web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Karya Adiwira Yang Berbeza Dalam 'The Batman' 

Adiwira kesayangan ramai Batman kembali dalam sebuah filem baharu dengan interpretasi yang agak berbeza dengan karya-karya terdahulu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 2:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tersenarai sebagai salah satu adiwira paling dikenali dalam dunia komik, animasi dan juga filem, watak Batman telah acap kali digarap untuk diterjemahkan ke layar perak.

Dari versi terdahulu zaman 60-an sehinggalah sekarang di milenium baharu tahun 2022, karakter filem adiwira ini pernah dimainkan oleh ramai pelakon terhebat Hollywood. 

Ini termasuk Adam West, Michael Keaton, Val Kilmer, George Clooney, Ben Afleck, Christian Bale dan terkini Robert Pattinson.

Kesemua pelakon yang disebutkan tadi berjaya memainkan watak adiwira tersebut dengan baik mengikut gaya lakonan masing-masing. Namun, pasti ada yang lebih menyerlah dan menjadi pilihan peribadi penonton.

Penampilan Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne dan Batman untuk edisi terbaharu kali ini sememangnya ditunggu ramai. Apatah lagi selepas namanya diumumkan terpilih untuk melakonkan watak tersebut dan kemudian dihebahkan di media massa seluruh dunia. 

Ini ditambah dengan sedutan promosi filem itu yang tampak begitu gah dengan penampilan Pattinson yang amat berbeza.

Walau bagaimanapun secara peribadi, gara-gara promosi yang disebutkan tadi, harapan pencinta filem dan watak adiwira Batman semestinya memuncak. Termasuk ekspektasi saya sendiri.

Apa yang pasti, lakonan Pattinson sama sekali tidak mengecewakan. Dia berjaya menghidupkan watak Batman dan memberikan jiwa yang sedikit berbeza pada Bruce Wayne berkat paras rupa serta personalitinya yang tersendiri.

Pattinson yang sangat dikenali lewat siri filem Twilight ternyata mampu menjadi Batman yang baik. Pada awalnya, saya sendiri agak meragui kebolehannya untuk melakonkan watak tersebut, namun ternyata dia telah membuat persiapan yang cukup untuk projek ini.

Selain penampilan fizikal yang lebih maskulin dan sasa, Pattinson juga berjaya meniru gaya Batman yang dikenali dengan keperibadian penuh misteri di samping suara bernada rendah dan dalam. 

Ini juga benar buat rakan selayarnya, Zoe Kravitz yang memainkan watak Selina Kyle dan Catwoman dengan begitu cemerlang. 

Ya Kravitz sememangnya cantik dan bertubuh menggiurkan, namun lakonannya meyakinkan. Kravitz telah mentertjemahkan watak Catwoman yang lebih muda, lincah dan mempunyai cita rasa yang agak kontroversial sesuai era masa kini yang sangat mementingkan keterangkuman.

Sungguhpun begitu, biarpun lakonan mereka berdua sebagai teraju utama diiktiraf hebat, penceritaan filem The Batman ini mungkin tidak setara dengan persembahan pelakonnya.

Jika anda sudah terbiasa dengan nuansa filem-filem adiwira (khasnya dunia komik DC yang juga penerbit Justice League, Aquaman serta Superman), The Batman walau bagaimanapun tidak kelihatan seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi.

Dunia adiwira yang didambakan seolah-olah tidak terjemah lewat filem ini. Malah ia lebih kelihatan seperti sebuah filem aksi yang memaparkan perisik hebat dan samseng dunia barat, persis filem bertema ‘gangster’ Amerika Syarikat yang lain.

Premis filem berpusat pada watak antagonis Riddler yang bermaharajalela sebagai seorang penjahat. 

Riddler mula mengancam dan membunuh tokoh-tokoh mulia dan ahli pihak berkuasa ternama bandar Gotham yang sebenarnya terbabit dengan dunia kongsi gelap serta pelbagai aktiviti haram lain secara rahsia.

Usaha untuk mendedahkan imej sebenar golongan ‘kayangan’ bandar tersebut bertujuan menyedarkan manusia sejagat bahawa tiada siapa yang boleh dipercayai dan diharapkan.

Di sinilah masuknya watak Batman dan pegawai polis kanan Inspektor Gordon yang cuba merungkai setiap teka-teki Riddler yang ditinggalkan selepas dan sebelum sebuah pembunuhan atau jenayah terjadi.

Gara-gara gaya penceritaan itu, filem ini lebih terlihat sebagai sebuah karya aksi polis dan kongsi gelap berbanding sebuah filem adiwira sains fiksyen seperti yang ditonjolkan oleh filem-filem bertema serupa sebelum ini.

Apa yang membezakannya dengan filem aksi atau perisikan, hanyalah watak utamanya.

Karakter tunjang yang menyelesaikan kes dan menyelamatkan orang awam adalah seorang ‘vigilante’ atau jagawan yang berkostum canggih dan bersembunyi di balik sebuah topeng dan imej kelawar.

Dan, seperti yang kita ketahui Batman tidak mempunyai kuasa luar biasa, hanya peranti dan teknologi canggih untuk membantu dirinya melawan musuh. Itu juga tidak banyak ditampilkan dalam filem ini.

Lantas ia memberikan dunia adiwira yang sangat berbeza berbanding Batman-Batman yang pernah berjuang sebelum ini.

Apapun terpulanglah pada anda para penonton untuk menilai sendiri kehebatan filem Batman kali ini.

The Batman sudah boleh ditonton di semua pawagam seluruh negara bermula hari ini. - Getaran, 3 Mac 2022

Rating: 3.5 getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.