web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerbit Janji Prekuel Mat Kilau Lebih Menarik Walaupun Tiada Adi Putra, Beto Kusyairi, Syamsul Yusof

Penerbit berkata filem prekuel ini ada kaitan dengan Mat Kilau cuma pendekatannya berbeza.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 8:00PM

Abdul Rahman (kanan) mengumumkan Mat Kilau akan ada filem prekuel tidak lama lagi. - Gambar ihsan Studio Kembara

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kejayaan filem Mat Kilau dengan kutipan RM97 juta, syarikat Studio Kembara Sdn Bhd mengumumkan bakal tampil dengan sebuah prekuel filem berkenaan tidak lama lagi.

Penerbitnya, Abdul Rahman Mat Dali mendedahkan filem berkenaan akan menceritakan tentang kehidupan sebelum wujudnya sosok Mat Kilau.

Oleh sebab itu, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairi tidak terlibat dalam filem berkenaan.

Tambahnya lagi, Studio Kembara juga tidak akan menggunakan khidmat Syamsul Yusof sebagai pengarah bagi memberi laluan kepada lebih ramai bakat baru untuk berkarya.

“Ada beberapa pelakon yang kita sudah berbincang dengan mereka untuk terlibat dengan prekuel Mat Kilau. Boleh kata, kita sudah cop mereka.

“Filem ini ada kaitan dengan Mat Kilau cuma pendekatannya sedikit berbeza. Saya boleh cakap ia lebih menarik dan kaum hawa pasti akan lebih suka

“Syamsul pengarah yang berbakat, tapi kita kena lahirkan lebih ramai pengarah lain sepertinya supaya tidaklah kita nak bergerak ke hadapan kena tunggu Syamsul.

“Lagi pula ramai pengarah yang bagus cuma tak diberi peluang,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis meraikan media bersama Studio Kembara baru-baru ini.

Bercakap mengenai imbuhan yang telah dijanjikan kepada semua pelakon dan produksi Mat Kilau, Rahman bakal membawa kesemua pelakonnya untuk menunaikan umrah bulan hadapan.

“Bagi fasa pertama, kita dah jemput pelakon untuk pergi menunaikan umrah bersama-sama pada bulan November. 

“Selain itu, kita akan menyediakan dua mesej dialisis di pusat rawatan di bawah kumpulan Studio Kembara jika ada warga industri yang memerlukannya,” katanya.

Penggambaran untuk prekuel filem Mat Kilau akan mula dijalankan hujung tahun ini. – Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Prekuel Komik Spider-man 2 Kini Boleh Dibaca Dalam Talian

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘RM50 Juta Sikit Sebenarnya, Tapi Memadailah Sebagai Permulaan,’ - Penerbit Mat Kilau

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Bentuk Majlis Penasihat Perfileman Dan Industri Muzik Malaysia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN