web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pernah Kerja Jual Ikan, Kedai Makan Nak 'Survive' Hidup, Syafie Naswip Kenang Adi Putra Bagi RM50

Syafie yang baru berusia 17 tahun pada waktu itu melakukan banyak pekerjaan untuk bertahan hidup.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 8:00PM

Syafie Naswip dan Adi Putra - Gambar Instagram dan Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak pernah mendapat tawaran berlakon selama dua tahun selepas kematian pengarah Yasmin Ahmad, pelakon Syafie Naswip mendedahkan, dia  pernah bekerja di pasar ikan, menjual burger dan menjadi pelayan di kedai makan untuk bertahan hidup. 

Syafie yang baru berusia 17 tahun pada waktu itu melakukan banyak pekerjaan kerana tidak mendapat sebarang tawaran berlakon walaupun sudah menghadiri pelbagai uji bakat atau casting berkali-kali.

“Dua tahun selepas arwah (Yasmin Ahmad ) meninggal, saya tiada tawaran berlakon, waktu itu usia saya 17 tahun.  Saya pula tiada kenalan mana-mana rakan di dalam industri menyebabkan saya buat apa sahaja kerja untuk bertahan hidup. 

“Saya ingat lagi waktu itu saya bekerja sebagai pelayan kedai makan. Tengah ambil pesanan tiba-tiba terserempak dengan Datuk Adi Putra. 

“Waktu itu dia ingat saya tengah shooting dan dia tanya mana kamera. Lepas ambil pesanan, dia bagi saya RM50,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media pengumuman finalis Festival Filem Malaysia Ke-32.

Tidak pernah berdendam dengan takdir, pelakon Mukhsin itu menganggap ujian yang disediakan Tuhan kepada dirinya suatu masa dulu adalah hadiah untuk dia lebih berasa empati mendalami sebarang watak lakonannya selepas ini.

“Apa yang pernah saya lalui dahulu sebenarnya ia banyak membantu dari segi karier saya. Semasa berlakon, saya boleh jelmakan emosi dan situasi yang diperlukan.

“Bila kita susah, kita dapat tengok sikap orang adakah kita akan dilayan sebagai manusia atau adakah kita dilayan sekadar sebelah mata.

“Saya jumpa ramai orang baik sepanjang dua tahun itu. Ia buat saya nekad nanti bila saya dah berjaya, saya tak akan buat layanan buruk seperti mana orang pernah buat kepada saya,” dedahnya. 

Berbekalkan RM50, satu-satunya wang yang dia ada ketika itu, Syafie memutuskan untuk pergi ke casting terakhirnya iaitu untuk filem Songlap

“Saya rajin pergi casting. Jika 50 kali saya dapat, ada 100 kali yang tak dapat. Songlap adalah casting terakhir saya. Saya nekad jika tak dapat juga, saya tak akan berlakon dah. Saya cakap dengan emak, mungkin saya tak bagus berlakon dan sebab itu orang tak mahu ambil saya.

“Saya hanya ada RM50 sahaja untuk naik train dan pergi casting. Alhamdulillah, ia menjadi rezeki saya dan sampai sekarang saya masih terus berlakon,” tambahnya.

Rezeki tidak akan datang bergolek, Syafie menasihati para pelakon baru di luar sana untuk tidak mudah mengalah sekiranya benar-benar mahu berada di dalam industri hiburan yang serba mencabar ini.

“Ingatlah, susah atau senang, kita jangan hilang diri. Jangan biarkan diri kita dipijak dan paling penting, jangan berdendam,” katanya.

Terkini, Syafie baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri seram thriller bertajuk 'Nenek Bongkok Tiga'. 

Siri tersebut bakal ditayangkan di platform penstriman Viu pada tahun hadapan menampilkan pelakon berbakat seperti Sara Ali, Sara Mack Lubis, Hun Haqiem, Meerqeen dan Fimie Don. - Getaran, 29 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

2

TARA 2 tahun yang lalu

Hidup Ini Satu Pengorbanan, Jadi Jangan Mengeluh

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Syazwan Zulkifly Akui Masih Baik Dengan Bekas Tunang, Ajak Pulang Beraya Di Kampung Bersama

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Hargai Budaya Sendiri, Negara Luar Masukkan Tradisi Dalam Filem Masing-Masing’

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 20 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.