kuasa dan kegembiraan dalam menyerlahkan ekspresi diri yang sebenar. 

Dengan rangkaian baharu padanan 501® serta penampilan bermusim, NewJeans dan Levi’s® menggalakkan peminat untuk menyatakan gaya unik mereka dengan mempamerkan cara berbeza kala menyesuaikan jean Levi’s® 501® lalu menjadikannya gaya milik tersendiri.

Rekaan terbaharu yang dijangka menjadi pilihan peminat jenama Levi's. gambar Levi's
Rekaan terbaharu yang dijangka menjadi pilihan peminat jenama Levi's. gambar Levi's

Dihasilkan bersama Haus Tailors (tukang jahit Levi’s) dan rakan kongsi artis Levi’s® yang lain, kempen ini menampilkan satu-satunya padanan 501® klasik untuk menunjukkan potensi kreatif jean 501® sebagai kanvas bagi ekspresi diri yang autentik. 

Di Kedai Jahitan Levi's® atau lebih dikenali sebagai Levi's®Tailor Shop, peminat boleh menambah reka bentuk sulaman, tampalan, lipatan dan hiasan mereka sendiri pada rangkaian 501® Shorts, 501® '81 Jeans, 501® Cropped Jeans, jean 501® '90s dan jean Original 501®. 

Dengan reka bentuk serta tampalan sulaman khas oleh tukang jahit Jepun dan Korea, termasuk Kedai Jahit Harajuku dan Kedai Jahit Garosugil, peminat boleh mengunjungi ke Kedai Jahit Levi’s® untuk mencipta tafsiran 501® mereka sendiri. 

Gaya yang pasti memukau peminat Levi's.
Gaya yang pasti memukau peminat Levi's.

Menerusi kesan koyakan dan pembaikan khas, jean Original 501® juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti sudah lama digunakan dan dalam padanan longgar. Bahkan, peminat jeans ini juga dialu-alukan untuk mengandingkan serta memadankan helaian mereka untuk mencipta penampilan berbeza.

Bagi mengiringi kempen ini, sebuah video kempen baharu yang menyeronokkan menampilkan NewJeans memilih helaian 501® turut dilancarkan. Video ini menyaksikan NewJeans menyuai padan kegemaran mereka dengan aksesori dan gaya unik pilihan mereka sendiri. 

Antara pilihan yang tersedia untuk gaya bermusim penuh ekspresif yang digayakan oleh NewJeans ialah Jean Wanita Ribcage Wide Leg, Jean Low Loose dan Skirt Ankle Column. Tidak ketinggalan, seluar Baggy Cargo, 501® Shorts dan Jean Baggy Dad.

Padanan 501® ini boleh didapati mulai 11 September menerusi www.levi.com.my, applikasi Levi’s® dan di butik-butik Levi’s® seluruh dunia.

Levi’s® Dan Crocs Bergabung Hasilkan Rekaan Kasual dan Selesa

Masih dalam kempen meraikan ulang tahun seluar jeans 501®, Levi's® tampil bekerjasama dengan jenama kasut global, Crocs, yang terkenal dengan reka bentuk tersendiri serta kasut yang sangat selesa.

Dua jenama yang digemari dunia ini bergandingan untuk menghasilkan satu gabungan keselesaan kasual bersama rekaan berkualiti menerusi koleksi kapsul baharu Levi’s® x Crocs. 

Pilihan kasut hasil kerjasama Crocs dan Levi's. gambar Levi's
Pilihan kasut hasil kerjasama Crocs dan Levi's. gambar Levi's

Perhatian pastinya tertumpu kepada dua padanan pertama daripada koleksi itu, yang menyerlahkan All-Terrain Clog Crocs dalam penampilan berbeza. Setiap pasang dikemaskinikan dengan panel berbalut denim lalu dilengkapi dengan jahitan Sashiko – teknik sulaman tradisional Jepun. 

Sama seperti setiap pasang seluar jeans Levi’s®, Red Tab, jahitan ini boleh ditemui pada bahagian kanan kasut yang disertakan bersama butang Levi’s® pada tali tumit kasut. Selain itu, logo Two-Horse Jepun boleh dilihat pada bahagian tapak kaki. 

Setiap pasang kasut juga hadir dengan tiga logam hiasan premium Jibbitz™ yang dibuat khas untuk kolaborasi ini. Tersedia dalam rona Navy dan Bone, sepatu Clog ini menggunakan tali tumit turbo boleh laras dan tapak luar lug lasak dengan bunga tapak yang dipertingkatkan untuk daya cengkaman serta sokongan lebih tinggi.     

Butang tertera jenama Levi's menghiasi kasut Crocs. gambar Levis's
Butang tertera jenama Levi's menghiasi kasut Crocs. gambar Levis's

Padanan ketiga yang ditawarkan daripada koleksi kapsul Levi’s® x Crocs ini menonjolkan cetakan tie-dye Classic Clog yang diilhamkan daripada teknik pencelupan Jepun, Shibori. 

Antara ciri istimewa kasut ini ialah perkakasan engsel butang Levi’s®, tapak luar berwarna merah dan cetakan tumit Two Horse-Pull pada bahagian tapak kaki. Dengan memberi penekanan terhadap ekspresi diri, Classic Clog ini didatangkan dengan lapan hiasan eksklusif Levi's® Jibbitz™ yang diinspirasikan oleh budaya penentangan era 60-an serta grafik arkib Levi's®.

Ketua Pegawai Pemasaran Jenama Levi's® di Levi Strauss & Co, Kenny Mitchell berkata, mereka amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Crocs yang berfikiran jauh ke hadapan dalam menyatukan dua jenama ikonik untuk koleksi kapsul inovatif.

“Jenama kami adalah juara bagi ekspresi diri yang penuh berani dan penampilan gaya peribadi. Kasut ini adalah untuk semua dan kami tahu ia pasti dihargai oleh peminat fesyen di seluruh dunia,” katanya.

Salah satu kasut kasul hasil kerjasama Crocs dan Levi's. gambar Levi's
Salah satu kasut kasul hasil kerjasama Crocs dan Levi's. gambar Levi's

Ketua Pegawai Pemasaran Crocs, Heidi Cooley berkata, mereka berkongsi komitmen jenama yang sama dengan Levi’s® yang terarah kepada inovasi dan ekspresi diri.

“Kerjasama ini mengajak peminat di mana sahaja untuk melangkah ke era baharu keselesaan dan kreativiti,” katanya.

Dipasarkan pada harga antara RM499 ke RM629, kolaborasi Levi’s®️ x Crocs ini boleh didapati di pasaran seluruh dunia menerusi Levi.com serta beberapa butik Levi’s®️ yang terpilih. Koleksi ini juga tersedia untuk pembelian di Crocs.com dan rakan dagangan seluruh dunia. - Getaran, 23 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

2

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

3

TARA 1 tahun yang lalu

Levi’s® Mulakan Kempen The Greatest Story Ever Worn, Filem Yang Meraikan 150 Tahun Jeans 501®

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM