web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Peduli Ibu Jari Terseliuh, Hun Haqeem Teruskan Shooting Dalam Keadaan Sakit!

Membawakan watak Zamir, Hun banyak terlibat dengan beberapa babak aksi dan pergaduhan. Lebih mencabar, kebanyakan babak berkenaan memang dilakukan di dalam hutan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 4:00PM

Hun Haqeem membawakan watak Zamir dalam Nenek Bongkok Tiga. - Gambar ihsan Viu

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Hun Haqeem memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada projek siri terbaharu platform penstriman Viu, 'Nenek Bongkok Tiga'. 

Membawakan watak Zamir, Hun banyak terlibat dengan beberapa babak aksi dan pergaduhan. Lebih mencabar, kebanyakan babak berkenaan memang dilakukan di dalam hutan.

“Ada satu babak bersama-sama Syafie Naswip. Waktu itu pukul dua pagi. Waktu betul-betul nak mulakan penggambaran, ada sedikit insiden yang menyebabkan ibu jari terseliuh.

“Pasukan pelakon lagak ngeri yang bantu saya masukkan semula tulang ibu jari. Waktu itu saya terfikir, ini baru nak shoot first take dan jadi macam-macam. Panjang lagi perjalanan shoot ini,” katanya sambil ketawa semasa ditemui Getaran di majlis sidang media 'Nenek Bongkok Tiga' semalam. 

Hun banyak terlibat dengan babak aksi dan pergaduhan di dalam hutan. - Gambar ihsan Viu
Hun banyak terlibat dengan babak aksi dan pergaduhan di dalam hutan. - Gambar ihsan Viu

Tidak mahu membatalkan penggambaran, Hun kemudian meminta agar shoot berkenaan diteruskan walaupun jarinya belum pulih sepenuhnya. 

“Mereka minta saya bertenang dan minta saya  duduk untuk periksa keadaan tangan. Tapi saya rasa, jika disuruh duduk lagi saya akan rasa sakit. Jadi kita teruskan sahaja babak itu. 

“Saya bersyukur kerana Syafie Naswip sangat membantu dalam keadaan itu dan babak itu kita shoot sekali sahaja,” tambahnya.

Tidak hanya itu, Hun berdepan dengan kecederaan di lutut menyebabkan dirinya  harus bertemu ahli fisioterapi bagi mendapatkan rawatan.

“Di dalam hutan kita memang berhadapan dengan benda tak dijangka seperti akar kayu. Tapi bila kita dah masuk mood karakter, kita jadi lupa. Banyak kali juga saya terjatuh. Lepas habis penggambaran baru saya sedar cedera di bahagian lutut kiri.

“Ia menyebabkan saya ke fisioterapi selama 12 sesi. Alhamdulillah sekarang keadaan kaki saya sudah membaik,” katanya. 

Nenek Bongkok Tiga bakal bersiaran bermula 9 Februari di platform penstriman Viu. - Gambar ihsan Viu
Nenek Bongkok Tiga bakal bersiaran bermula 9 Februari di platform penstriman Viu. - Gambar ihsan Viu

Nenek Bongkok Tiga menceritakan tentang lapan individu yang terperangkap dalam sebuah rumah yang dijaga oleh seorang nenek. Untuk keluar daripada rumah tersebut, mereka perlu melalui beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu.

Nenek Bongkok Tiga bakal bersiaran bermula 9 Februari di platform penstriman Viu. Antara pelakon lain yang menjayakan drama 10 episod ini ialah Meerqeen, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane, Rykarl Iskandar, Esma Daniel, Aida Aris. - Getaran, 9 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Saya Bukan Doktor Sebenar, Saya Hanya Pelakon, Mario Maurer Akui Didatangi Peminat Yang Mahu Dapatkan Rawatan Daripadanya 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 14 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN