web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bukan Doktor Sebenar, Saya Hanya Pelakon, Mario Maurer Akui Didatangi Peminat Yang Mahu Dapatkan Rawatan Daripadanya 

Bagi menjayakan watak di dalam siri terbaharu lakonannya ‘Royal Doctor’, Mario memberitahu, dia banyak meluangkan banyak masa bagi menghafal skripnya bagi mengingati nama ubat dan herba.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 8:00PM

Mario Maurer membawakan watak Thong On dalam Royal Doctor. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Thailand, Mario Maurer mendedahkan sering didatangi peminatnya untuk memeriksa keadaan kesihatan ekoran membawa watak seorang doktor dalam siri terbaharu lakonannya ‘Royal Doctor’.

Menurut Mario, sebelumnya dia pernah mendapat reaksi yang sama ketika membawa watak Thong Ake dalam siri Thong Ek: The Herbal Master.

Katanya, meskipun dia berasa gembira dengan reaksi peminat yang begitu positif bagi kedua-dua watak yang dibawanya, namun dia berharap mereka bertemu dengan doktor yang sebenar bagi menerima rawatan yang sepatutnya.  

Mario cukup berbesar hati kerana ada peminat yang percaya dia adalah doktor sebenar. - Gambar PR
Mario cukup berbesar hati kerana ada peminat yang percaya dia adalah doktor sebenar. - Gambar PR

“Salah satu reaksi biasa peminat saya ialah mereka selalu akan datang kepada saya dan cakap:  “Mario atau doktor, boleh awak periksa saya? Boleh awak periksa saya sakit apa? Macam mana keadaan saya hari ini?"

“Perkara sebegitu kerap berlaku ketika saya merakam Thong Ek. Tapi setelah saya rakam ‘Royal Doctor’, ia mula berlaku semula. 

“Sekarang orang datang kepada saya dan memberitahu:  “Hei, Mario. Abang saya ada penyakit”. 

Jadi saya akan memberitahu mereka bahawa saya cuma seorang pelakon yang membawa watak doktor dan mereka perlu menghubungi doktor sebenar untuk penyakit mereka,” katanya.

Mengulas lanjut Mario mengakui dia meluangkan banyak masa menghafal skrip terutama untuk mengingati nama ubat dan herba.

“Dua hari sebelum penggambaran, saya akan menyebutnya berulang-kali sepanjang hari bagi menghafalnya dengan betul. 

“Kadangkala skripnya adalah dalam bahasa Pali jadi ia agak sukar untuk diingati. Saya perlu melakukannya sepanjang hari. Jadi pada waktu pagi, saya akan membaca skrip, selepas makan tengah hari, saya masih membaca skrip. 

“Ada ketika saya tak dapat berbual banyak dengan barisan pelakon yang lain kerana saya asyik mengulang skrip dalam kepala saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mario mengakui suasana di set penggambaran sangat menyeronokkan kerana dia mengenali ramai pelakon yang terlibat dalam drama ini.

Tambahnya, hampir semua pelakon adalah barisan pelakon sama seperti ketika dia menjayakan penggambaran drama ‘Thong Ek’, menjadikan set pengembaran seolah satu reunion.

“Memang saya rasa seronok. Kerana kami semua sudah saling mengenali antara satu sama lain, malah pengarah ialah orang yang sama, begitu juga dengan penerbitnya. 

“Jadi, ia tak berasa seperti kami sedang bekerja. Ia seperti berada di rumah dan berseronok dengan keluarga sendiri.

“Dan sebenarnya, ketika di hujung penggambaran, saya benar-benar tak mahu ia tamat. Saya merasa sangat sedih kerana mahu meneruskan penggambaran,” akurnya.

Mario Maurer dan Kimberly Anne dalam Royal Doctor. - Gambar Viu
Mario Maurer dan Kimberly Anne dalam Royal Doctor. - Gambar Viu

Royal Doctor mengisahkan Bua (Kimberly Anne) seorang pelajar perubatan yang tidak mempunyai keyakinan diri dan selalu dimarahi profesornya kerana tidak dapat melakukan diagnosis pesakit dengan baik.

Suatu hari, ketika sedang berada di rumah, Bua tiba-tiba telah ditarik oleh ribut yang kencang dan sebaik tersedar dia mendapati dirinya telah merentas ke zaman pemerintahan King Rama III. 

Bua yang terdampar di dalam hutan diselamatkan anak murid Cikgu Han yang mengajar seni lawan pedang di situ. Bua berkawan baik dengan Phad (Pat Natpapa) yang tinggal bersama Cikgu Han dan anak muridnya.

Baru sehari tinggal di situ penempatan Cikgu Han telah diserang mafia Cina. Bua yang melarikan diri ke dalam hutan terpisah dari Phad kemudiannya cedera parah diserang musuh Cikgu Han. Nasib baik Bua diselamatkan Thong On (Mario Maurer) yang mempunyai pengetahuan mengenai perubatan tradisional.

Cikgu Han dan anak muridnya yang lain diselamatkan abang Thong On iaitu Thongthae (Masu Junyangdikul). 

Thongthae membawa Cikgu Han, Bua dan yang lain tinggal di rumah mereka sehingga pulih. Sejak hari itu Bua semakin rapat dengan Thong On.

Saksikan kisah selanjutnya antara Bua dan Thong On, dalam siri ‘Royal Doctor’ menerusi Viu, Astro Ultra dan Ulti Box secara percuma. – Getaran, 13 Jun  2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Enggan Komen, Pengarah Filem 'Mentega Terbang' Bakal Beri Kenyataan Dalam Waktu Terdekat 

Sorotan

1

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

2

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

3

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

4

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

5

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

6

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua