web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hargai Budaya Sendiri, Negara Luar Masukkan Tradisi Dalam Filem Masing-Masing’

Syafie merasakan penggiat seni seluruh dunia berkongsi sentimen keresahan yang sama apabila melihat tradisi dan budaya semakin dipinggirkan akibat peredaran zaman.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 11:00AM

Syafie Naswip merasakan usaha mengetengahkan permainan tradisional di dalam drama ini wajar dipuji. - Gambar ihsan Viu

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Syafie Naswip merasakan penggiat seni dan pengkarya filem seluruh dunia berkongsi sentimen keresahan yang sama apabila melihat tradisi dan budaya semakin dipinggirkan akibat peredaran zaman.

Oleh itu, pengkarya filem semakin rancak menyerapkan nilai budaya ke dalam naskhah mereka. Ia bukan sekadar untuk  memperkenalkannya kepada penonton luar semata-mata, tetapi pada masa yang sama, dapat memberi peluang kepada generasi muda menghargai kewujudan budaya tradisi mereka sendiri.

Merupakan salah seorang pelakon taruh bagi drama bersiri platform Viu, Nenek Bongkok Tiga, Syafie merasakan usaha mengetengahkan permainan tradisional di dalam drama ini wajar dipuji.

Bukan sedikit anak-anak muda yang tidak pernah mempunyai pengalaman bermain permainan tradisional seperti Galah Panjang, Rebut Tiang, Teng Teng dan Baling Selipar. Viu mengembalikan semula memori permainan tradisional ini menerusi 10 episod Nenek Bongkok Tiga.

“Generasi sekarang tak tahu permainan seperti Galah Panjang, Teng Teng dan Baling Selipar. Drama seperti ini menjadi salah satu cara untuk kita mendidik kembali masyarakat terutamanya kepada generasi muda agar boleh menghargai tradisi mereka masing-masing.

“Tak kiralah genre apa pun, jika sesuatu karya itu membawa nilai baik, maka ia tetap menjadi naskhah yang baik,” katanya kepada Getaran semasa sesi sidang media drama Nenek Bongkok Tiga.

Bukan itu sahaja, melihat kepada trend beberapa tahun belakangan ini, banyak filem dan drama bersiri daripada luar negara menyelitkan unsur budaya dalam karya mereka. Hasilnya, karya mereka mencuri tumpuan dan perhatian masyarakat dunia seperti As The Gods Will dari Jepun, Squid Game dari Korea Selatan dan Baahubali dari India.

“Cerita luar negara pun dah banyak keluarkan tentang tradisi mereka menunjukkan mereka turut berhadapan dengan perubahan peradaban yang sama.

“Ada kerisauan dalam kalangan pengkarya sekiranya generasi muda mungkin tidak mengenali permainan tradisi yang pernah dinikmati oleh generasi sebelumnya.

“Jadi filem menjadi platform untuk mengembalikan semula ingatan dan memori agar anak muda boleh menghargai budaya mereka sendiri,” tambahnya.

Nenek Bongkok Tiga menceritakan lapan orang individu terperangkap di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan di sebuah dimensi yang tidak dikenali.

Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek untuk kembali ke kehidupan asal.

‘Nenek Bongkok Tiga’ menampilkan gabungan mantap pelakon baharu dan lama dalam bidang lakonan tanahair seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, serta Sherie Merlis dan Sofia Jane. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Generasi X Imbau Kenangan Bermain Galah Panjang

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Syazwan Zulkifly Akui Masih Baik Dengan Bekas Tunang, Ajak Pulang Beraya Di Kampung Bersama

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Tak Peduli Ibu Jari Terseliuh, Hun Haqeem Teruskan Shooting Dalam Keadaan Sakit!

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Viu Malaysia Umum 5 ‘Viu Original’ Untuk Tahun 2023 Termasuk ‘Nenek Bongkok Tiga’

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 14 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN