web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramadan Di Perantauan: Bijak Atur Hidup

Ramadan di tempat orang memerlukan pelbagai jenis penyesuaian. Di bahagian pertama siri ini, Idlan berkongsi tentang beberapa perubahan kecil yang dilakukannya semasa berpuasa.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 10:25AM

Gambar: Gabby K, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa tahun lepas, ketika saya sedang menyiapkan hidangan juadah berbuka, notifikasi telefon pintar saya berbunyi. Rupanya, ibu saya bertanya khabar.

“Dah berbuka ke, Along?” sapa Mama di aplikasi WhatApp.

“Belum lagi Mama, baru nak masak ni.”

“Wah, kamu belum berbuka kami sudah mahu bersahur,” balas Mama.

Saya mencongak perbezaan jam antara Kuala Lumpur dan Birmingham: 7 jam. Mama rupanya menghantar mesej kepada saya ketika dia sudah bangun untuk menyiapkan sahur tatkala siang masih belum melabuhkan tirainya di England pada jam 9.30 malam, Subuh sudah mula mengintai di tanah air tercinta.

Itu, kisah beberapa tahun lalu di mana Ramadan hadir pada hari-hari terpanjang untuk kami di hemisfera Utara.

Alhamdulillah, tempoh tersebut sudah berkurangan sedikit: imsak sekitar 4.30 pagi berbanding jam 2 pagi ketika itu dan waktu berbuka sekitar 8.30 malam dan tidak lagi 10.00 malam. Namun memang betul kata orang-orang tua, alah bisa tegal biasa.

Sudah hampir dua dekad tinggal di perantauan, bila pun datang bulan Ramadan, kita hadap saja.

Gambar: Cottonbro, Pexels
Gambar: Cottonbro, Pexels

Antara cabaran paling utama untuk saya menjalani ibadah puasa pada bulan-bulan di mana siang jauh lebih lama dari malam, adalah dari segi pengurusan masa.

Sebagai seorang yang bekerja seperti biasa pada siang harinya dan cuba mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam, bermakna saya perlu membuat anjakan sedikit sebanyak dari segi waktu berehat.

Tabiat saya yang tidak gemar tidur pada siang hari saya ubah pada bulan Ramadan. Ini sedikit sebanyak membolehkan saya bangun di tengah malam sejam atau dua sebelum masuk Subuh - sekitar 2.30 atau 3 pagi.

Bergantung kepada jadual harian serta tugasan, saya akan cuba mencari masa untuk berehat sebentar. Sebelum pandemik COVID-19 melanda pun, bidang kerja saya tidak ada sistem clock-in dan clock-out - saya bebas bekerja di mana-mana jika tiada mesyuarat atau tugasan khas, asalkan boleh dihubungi oleh pihak pejabat.

Jadi saya memanfaatkan waktu fleksi ini untuk menyesuaikannya dengan keadaan.

Satu lagi yang saya banyak ubah adalah gaya pemakanan. Pada mula puasa tempoh panjang, saya bereksperimen dengan berbagai jenis makanan untuk bershaur bagi mencari apa yang paling boleh membantu saya mengekalkan tenaga untuk menjalankan tanggungjawab di siang hari.

Setelah mencuba nasi, susu, makanan berprotein tinggi dan berbagai lagi, saya mendapati perut saya paling selesa dengan bijirin oat dan susu yang dikisar bersama buah-buahan.

Berbuka pula, setelah berlapar dan dahaga lebih 16 jam, begitu berbeza dengan apa yang saya sangka.

Gambar: Milda Puga, Pexels
Gambar: Milda Puga, Pexels

Secara mental, memang saya mahukan nasi yang banyak dengan lauk yang berbagai-bagai, apa lagi setelah seharian menunggu. Hakikatnya, saya mendapati pada awal waktu berbuka, makanan berbentuk bubur atau sup lebih sesuai untuk saya. Dan akhirnya lauk paling banyak diratah tapi nasi tidak berusik.

Setelah Maghrib tiba, cabarannya pula adalah untuk mendapatkan air yang secukupnya dalam tempoh 4-6 jam sahaja. Saya dapati kalau saya kurang makan pada waktu malamnya, saya mungkin berasa lebih lapar sedikit pada esoknya.

Tetapi kalau kurang minum air, wah esoknya seawal 9 pagi sudah mula rasa padahnya dalam bentuk sakit kepala. Bayangkan, baru 9 pagi dan berbuka pula lagi 12 jam.

Tetapi ini cumalah sebahagian dari kitaran hidup di negara empat musim. Dua puluh tahun dahulu, ketika saya mula-mula sampai ke England, kebetulan puasa dan Hari Raya pada ketika itu sempena musim sejuk. Pada ketika itu sahur seperti sarapan yang sedikit awal dan tak semena-mena, baru jam 3.30 petang sudah terbenam matahari.

Pernah, ketika saya gigih menyiapkan tugasan (ketika itu saya masih pelajar) dan tidak tidur pada sebelah malamnya sehinggalah jam 9 pagi hari esoknya, saya hanya sedar jam 5.30 petang. Jangankan waktu berbuka saya langgar, orang sudah pergi berterawih baru saya buka mata!

Ah, begitulah lumrah hidup merantau, memang banyak perlu menyesuaikan diri. Tapi itu, baru dari segi peribadi dan penyesuaian masa. Di lembaran seterusnya saya akan berkongsi bagaimana berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai pada bulan Ramadan di negara di mana umat Islam adalah minoriti. Salam Ramadan, semua! - Getaran, 18 April 2021

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini