web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

Yusry hargai teguran penonton, janji tidak akan berulang lagi

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 8:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah siri, W: Two Worlds, Yusrry Abdul Halim, tampil memohon maaf berhubung kontroversi adegan ‘bercium’ yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

Pelakon terbabit iaitu Hun Haqeem dan Daiyan Trisha turut mengambil langkah sama.

Jelas Yusry, selepas ini dia akan lebih berhati-hati ketika menghasilkan babak-babak romantis dalam karya arahannya. 

“Kami terima teguran itu dan ambil maklum mengenainya. Kami akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang. Kami minta maaf,” ulas Yusry ketika ditemui  media di parti W: The Two Worlds Watch malam tadi.

Pada masa sama, Yusry turut menjelaskan bahawa dia dan pelakon terlibat tidak dapat mengulas lanjut kerana menghormati permintaan platform penstriman, Viu yang meminta mereka tidak memberikan sebarang komen.

Sebelum ini tular di sosial media membabitkan babak watak utama siri itu, Hun Haqeem dan Daiyan Trisha bercium biarpun ia berlapik dengan sehelai kain.

Netizen menganggap adegan itu tidak wajar dipaparkan kepada khalayak, walaupun ia tidak bersentuhan secara langsung. Ini kerana ia seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi dalam kalangan penonton beragama Islam. 

W: Two Worlds diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media yang diadakan pada 1 Disember 2022.

Ia diadaptasi daripada siri drama Korea Selatan yang ditayangkan pada 2016 dengan tajuk yang sama dan ia dibintangi oleh Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo. Viu Malaysia adalah negara ketiga yang menerbitkan adaptasi drama berkenaan selepas Thailand dan China. – Getaran, 4 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Saya Bukan Doktor Sebenar, Saya Hanya Pelakon, Mario Maurer Akui Didatangi Peminat Yang Mahu Dapatkan Rawatan Daripadanya 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Enggan Komen, Pengarah Filem 'Mentega Terbang' Bakal Beri Kenyataan Dalam Waktu Terdekat 

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel