Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Ulasan Filem 'Air Force': Filem Perang Di Bulan Kemerdekaan

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini mengangkat kewujudan antara pasukan elit terbaik negara iaitu Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Filem & TV Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 2:00PM

Kehadiran Air Force The Movie diharap dapat mengembalikan perasaan teruja penonton semasa menonton filem tempatan genre begini yang kali terakhir dilihat pada tahun 2018. - Gambar ihsan GSC Cinema

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Tahun ini macam tak meriah nak sambut merdeka,”

Demikian antara ciapan yang menjadi perhatian minggu lalu apabila warganet membincangkan bagaimana semangat sambutan hari merdeka kian malap tahun demi tahun. 

Filem aksi ketenteraan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa muncul di tengah-tengah kelesuan perasaan masyarakat Malaysia mendekati hari bersejarah negara kita. 

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan  Frank See ini mengangkat kewujudan salah satu pasukan elit terbaik negara iaitu Pasukan Khas Udara (PASKAU) dalam usaha menyelamatkan skuadnya yang terperangkap di wilayah bergolak apabila pesawat mereka ditembak oleh pengganas di Namburi. 

Gambar ihsan GSC Cinema
Gambar ihsan GSC Cinema

Zafran, lakonan Aiman Hakim Ridza bertanggungjawab menerbangkan pesawat SUKHOI membawa pulang tentera dan orang awam warganegara Malaysia yang masih berada dalam keadaan bahaya di Namburi. 

Empat tahun lalu, kita mempunyai filem dengan genre yang sama mengangkat kesusahan dan jasa yang Pasukan Khas Laut negara. Filem Paskal pada ketika itu dipersembahkan dengan sangat baik dan menerima respons yang hebat daripada penonton. 

Kehadiran Air Force The Movie diharap dapat mengembalikan perasaan teruja penonton semasa menonton filem tempatan genre begini yang kali terakhir dilihat pada tahun 2018.

Filem ini menampilkan pelakon yang bukan calang-calang seperti Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Jack Tan dan Luqman Hafidz yang menurut penulis benar-benar menjayakan watak yang dipegang mereka. 

Bagi sebuah filem perang, sudah tentu kita dapat menjangkakan lebih banyak aksi, dan filem  ini berjaya menawarkannya tahniah kami ucapkan kepada Frank See atas usaha yang cemerlang ini. 

Antara babak menarik dalam filem ini. - GSC Cinema
Antara babak menarik dalam filem ini. - GSC Cinema

Bukan itu sahaja, jika anda terfikir-fikir apakah babak letupan di dalam filem ini hanya kesan imej janaan komputer (CGI), anda tersilap. Kerana ia memang berlaku secara nyata dan lokasi penggambaran benar-benar dilakukan di lapan sasar tempat latihan para tentera kita. 

Namun, sudah tentu ada beberapa babak lain tidak terlepas daripada menggunakan unsur CGI yang menurut penulis agak berjaya. 

Usaha pengarah untuk mengurangkan unsur CGI bagi memberikan sebuah rasa yang real kepada penonton khususnya babak di dalam pesawat Sukhoi wajar dipuji.

Selain itu, yang perlu diberi perhatian dan mendapat pujian ialah skor muzik sepanjang filem ini ditayangkan. Momen sesebuah skor muzik yang dimainkan sangat tepat membuatkan babak tempur dan gempur benar-benar terasa hidup.

Pun begitu, penulis juga merasakan ada beberapa bahagian dalam filem ini yang boleh diperbaiki seperti langgam cerita dan garapan filem ini yang longgar. 

Sayang sekali kerana filem ini dibuka dengan sangat cantik terus kepada tragedi. Namun momentum panik, ketakutan, debaran yang sepatutnya ditawarkan dalam sesebuah filem ketenteraan tidak sampai kepada penonton. 

Gambar ihsan GSC Cinema
Gambar ihsan GSC Cinema

Bayangkan sudah satu jam filem ini dimainkan, iaitu pada act kedua, tidak ada nuansa ‘urgency’ dipamerkan oleh tentera di ‘base’ sedangkan mereka yang hilang di Namburi sedang bergelut dengan nyawa sendiri. 

Tentera masih lagi berfikir-fikir mahu hantar siapa menerbangkan SUKHOI. Paling aneh, tanggungjawab menerbangkan SUKHOI kemudian diserahkan kepada Zafran yang ketika itu sedang minum teh panas. Dia masih ada masa untuk termenung dan menghembus nafas selepas itu. 

Pada masa yang sama, tentera masih lagi mencetak peta koordinasi di atas kertas A4. Apakah ia prosedur biasa atau adakah tentera kita tidak mempunyai sistem yang sedikit lebih canggih untuk dipertontonkan kepada khalayak?

Penulis faham, pengarah ingin menjual sentimen kesedihan dalam beberapa babak terutamanya melibatkan ahli keluarga mangsa. 

Namun dalam babak yang berdurasi kurang 5 minit itu secara tidak langsung menunjukkan ahli keluarga yang di dalam bilik itu tidak diberi penerangan yang sewajarnya oleh pegawai sepatutnya. 

Mereka menangis, kehilangan arah, cemas dan paling penting, buntu tak tahu sebab apa mereka dikumpulkan di situ. 

Ada banyak sub cerita yang juga dipadatkan di dalam filem ini seperti kisah Paco dan percintaan Kapten Adib (maaf tidak dapat penulis tuliskan secara terperinci bagi mengelak spoiler). Namun entahlah, penulis merasakan penyampaiannya sedikit berterabur.

Walaupun Aiman Hakim Ridza dan Adi Putra adalah watak utama filem ini. Namun, watak mereka tenggelam kerana Nas-T lebih menonjol sepanjang filem ini. Tidak hairanlah jika ada yang menyangka Nas-T adalah penyelamat dan hero keseluruhan filem ini. Bukan Aiman. Bukan Adi.

Malaysia tidak banyak menawarkan sebuah filem bergenre aksi ketenteraan. Jadi, tidak ada salahnya jika anda pergi menonton Air Force The Movie yang mula dtayangkan hari ini dan membuat kita lebih menghargai pasukan unit beragam kita. - Getaran, 25 Ogos 2022

3 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

‘Tujuh Dua Belas’ Tampilkan Pelakon Wanita Yang Mampu Bertarung, Angkat Kisah Penculikan Kanak-Kanak – Pengarah

2

Selebriti 6 hari yang lalu

Penonton Tak Boleh Beza Mana Satu Lakonan - Sean Lee Terkilan Apabila Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Penggambaran Filem 'Anwar' Sepenuhnya Di Indonesia, Angkat Versi Yang Pernah Digelapkan Media - Penerbit

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Tiada Unsur Bias, Kami Kaji Dokumen Asal Sejarah Sarawak – Penerbit Filem Rajah

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Apa Motif Tuntutan Nusyuz Ini Dibuat, Kenapa Baru Sekarang? - Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Syamsul Yusof Failkan Nusyuz Terhadap Puteri Sarah

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Fail Permohonan Hadanah Terhadap 2 Anak

Puteri Sarah ketika ditemui pemberita berkata beliau membuat permohonan itu selepas difikirkan “secara tiba-tiba”.

Filem & TV 3 jam yang lalu

Belum Sedia Jemput Awie & Afdlin Shauki Di Suke TV - AC Mizal Tak Mampu Bayar Harga Profesional Mereka

oleh Rubini Nagarajah