web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kita Dah Dewasa, Kalau Adi Tak Nak Pergi, Dia Dah Fikir Panjang’ - Penerbit Mat Kilau 

Penerbit Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Mt Dali memberitahu, tiada istilah ajak-ajak ayam seperti yang digembar-gemburkan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 9:00PM

Adi Putra dikatakan tidak mengangkat panggilan penerbit Mat Kilau. - Gambar hiasan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kami sudah cuba hubungi Adi tapi tak berangkat.”

Demikian penjelasan penerbit Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Mt Dali ketika mengulas mengenai ‘kemelut manja’ yang tercetus antara Studio Kembara dengan Datuk Adi Putra mengenai malam gala filem Mat Kilau yang bakal diadakan di Jakarta, malam esok.

Menurut Rahman, sebelum Adi memuat naik status berbentuk sindiran terhadap Studio Kembara, pada hari siangnya, dia elok sahaja berurusan dengan pengarah urusan Studio Kembara, Shahruddin Mt Dali.

Adi kemudian ada menghubungi kakitangan Studio Kembara yang disapa sebagai Shah sekitar jam 10:30 malam.

Namun, Shah pada ketika itu sedang dalam mesyuarat di sebuah hotel dan menghantar pesanan kepada Adi bahawa dia akan menghubungi Adi selepas mesyuarat itu tamat. 

“Tapi, bila dia telefon Adi selepas mesyuarat, ia tidak berangkat. Selepas mesyuarat.

“Rupanya, Adi sudah memuat naik kenyataan di media sosialnya. 

“Shah kemudian menelefon Adi berkali-kali namun tidak juga berangkat.

“Dia hilang dari radar mungkin ketika itu Adi di London,” jelas Abdul Rahmat.

Menurut Abdul Rahman lagi, tiada istilah ajak-ajak ayam seperti yang digembar-gemburkan kerana penerbit memang berniat menerbangkan pelakon itu ke Jakarta sejak awal.

“Sebelum ini pun segala jemputan tidak ada surat-menyurat, hanya verbal sahaja.

“Lagi pula Shah sangat rapat dengan mereka kerana berada di sepanjang penggambaran filem itu selama berhari-hari.

“Saya fikir kita dah dewasa, bila dia buat keputusan tak nak pergi, mungkin dia dah berfikir panjang. Kalau boleh kita tak mahu keruhkan keadaan.

“Kita nak ambil semangat perpaduan Mat Kilau,” jelasnya. 

Bermula petang ini, lebih kurang 20 kru dan pelakon filem Mat Kilau diterbangkan ke Jakarta untuk sama-sama menjayakan malam gala filem Mat Kilau yang berlangsung pada malam esok, 26 Ogos di Jakarta. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

2

TARA 3 tahun yang lalu

Titip Ucapan Dari Tanah Suci Mekah, Adakah Mat Kilau Filem Terakhir Adi Putra?

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pernah Kerja Jual Ikan, Kedai Makan Nak 'Survive' Hidup, Syafie Naswip Kenang Adi Putra Bagi RM50

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit Janji Prekuel Mat Kilau Lebih Menarik Walaupun Tiada Adi Putra, Beto Kusyairi, Syamsul Yusof

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN