web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Keliru Dengan Simptom Kanser Ovari 

Kanser ovari lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia di kalangan 60-65 tahun dengan lebih 50 peratus pesakit didiagnos di tahap 3 atau 4.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 5:00PM

Kajian mendapati, kanser ovari lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 60-65 tahun. - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) pada tahun 2020 telah memaklumkan bahawa terdapat 1836 kes kanser ovari terbaru di Malaysia, menjadikan ia kanser ketiga yang selalu dihadapi wanita di Malaysia selepas kanser payudara dan kanser usus. 

Kanser ovari lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia lingkungan 60-65 tahun dengan lebih 50 peratus pesakit didiagnos di tahap 3 atau 4 kanser tersebut. 

Dr Wong Yen Shi - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway Velocity
Dr Wong Yen Shi - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway Velocity

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari SMCV, Dr Wong Yen Shi, menjelaskan bahawa hanya 20 peratus daripada kes kanser ovari dikesan pada tahap awal kerana masih belum ada saringan atau ujian dicipta untuk rawatan awal kanser ini. 

“Buat masa ini, imbasan transvaginal dan ujian penanda tumor CA 125 digunakan untuk mengesan kanser ovari tetapi dengan limitasi. Imbasan transvaginal boleh mengesan sebarang tisu bermasalah tetapi terdapat sedikit kesukaran untuk membezakan tumor benigna (sel tidak berkanser) daripada tumor malignan (sel berkanser), manakala ujian penanda tumor CA 125 adalah sejenis ujian yang bagus digunakan untuk memantau rawatan tetapi ia tidak bertujuan untuk mengesan kanser.”

“Simptom kanser ovari ialah kembung perut, ketidakselesaan perut, kekerapan membuang air kecil, sembelit, rasa cepat kenyang, penurunan berat badan, keletihan dan sakit belakang. Kanser ini juga boleh disalah anggap sebagai benigna tumor ovari, uterine fibroid, endometriosis dan sindrom pra-haid,” tambah Dr Wong. 

Walaupun ia adalah satu cabaran untuk mengesan kanser ovari, Dr Wong berkongsi bahawa terdapat faktor risiko yang menyebabkan seseorang wanita boleh berwaspada, dan ini termasuklah sejarah ahli keluarga yang mempunyai kanser payudara, ovari atau usus, sindrom kanser yang boleh diwarisi keluarga seperti gen BRCA dan sindrom Lynch seperti peningkatan usia dan keadaan berat badan berlebihan atau obesiti. 

Faktor risiko lain termasuklah merokok, pendedahan kepada asbestos, wanita yang menjalani terapi penggantian hormon (HRT), wanita yang tidak pernah melahirkan anak, wanita yang melahirkan anak pada usia lewat, datang haid awal dan lambat menopaus. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

“Jadikan ujian saringan kesihatan serta saringan diabetes, kolesterol, kesihatan jantung, payudara dan serviks sebagai rutin supaya anda tahu keadaan diri anda. Amalkan pemakanan sihat dan selalulah bersenam – jaga kesihatan mental, dapatkan tidur secukupnya dan kawal tekanan untuk menjaga kesihatan anda secara menyeluruh,” ujar Dr Wong. 

Peningkatan statistik kanser adalah petanda penting bahawa wanita harus mengambil berat dan mengutamakan kesihatan mereka di samping keluarga. Kesihatan adalah aspek terpenting dalam kehidupan seseorang dan mereka yang memerlukan rawatan boleh berhubung dengan klinik atau hospital terdekat untuk mendapatkan maklumat dan rawatan yang sewajarnya. 

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober ini, SMCV menyediakan beberapa ujian saringan kesihatan wanita. Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, anda mungkin ingin mendapatkan rundingan atau pemeriksaan lanjut.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk mendapatkan sebarang maklumat atau pertanyaan, anda boleh emailkan di [email protected]. Selain itu, anda juga boleh layari www.sunmedvelocity.com.my - Getaran, 16 Oktober 2022 

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Ketahui Talian Kecemasan Hospital Berhampiran Kediaman Anda, Jangan Salah Dail 999

2

TARA 3 tahun yang lalu

Ovulasi Dan Keturunan – Dua Faktor Yang Jadi Penyebab Utama Risiko Kanser Ovari 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Lelaki, Jangan Takut Atau Malu Mengaku Jika Anda Merasa ‘Down’

4

TARA 4 tahun yang lalu

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari