web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘RM50 Juta Sikit Sebenarnya, Tapi Memadailah Sebagai Permulaan,’ - Penerbit Mat Kilau

Abdul Rahman bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang lebih ramai penggiat seni menghasilkan filem berunsur patriotik.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 9:13PM

Abdul Rahman Dali (kanan) tidak menafikan pasukannya sedang menyusun rencana untuk menghasilkan lebih banyak filem yang dekat dengan masyarakat.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada naskhah berunsur patriotik yang semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya filem Mat Kilau, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta menerusi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN).

Pengumuman dana yang dibuat semasa pembentangan bajet hari ini diberikan khusus untuk memacu lebih banyak karya berunsur patriotik dihasilkan oleh penggiat seni negara.

Penerbit Mat Kilau, Abdul Rahman Dali merasakan ia adalah langkah awal yang patut dipuji untuk memberi peluang kepada penggiat seni yang sudah mempunyai idea namun tidak dapat melaksanakannya akibat bajet.

“Terima kasih kerajaan kerana memberikan peruntukan ini untuk menggalakkan lebih banyak karya bercorak patriotik dihasilkan. Dengan pemberian bajet yang disalurkan dengan telus, kita boleh berikan lebih banyak filem propaganda positif yang boleh mempromosikan negara ke mata dunia.

“Kita perlu jadikan media seperti filem sebagai platform untuk membawa nama Malaysia ke hadapan yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada sektor pelancongan.

“Namun begitu, saya merasakan RM50 juta adalah jumlah yang sedikit. RM10 juta hanya boleh hasilkan lebih kurang lima filem. Apa pun, sebagai langkah awal, ia permulaan yang bagus,” katanya  ketika dihubungi Getaran sebentar tadi.

Ditanya adakah Studio Kembara bakal menghasilkan lebih banyak filem kenegaraan selepas kejayaan Mat Kilau, Abdul Rahman tidak menafikan pasukannya sedang menyusun rencana untuk menghasilkan lebih banyak filem yang dekat dengan masyarakat.

“Filem Mat Kilau hanyalah permulaan. Ada banyak lagi filem dan tokoh yang masih berada dalam perancangan. Apa pun yang penting, kita mahu naskhah yang boleh membawa nama negara kita.

“Saya juga baru sahaja pulang dari Turki untuk sebuah projek yang masih dalam perbincangan,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan sektor kreatif menerusi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bagi memacu industri kreatif tempatan. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pastikan Agensi Islam Amal Tatakelola Baik, Julang Integriti Seperti Dihasratkan PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Dapat Pastikan Kesejahteraan Rakyat - Menteri Besar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Utamakan Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Demi Terus Memelihara Keharmonian - Aaron

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad