web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Titip Ucapan Dari Tanah Suci Mekah, Adakah Mat Kilau Filem Terakhir Adi Putra?

Adi Putra telah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik FFM32 menerusi watak utama sebagai Mat Kilau.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 1:00PM

Adi Putra tidak dapat hadir ke FFM32 kerana sedang mengerjakan umrah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, teraju utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Seorang Pahlawan iaitu Datuk Adi Putra yang membawakan watak sebagai pejuang dan pahlawan hebat daripada Pahang itu sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Atas sebab itu, beliau tidak dapat hadir untuk menerima trofi kemenangannya setelah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik dalam malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Melaka, malam tadi.

Di atas kemenangannya itu, Adi Putra telah memuat naik hantaran video daripada Tanah Suci Mekah menerusi Instagramnya.

“Syukur pada Allah. Terima kasih kepada FINAS, isteri dan anak-anak saya yang banyak menyokong saya dari awal hingga kini dan peminat juga atas anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik ini.

“Tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Tidak lupa juga kepada pengarah akhir saya, Syamsul Yusof yang bagi saya peluang menjayakan perwatakan Mat Kilau,” katanya.

Kenyataan daripada Adi Putra itu benar-benar mengundang tanda-tanya. Apakah yang dimaksudkan Adi Putra apabila dia melabelkan Syamsul Yusof sebagai pengarah akhirnya.

Seperti yang kita sedia maklum, tiga filem lakonan Adi Putra telah dipertandingkan dalam FFM32 ini iaitu Mat Kilau, Air Force: Selagi Bernyawa dan Jerangkung Dalam Almari.

Daripada ketiga-tiga filem ini, Air Force dan Jerangkung Dalam Almari telah siap menjalani penggambaran pada tahun 2019. Manakala, penggambaran Mat Kilau siap pada 2022.

Mangkinkah itu yang dimaksudkan Adi Putra apabila Syamsul adalah pengarah akhir untuk filem-filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun ini?

Apa pun, Adi Putra sebenarnya memiliki dua lagi filem baharu yang bakal ditayangkan tahun hadapan iaitu Syaaban dan The Original Gangster. Jadi, kita akan terus melihat aksi-aksi Adi Putra sebagai hero filem Malaysia.

Dalam ucapan videonya itu, Adi Putra juga memberitahu sempena dia berada di tanah haram, dia turut mendoakan agar semua doa, niat dan hajat semua orang akan dimakbulkan Allah SWT.

“Mudah-mudahan dengan apa yang kita perjuangkan dalam dunia perfileman ini, ia bukan sekadar di dunia, tetapi mesej yang kita nak sampaikan adalah di akhirat nanti.

“Salam dari saya. Mana yang saya tak sempat nak ucap tahniah dan mengucapkan terima kasih, minta maaf.

“Banyak yang saya nak ucapkan terima kasih sepanjang perjalanan saya dalam industri perfileman dan sepanjang kerjaya saya sebagai pelakon.

“Saya tetap hamba kepada yang esa kalam dari saya. Akhir kata, Aku Taat Pada Yang Satu,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pernah Kerja Jual Ikan, Kedai Makan Nak 'Survive' Hidup, Syafie Naswip Kenang Adi Putra Bagi RM50

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Kita Dah Dewasa, Kalau Adi Tak Nak Pergi, Dia Dah Fikir Panjang’ - Penerbit Mat Kilau 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Air Force': Filem Perang Di Bulan Kemerdekaan

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Selepas Adi Putra Dan Johan As’ari, Beto Kusyairy Pula Sahkan Tidak Akan Ke Jakarta 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh