web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

Kata Gambit lagi, setiap kali menerima sesuatu tawaran sudah menjadi kebiasan dia akan meneliti watak serta akan memilih karakter yang sesuai dengan kehendaknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 6:00PM

Gambit Saifullah - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Gambit Saifullah berkata dia lebih memilih untuk fokus kepada filem apatah lagi melihatkan sikap segelintir produksi drama yang tidak profesional dan sukar memberi kerjasama.

Menurut Gambit Saifullah atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 38, berlakon filem lebih memberi kepuasan kepada dirinya berbanding drama.

“Memang ada produksi yang menawar saya drama tetapi saya tolak sebab saya tidak mahu berlakon watak yang sangat basic. 

“Saya akan baca skrip lebih terdahulu sebelum memilih watak dan saya bukan jenis yang sentiasa say yes untuk memuaskan hati pihak lain.

“Saya memang selektif dan memilih watak yang memberi impak pada penonton sebab itu cara saya bekerja iaitu memilih watak yang saya mampu jayakan,” katanya kepada Getaran.

Jelas Saifullah ia menolak tawaran produksi memilihnya hanya untuk mengisi watak yang tidak memberi impak kepada perjalanan kariernya.

Tambahnya, dia lebih mementingkan kualiti dalam lakonan daripada kuantiti kerana dia tidak mengejar populariti sebaliknya dia memilih kepuasan menyampaikan serratus peratus watak yang diberi.

Gambit dan Liyana Jasmay membawakan watak Sam dan Aira dalam 'Alter Naratif'. - Gambar PR
Gambit dan Liyana Jasmay membawakan watak Sam dan Aira dalam 'Alter Naratif'. - Gambar PR

Ketika disoal berkenaan kurang memilih tawaran berlakon dalam drama, pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu berkongsi, lakonan dalam drama memerlukan komitmen dalam jangka masa yang panjang.

“Saya bermula dalam industri ini menerusi lakonan dalam filem bukannya drama. Jadi bagi saya kalau berlakon dalam filem memerlukan komitmen dalam tempoh yang pendek, tidak seperti drama.

“Lagipun saya selesa bekerja dengan produksi yang  memahami keperluan saya. Kalau berlakon filem, biasanya mereka akan lebih pentingkan karakter,” ujarnya.

Kata Saifullah lagi, setiap kali menerima sesuatu tawaran sudah menjadi kebiasan dia akan meneliti watak serta akan memilih karakter yang sesuai dengan kehendaknya.

Saifullah kini bertekad mahu memilih watak yang benar-benar berkualiti untuk terus menyerlahkan bakatnya dalam lakonan.

Dalam perkembangan lain, Gambit menjayakan watak sebagai Sam dalam drama terbaharunya ‘Alter-Naratif’ di bawah arahan Faizal Ishak.

Selain Gambit, drama genre thriller psikologi itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Liyana Jasmay, Rahim Omar, Neera Azizi, Vanidah Imran dan Gishnervam. - Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

2

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

3

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

4

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

5

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

6

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua