Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023 Dapat Pastikan Kesejahteraan Rakyat - Menteri Besar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 8:05PM

Onn Hafiz berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, disifatkan dapat memastikan kesejahteraan rakyat di beberapa negeri, oleh beberapa Menteri Besar.

Di JOHOR, kerajaan negeri menzahirkan komitmennya untuk memudah cara kesemua projek dan inisiatif yang diumumkan pada Belanjawan 2023, demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Johor.

Berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan, Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata berkat doa yang tidak putus-putus dari seluruh warga negeri itu dan usaha berterusan semua pihak, apa yang dihajati kerajaan negeri telah dimakbulkan menerusi pembentangan semalam.

“Sekali lagi saya bagi pihak kerajaan negeri Johor, ingin merekodkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Persekutuan, kerana memberi pertimbangan dan seterusnya melaksanakan harapan yang kami utarakan sebelum ini,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Onn Hafiz berkata kerajaan Persekutuan telah bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara, daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

Selain itu, kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk menambah baik kemudahan jaringan lebuh raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway, yang berupaya meningkatkan kesalinghubungan logistik perniagaan, serta hubungan sesama rakyat dari dalam dan luar Johor.

Turut diumum, projek tebatan banjir yang perlu melalui proses tender semula dengan segera, selewat-lewatnya bulan Jun 2023, melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, selain cadangan memperkukuhkan pembangunan Iskandar Malaysia melalui pewujudan zon khas kewangan, dengan pakej imbuhan bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi.

Sementara di MELAKA, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan berkaitan pelancongan, pengangkutan dan kesihatan, dilihat mampu memacu sektor-sektor berkaitan dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat negeri itu.

Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata secara tidak langsung juga ia akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat dan seterusnya ekonomi negeri ini yang berpaksikan pelancongan.

“Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri kerana memastikan rakyat Melaka turut menerima manfaat yang bukan sedikit menerusi bajet yang beliau dibentangkan. Pengertiannya sangat besar buat negeri Melaka dan semua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat,” katanya dalam rakaman video di sini hari ini.

Dalam pengumuman belanjawan tersebut, Melaka menerima peruntukan untuk menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ sebanyak RM300 juta dan penyediaan 476 katil di Hospital Melaka dengan peruntukan RM700 juta.

Menteri Besar PERLIS Mohd Shukri Ramli berkata peruntukan yang disediakan untuk negeri itu menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat dalam membantu rakyat Perlis, serta berterima kasih atas sokongan kerajaan pusat terhadap projek pembangunan Pelabuhan Sanglang.

“Terima kasih di atas keprihatinan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya  pernah sampaikan hasrat berkenaan sewaktu beliau hadir ke Perlis pada bulan lepas (Jan),” katanya.

Anwar menerusi pembentangan Belanjawan 2023 berkata tumpuan diberikan bagi menyokong projek pembangunan Pelabuhan Sanglang, bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah ekonomi negeri Perlis.

Katanya kerajaan juga akan membina struktur baharu hakisan pantai antara Kuala Sanglang, Perlis ke Kuala Jerlun, Kubang Pasu, Kedah.

Sementara itu mengulas mengenai pengumuman kerajaan untuk menaikkan pemberian kepada Kerajaan Negeri Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP), Mohd Shukri berkata kerajaan negeri menyambut baik perkara itu.

“Jumlah Belanjawan Negeri Perlis bagi tahun 2023 ialah sebanyak RM293.36 juta. Jika peruntukan kerajaan negeri dari Pusat dinaikkan sehingga RM400 juta, ia dapat menampung perbelanjaan tahunan negeri yang telah dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis sebelum ini (Dis 2022),” katanya.

Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembinaan jalan dan jambatan Sungai Pelek bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang di Selangor, mampu memberikan impak ekonomi yang baik serta membangunkan kawasan peranginan di kawasan sempadan kedua-dua negeri.

“Apabila terbinanya jambatan ini nanti, saya yakin kawasan peranginan itu akan bertambah luas, lebih pesat selain menghubungkan dua tempat menjadi kawasan tumpuan orang ramai. Ia akan beri impak yang lebih positif pada masa akan datang selain kurangkan kesesakan.

“Jika dapat dibantu selepas ini dengan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat (Jajaran Selatan), sekarang ini sampai di Banting, Selangor, jika ia sampai di Melaka pasti akan beri impak yang cukup besar kepada pelancongan pantai, khususnya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya.

Selain itu, beliau berkata penaiktarafan Hospital Jelebu akan mengurangkan kesesakan di hospital utama termasuk di Hospital Tuanku Ja’afar di sini, sekali gus meningkatkan kemudahan kesihatan terutama kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pembinaan jalan berkenaan dengan kos projek bernilai RM160 juta, selain memulakan kerja awalan menaik taraf 26 hospital termasuk di Jelebu yang telah berusia hampir seabad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Pahang Perketat Proses Pajakan, Pindah Milik Tanah - MB

2

Politik 8 bulan yang lalu

Aminuddin Angkat Sumpah Menteri Besar Sembilan Bagi Penggal Kedua

3

Politik 8 bulan yang lalu

Jangan Hukum Keputusan Rakyat Kedah - Sanusi

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Menteri Besar Terbabit Isu Nadir Bumi Disiasat SPRM

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Sukan 23 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 40 minit yang lalu

Kanak-kanak 2 Tahun Lemas Dalam Tasik Berhampiran Masjid