web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Adi Putra Dan Johan As’ari, Beto Kusyairy Pula Sahkan Tidak Akan Ke Jakarta 

Seorang lagi pelakon filem Mat Kilau iaitu Beto Kusyairy mengesahkan dia tidak akan turut serta ke tayangan gala yang bakal berlangsung di Jakarta pada 26 Ogos ini 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 11:00AM

Beto Kusyairi turut umum tidak ke Jakarta, Indonesia. - Gambar Instagram Beto Kusyairy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Beto Kusyairy menjadi seorang lagi bintang  filem Mat Kilau yang tidak akan menyertai rombongan ke tayangan gala filem berkenaan di Jakarta Indonesia yang akan berlangsung pada 26 Ogos ini.

Perkara itu didedahkan Beto ketika ditemui pihak media sewaktu majlis tayangan perdana filem terbarunya yang berjudul Anak Rimau.

Menurut Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan, 42, dia tidak dapat turut sama ke Jakarta kerana sudah terikat dengan komitmen lain.

"Saya ada dapat jemputan untuk sama-sama ke sana. Tetapi komitmen tak mengizinkan. 

Saya mengharapkan agar filem kita mendapat sambutan di sana, tambahan pula filem Mat Kilau turut dibintangi pelakon Indonesia iaitu Yayan Ruhian. 

Mudah-mudahan produk serta pelakon kita mendapat lebih pendedahan agar kita dapat terbang lebih luas," katanya. 

Ditanya adakah dia sendiri mencari peluang untuk melebarkan sayap lakonannya di negara jiran itu, kata Beto dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk bekerja di sana.

“Saya rasa macam saya sudah terlambat, umur pun dah berapa. Saya tidak meletakkan perkara itu sebagai motivasi saya. Saya buat sahaja kerja saya, kalau rezeki dan dibuka ruang untuk meluaskan bakat saya ke sana, Alhamdulillah saya akan cuba dan teruskan. 

“Tetapi buat masa sekarang, saya tidak letakkan sasaran untuk bekerja di Indonesia atau Thailand atau Hollywood. Saya mahu fokus untuk hasilkan produk orang kita dulu", ujarnya. 

Dalam pada itu, pihak media turut  mendapatkan pandangan Beto mengenai  kemelut dan konflik yang sedang tercetus di antara  syarikat produksi Studio Kembara bersama beberapa pelakon Mat Kilau selepas filem epik arahan Syamsul Yusof itu mengukir kejayaan luar biasa.  

Kata Beto, tidak seharusnya dikeruhkan lagi perkara yang sudah keruh.

"Seharusnya kita menjernihkan kembali segala kekeruhan yang berlaku sebab industri kita tidak besar. Pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama.  Mudah-mudahan akan ada penyelesaian yang baik, itu sahaja harapan saya," katanya.

Terdahulu pelakon utama yang membawa watak Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra memberitahu bahawa dia tidak akan menghadiri majlis tayangan gala filem berkenaan di Jakarta selepas panggilannya tidak dijawab pihak produksi Studio Kembara.

Beberapa hari lalu pula media melaporkan seorang lagi pelakon filem Mat Kilau iaitu Johan As’ari telah digugurkan daripada menyertai rombongan ke Jakarta. 

Semoga segala konflik yang berlaku di  antara pelakon dan pihak produksi dapat diselesaikan dengan cara baik. - Getaran, 25 Ogos 2022

Beto dikhabarkan sibuk dengan komitmen lain. - Gambar dari Instagram Beto kusyairy
Beto dikhabarkan sibuk dengan komitmen lain. - Gambar dari Instagram Beto kusyairy


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN