web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farid Kamil Tawarkan Hadiah Pendamaian Bernilai RM319,700 Kepada Diana Danielle Termasuk Kereta, Barang Kemas Dan Wang 

Tawaran itu dibuat oleh Fatid Kamil sebagai salah satu inisiatif untuk berdamai dengan isterinya iaitu Diana Danielle. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 8:30AM

Mahkamah menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding kedua buat pasangan ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menawarkan hadiah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700 kepada isterinya, Diana Danielle sebagai tanda perdamaian.

“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut (sebuah kereta Toyota Vellfire RM225,000, barangan kemas RM10,700, wang pendahuluan nafkah Mac-Jun RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah RM44,000) sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang saya sayangi. 

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini, ia mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” tulisnya dalam sepucuk surat yang turut diedarkan kepada media. 

Farid turut berkongsi cerita di sebalik kehilangan cincin perkahwinan Diana yang telah hilang sewaktu melahirkan anak kedua mereka iaitu Aurora.

“Diana telah tersalah letak cincin berkenaan sewaktu mahu melahirkan Aurora. Aurora dilahirkan melalui kaedah ‘water birth’. Jadi segala aksesori perlu dibuka.  Selepas selesai dia cari dan tak jumpa, dia menangis. 

“Saya katakan kepadanya tak mengapa, cincin bukanlah segalanya. Kita boleh beli yang baru. Apa yang penting momen kebahagiaan pada ketika itu. Saya tak sangka perkara ini boleh jadi besar. Saya janji saya akan beli yang baru. Dan kali ini saya ganti dengan enam bentuk cincin,” katanya. 

Terdahulu, Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa untuk prosiding sulh. Diana agaimanapun tidak hadir untuk prosiding berkenaan. 

Disebabkan itu, mahkamah menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding kedua buat pasangan ini. – Getaran, 12 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN