web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Hukum Keputusan Rakyat Kedah - Sanusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 8:57AM

Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kepimpinan Kerajaan Persekutuan diingatkan Persekutuan agar tidak menghukum atau mendenda rakyat negeri ini berikutan pilihan dibuat mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, semua pihak yang memimpin di peringkat Persekutuan perlu akur serta berlapang dada dengan keputusan dibuat rakyat Kedah.

"Kerajaan Persekutuan sila hormati kehendak rakyat Kedah ini. Pudin (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), Piji (Rafizi Ramli) dan Bang Non (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jangan buat-buat tak faham dengan mandat diberikan rakyat Kedah kepada PN.

"Jangan cuba nafikan, ketepikan, paksa, hukum atau denda rakyat Kedah kerana menolak kamu. Dalam politik negara ini, kita telah sama-sama menerima sistem demokrasi dan apabila rakyat sudah memilih sesebuah parti atau pihak, kita perlu akur dan berlapang dada," katanya ketika berucap dalam Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Himpunan yang diadakan sempena kemenangan besar PN di Kedah itu dihadiri kesemua 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan berkenaan yang menang dalam PRN kali ini.

Ingatan sama kemudiannya turut diberikan kepada setiap agensi dan jabatan, sama ada di peringkat negeri mahu pun Persekutuan  

"Apa rakyat mahu, siapa rakyat percaya dan perjuangan siapa yang rakyat terima, kamu lihatlah sendiri. Jangan cuba butakan mata dengan menurut membuta tuli arahan mereka.

"Kamu agensi penguatkuasa atau agensi yang meluluskan apa-apa, sila pandang suara rakyat di Kedah ini dalam konteks demokrasi. Inilah kehendak serta inspirasi rakyat Kedah yang diterjemahkan dalam peti undi dan sila beri penghormatan kamu," katanya.  

Terdahulu Muhammad Sanusi mengingatkan kalangan ADUN PN agar tidak mencari kebahagiaan untuk diri sendiri dan keluarga terlebih dulu, setelah diberikan mandat serta kepercayaan oleh rakyat.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu berkata, beliau akan memastikan kesemua ADUN tersebut tidak menjadi 'super kaya' selagi dirinya mengetuai jentera.

Dalam masa sama katanya, beliau turut akan memastikan kesemua ADUN Kedah tidak akan terpalit dengan sebarang skandal rasuah.

"Saya tak izinkan mana-mana ADUN untuk bekerja ke sana-sini mencari projek untuk diri sendiri atau kawan-kawan. Siapa yang terpalit, kita akan terus lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Cabaran terbesar ADUN dan pimpinan PN adalah kekal bersih dan stabil sampai ke hujungnya dan petua untuk menjadi demikian adalah, semua ahli jentera serta pembantu yang menangkan PN di Kedah ini jangan meronta-ronta tarik seluar ADUN kerana mahukan sesuatu. Jangan harap 'hangpa' jadi kaya dengan berkawan ADUN ini semua kerana perkara itu takkan pernah berlaku di Kedah," katanya. - Getaran 14 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Ibu Tunggal Didakwa Di Mahkamah 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Tong Helium Meletup Di Ekspo - Lebih Ramai Dijangka Ditahan - Polis

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Politik 1 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti