web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aminuddin Angkat Sumpah Menteri Besar Sembilan Bagi Penggal Kedua

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 4:37PM

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua, kanan) menandatangani surat cara pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas melafaz angkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua hari ini.

Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini, pada jam 4.15 petang.

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan itu adalah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung DAP Anthony Loke serta kepimpinan barisan Kerajaan Perpaduan negeri daripada BN dan PH.

Keputusan PRN Negeri Sembilan pada Sabtu lepas, menyaksikan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN), lima kerusi.

Dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Aminuddin dan isteri, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, 53, mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

Aminuddin menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Pada PRN kali ini, Aminuddin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat apabila menewaskan calon PN, Ahmad Raihan Muhamad Hilal serta dua calon Bebas, Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin, dengan majoriti 2,662 undi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah penyandang kerusi DUN Sikamat selama empat penggal sejak 2008, turut aktif dalam badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan  Angkatan Belia Islam Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 2 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad