Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Viu Malaysia Umum 5 ‘Viu Original’ Untuk Tahun 2023 Termasuk ‘Nenek Bongkok Tiga’

Acara Viu Upfront yang julung kali diadakan telah memperkenalkan senarai kandungan bagi tahun 2023, termasuk lima karya asli tempatan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 5:20PM

Steven Lim (kiri), Yusry dan barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga. - Gambar ihsan Viu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi, ‘Viu’, perkhidmatan penstriman video OTT terkemuka mengumumkan lima drama Viu Original yang bakal disiarkan pada tahun hadapan.

Lima drama Viu Original tersebut adalah Nenek Bongkok Tiga, W:Two Worlds, Alter-Naratif, Terlanjur Bercinta dan Dear Karma. 

Tahun selepas pasca pandemik setelah ia mendapat pengiktirafan dari pemain industri dan pengguna untuk produksi tempatannya.

Pengumuman ini telah dibuat di acara ‘Viu Upfront’ yang diadakan buat julung kalinya, dengan kehadiran pelbagai pihak termasuk agensi media utama, rakan kongsi, pelanggan dan pihak berkepentingan dalam industri filem dan seni tanahair.

Kingsley Warner - Gambar ihsan Viu
Kingsley Warner - Gambar ihsan Viu

Menurut Pengurus Negara, ‘Viu’ Malaysia Kingsley Warner, Pengurus Negara, pihaknya sudah lama ingin menganjurkan acara ini, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik. 

“Di penghujung tahun 2022 inilah masa yang sesuai kami mengadakan Viu Upfront untuk berkongsi tentang pencapaian Viu sepanjang tahun 2022 dan perancangan bagi tahun 2023 daripada sudut kandungan kepada rakan kongsi dan pihak berkepentingan di dalam industri,” katanya.

Nenek Bongkok Tiga

Tahun 2023 akan dimulakan dengan tayangan ‘Viu Original’  drama ‘Nenek Bongkok Tiga’ yang sememangnya sangat dinantikan ramai. 

Drama ini merupakan kisah seram melibatkan unsur ghaib yang telahpun menjadi bualan ramai di media sosial.

Produksi bagi drama ini melibatkan pengarah terkemuka, Datuk Yusry Abdul Halim dan penerbit, Zurina Ramli yang sebelum ini menghasilkan drama ‘Viu Original’ She was Pretty, sebuah drama yang meraih populariti pada tahun 2022. 

Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan kelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali. 

Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suatu hari nanti.

‘Nenek Bongkok Tiga’ menampilkan gabungan mantap pelakon baharu dan lama dalam bidang lakonan tanahair seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, serta Sherie Merlis dan Sofia Jane.

Tayangannya dijangka bermula pada awal tahun 2023.

W:Two Worlds

Berikutan kejayaan adaptasi K-drama ‘Viu’ seperti Black dan She Was Pretty, ‘Viu’ akan menghasilkan satu lagi drama adaptasi daripada sebuah drama fantasi romantik, W: Two Worlds.

Selepas bapa Ika (pencipta siri webtoon popular W) hilang tanpa jejak, usaha Ika mencarinya membawanya ke dalam dunia webtoon, di mana beliau menyelamatkan nyawa watak utama, Aliff. 

Disebabkan ini, watak Ika mula muncul di dalam cerita webtoon tersebut dan mula berfungsi sebagai realiti sebenar.

Aliff sedang memburu pembunuh keluarganya sepuluh tahun lalu. Beliau mula sedar bahawa takdirnya dan Ika saling berkait, tanpa menyedari bahawa beliau hanyalah watak webtoon.

Apabila dua dunia ini bertembung, bermulanya pelbagai situasi di luar jangkaan yang membawa kepada konflik dan percintaan.

Drama yang bakal yang diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Zurina Ramli akan dibintangi oleh pelakon dan model, Hun Haqeem dan penyanyi, pelakon dan pengacara, Daiyan Trisha. 

Tulang Belakang Viu Upfront. - Gambar ihsan Viu
Tulang Belakang Viu Upfront. - Gambar ihsan Viu

Alter-Naratif

Drama-drama lain daripada pelbagai genre berbeza yang akan disiarkan pada tahun 2023 termasuklah sebuah drama sains fiksyen psikologi mendebarkan bertajuk Alter-naratif.

Alter-naratif mengisahkan sebuah syarikat yang terkenal dengan inovasinya dalam bidang mengubah ingatan – kebolehan memadam ingatan dan menggantinya dengan kenangan tiruan. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mel Isa, memperjuangkan teknologi baharu ini sebagai masa depan psikoterapi, membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka. 

Tetapi apabila Mel mula pitam dan mengalami halusinasi, dia mula mengesyaki bahawa ingatannya sendiri telah diolah. 

Siasatannya mendedahkan korupsi syarikatnya sendiri dan menghidupkan kembali jenayah yang berlaku 20 tahun lalu. Tetapi siapa yang boleh Mel percaya,  bila beliau sendiri tidak yakin tentang identiti beliau sendiri?

Drama ini diarahkan oleh pengarah terkemuka Faizal Ishak (Isteri Misteri, Juvana, Nur Kasih) yang menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Nabila Huda, Neera Azizi, Liyana Jasmay, Rahim Omar dan Gambit Saifullah.

Terlanjur Cinta

Satu lagi adalah drama keluarga yang menonjolkan nilai cinta dan tanggungjawab, iman dan penebusan dosa yang dihasilkan oleh Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan, Akulah Balqis, Perempuan Melayu Terakhir) bertajuk Terlanjur Cinta. 

Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah bernama Salleh, dari penjara dan menyelamatkan keluarganya dari belenggu kemiskinan, Hidayah menerima lamaran seorang duda tua, Pak Majid. 

Ini menyebabkan Hidayah mengenepikan percintaan beliau dengan rakannya, Amir. Walaupun berbeza umur, sikap Pak Majid yang berbudi bahasa dan menawan menyebabkan Hidayah jatuh cinta padanya.

Walaubagaimanapun, harapan Hidayah untuk bahagia berkecai apabila Pak Majid kembali daripada kerja luarnya bersama isteri kedua. Kini, Hidayah perlu berjuang untuk mengekalkan kehidupan baharunya.

Sementara itu, Amir yang menunggu Hidayah mempersoalkan dirinya, samada beliau masih berpeluang memberikan kebahagiaan kepada Hidayah.

Dear Karma

Drama Dear Karma pula dihasilkan dengan latar belakang lokasi di Malaysia dan Jepun dan diterbitkan oleh RedComm Productions, yang cukup dikenali sebagai syarikat produksi yang menghasilkan filem hit seperti Gol Dan Gincu, Istanbul Aku Datang!, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Kami Histeria.

Kisah ini mengenai Karma, seorang idealis yang berusaha menjadi influencer barangan kecantikan. Tanpa dijangka, beliau diterima bekerja di Jepun bersama kawannya, 

Bianca, seorang pelakon yang ingin memulihkan kembali imejnya yang berpasangan dengan Bob, teman lelaki dan juru videonya yang mesra tetapi membosankan. 

Mereka bertiga ke Saga, Jepun, dan bertemu Sham, seorang bekas peguam yang menjadi perantis pembuat tembikar di sana. 

Pertembungan budaya dan personaliti mula bergolak di antara keempat-empat watak unik ini, dengan personaliti dan agenda masing-masing sewaktu perjalanan ini.

Drama-drama ini dan lain-lain lagi boleh didapati di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih serta laman web www.viu.com. – Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

2

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Saya Bukan Doktor Sebenar, Saya Hanya Pelakon, Mario Maurer Akui Didatangi Peminat Yang Mahu Dapatkan Rawatan Daripadanya 

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'