web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prekuel Komik Spider-man 2 Kini Boleh Dibaca Dalam Talian

Insomniac Games mengumumkan prekuel komik Spider-man 2 sudah boleh dibaca secara dalam talian dengan percuma

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 6:09PM

Jangan lepaskan peluang membaca prekuel komik Spider-man 2 ini yang ditawarkan secara percuma atas talian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Watak-watak superhero yang ada di dalam filem Marvel kebanyakannya datang daripada terbitan komik rasmi mereka iaitu Marvel’s Comics sejak 1961. Daripada sebuah komik superhero yang pada awalnya terkenal di Amerikan Syarikat (AS), ia diterjemahkan kepada pembikinan filem dan dunia permainan video. 

Komik Marvel’s dalam bentuk talian secara percuma
Komik Marvel’s dalam bentuk talian secara percuma

Di Malaysia, pengumpul komik ini wujud dalam jumlah bilangan yang agak kecil berbanding di AS. Malah bahan ini juga agak sukar didapati di negara kita ini. Berita baik buat peminat komik Marvel’s, Insomniac Games mengumumkan prekuel komik  Spider-man 2 sudah boleh boleh dibaca secara dalam talian dengan percuma.

Sebelum ini, syarikat permainan video tersebut pada awalnya telah mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan prekuel komik Marvel’s Spider-man 2 dan ia hanya ditawarkan dalam bentuk fizikal. Dengan pembacaan dalam talian ini, komik Marvel telah menunjukkan penglibatan mereka dalam dunia digital.

Selain itu, pengeluaran komik ini juga seiring dengan game Marvel’s Spider-Man Remastered di Playstation 5 yang dijual dengan harga RM209 dan tambahan RM50 untuk versi naik taraf. 

Grafik yang dihasilkan Rachelle Rosenberg dan muka depan oleh Todd Nauck.
Grafik yang dihasilkan Rachelle Rosenberg dan muka depan oleh Todd Nauck.

Sebagai prekuel, komik ini akan menjadi perantaraan antara game Marvel’s Spider-man: Miles Morales dan permainan video akan datang, iaitu Marvel’s Spider-Man 2 yang akhirnya menggabungkan Peter Parker dan Miles Morales dalam satu permainan.

Terbitan komik Marvel’s kali ini ini ditulis oleh Christos Gage dan ilustrasi dihasilkan IG Guara. Pada bahagian warna pula, ia dihasilkan oleh Rachelle Rosenberg dan muka depan oleh Todd Nauck. 

Penulis menjangkakan evolusi bahan bacaan komik daripada fizikal kepada digital secara percuma ini adalah antara strategi atau langkah untuk melihat bagaimana penerimaan pembaca di pasaran global. 

Jika ia berjaya mendapat sambutani, jangan terkejut kalau komik Marvel dalam talian akan dikenakan bayaran atau langganan bulanan untuk keluaran seterusnya. Ini kerana produk-produk Marvel’s kebanyakannya dikeluarkan secara premium dan berkualiti. Maka, sama-sama kita lihat pergerakan dunia Marvels pada masa akan datang.

Oleh itu, kepada yang berminat untuk membaca dan melihat hasil karya prekuel komik untuk Marvel’s Spider-man 2, anda boleh klik pautan ini. - Getaran, 9 Ogos 2023

Sumber/Foto: Marvel.com

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit Janji Prekuel Mat Kilau Lebih Menarik Walaupun Tiada Adi Putra, Beto Kusyairi, Syamsul Yusof

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Komik Pertama Batman Dijual Pada Harga US$1.74 Juta

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Menyingkap Rahsia Watak Cerita Dalam Fantastic Beasts: The Secrets Of Dumbledore

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Karya Adiwira Yang Berbeza Dalam 'The Batman' 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini