web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Berkolaborasi Dengan Calum Scott, Diana Danielle Yakin Muncul Dengan Single Bahasa Inggeris

Setelah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Calum Scott menerusi lagu ‘Heaven’, kini Diana tampil dengan single Inggeris pertamanya, ‘Shine On’.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 8:00PM

Diana Danielle turut menggubah sendiri 'Shine On' bersama Bo Amir Iqram, manakala liriknya dihasilkan Bo Amir Iqram - Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun lebih dikenali dalam bidang lakonan, namun minat Diana Danielle terhadap nyanyian tidak pernah padam. 

Bahkan, aktres yang banyak membintangi filem dan drama ini memang diakui memiliki suara nyanyian yang cukup baik. 

Setelah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Calum Scott menerusi lagu 'Heaven', kini Diana tampil dengan single Inggeris pertamanya, ‘Shine On’. 

Apa yang menarik, Diana turut menggubah sendiri lagu ini bersama Bo Amir Iqram, manakala liriknya dihasilkan Bo Amir Iqram. 

 ‘Shine On’ membawa mesej mengenai orang pernah meragui harga diri masing-masing hanya kerana tanggapan orang lain atau keadaan sekeliling, tetapi harus bangkit untuk meneruskan kehidupan
‘Shine On’ membawa mesej mengenai orang pernah meragui harga diri masing-masing hanya kerana tanggapan orang lain atau keadaan sekeliling, tetapi harus bangkit untuk meneruskan kehidupan

Mengambil inspirasi daripada pengalaman peribadinya sendiri serta kisah-kisah mereka yang bersangkutan, lagu ini membawa pesan pemerkasaan dalam diri seseorang bagi mengatasi keraguan dan menepis segala rasa negatif yang datang.

Dengan kata lain, ‘Shine On’ membawa mesej mengenai orang pernah meragui harga diri masing-masing hanya kerana tanggapan orang lain atau keadaan sekeliling, tetapi harus bangkit untuk meneruskan kehidupan. 

“Kita semua pernah berada di situ, sama ada di sekolah, kerja ataupun perhubungan peribadi di mana kita dibuat untuk merasa seolah-olah kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri atau apa yang dilakukan tidak mencukupi.

 “Ia satu senario yang ramai di antara kita perlu hadapi setiap hari dan melalui “Shine On”, saya hanya mahukan sebuah lagu yang sesiapa sahaja mendengarnya akan mengerti bahawa mereka tidak perlu rendahkan keyakinan diri mereka supaya orang di lain berasa selesa. 

“Saya rasa ada kuasa tersendiri dalam menjadi seorang individu,” katanya. 

Kemunculan single ‘Shine On’ adalah bukti kesungguhan Diana bergelar penyanyi dengan dia punya banyak perancangan untuk menghasilkan muzik di masa hadapan
Kemunculan single ‘Shine On’ adalah bukti kesungguhan Diana bergelar penyanyi dengan dia punya banyak perancangan untuk menghasilkan muzik di masa hadapan

Menurut Diana lagi, bait lirik, “Catching up with my better self, no one’s holding you back but yourself” benar-benar membawa maksud yang begitu mendalam.

“Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu ia membawa maksud ‘mengikuti kata hati sendiri, tiada siapa yang menghalang kecuali dirimu sendiri’. 

“Bait lirik ini juga telah membantu membentuk video muzik lagu ini dengan menunjukkan perbezaan saat berada di satu tempat yang suram berbanding saat mendapat pencerahan melalui masa silam sukar yang pernah dilewati dalam hidup,” katanya. 

Kemunculan single ‘Shine On’ adalah bukti kesungguhan Diana bergelar penyanyi dengan dia punya banyak perancangan untuk menghasilkan muzik di masa hadapan. 

Mengenai kolaborasinya dengan Calum Scott menerusi lagu ‘Heaven’ sebelum ini, pemilihan Diana telah dilakukan Universal Music Malaysia untuk mewakili Malaysia untuk projek kolaborasi Calum di Asia Tenggara. 

Malah, Diana juga turut berpeluang untuk membawakan lagu itu bersama Calum menerusi konsert penyanyi antarabangsa itu di Kuala Lumpur pada Oktober lalu. – Getaran, 13 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Tawarkan Hadiah Pendamaian Bernilai RM319,700 Kepada Diana Danielle Termasuk Kereta, Barang Kemas Dan Wang 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari