Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lelaki, Jangan Takut Atau Malu Mengaku Jika Anda Merasa ‘Down’

Doktor Pakar daripada SMCV menyokong lebih ramai lelaki untuk bersuara tentang masalah kesihatan mental dan fizikal mereka kerana ia mampu menyelamatkan nyawa 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 1:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kesihatan fizikal sememangnya penting, namun kesihatan mental dan emosi turut tidak boleh diabaikan kerana ia turut menyumbang kepada kesejahteraan seseorang secara menyeluruh. 

Bersempena dengan bulan kesedaran kesihatan lelaki pada bulan November ini, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menyeru golongan lelaki untuk mengutamakan kesihatan mereka tanpa berasa malu atau teragak-agak untuk berbuat sedemikian. 

Sebuah laporan daripada Frontiers in Psychiatry mendedahkan bahawa kadar bunuh diri di kalangan lelaki telah meningkat secara ketara di antara tahun 2014 dan 2019. 

Angka tersebut menunjukkan terdapat purata 5.8 bagi setiap 100,000 penduduk. Dianggarkan sebanyak 1,841 kematian akibat bunuh diri berlaku setiap tahun dengan lima kematian setiap hari, menjadikan ia perkara yang membimbangkan dan perlu diambil serius. 

Kebanyakan lelaki sukar berkongsi masalah berkaitan kesihatan fizikal dan mental kerana mereka selalunya adalah pencari nafkah untuk keluarga mereka. Ini boleh menyebabkan mereka mengabaikan sebarang penyakit yang dialami dan seterusnya menyebabkan tahap kesihatan mereka semakin terjejas. 

Dr Celine Chan Tze Lin - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway Velocity
Dr Celine Chan Tze Lin - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway Velocity

Pakar Perunding Psikiatri daripada SMCV, Dr Celine Chan Tze Lin, berkongsi bahawa lelaki yang tidak boleh bercakap tentang emosi mereka secara terbuka mungkin mengalami kesukaran untuk mengenal pasti simptom masalah kesihatan mental. 

Oleh itu, kurang kurang berkemungkinan untuk mereka mendapatkan sokongan. Bahkan, individu yang dekat dan rapat dengan mereka juga gagal untuk mengesan tanda-tandanya.

“Antara petanda ahli keluarga atau rakan anda mungkin mengalami penyakit mental dan mungkin memerlukan bantuan ialah selalu berasa sedih, cemas, bimbang, cepat marah, mengalami masalah tidur, tidak lagi berminat dengan hobi mereka serta tidak berminat dengan perkara lain. 

Apabila perasan-perasaan ini menjadi semakin kuat, berlarutan untuk tempoh yang lama serta mula mengganggu prestasi kerja dan hubungan, ia mungkin petanda masalah kesihatan mental,” kongsi beliau.

Dr Celine menambah bahawa mempunyai sistem sokongan yang kuat untuk lelaki mahupun untuk mana-mana pesakit lain mempunyai banyak faedah positif, termasuklah kemahiran kawalan diri atau ‘coping skills’ yang lebih baik, mengurangkan kemurungan serta kebimbangan dan tekanan.

“Tanpa sistem sokongan yang kuat, terdapat kemungkinan untuk golongan lelaki menggunakan kaedah kawalan diri yang tidak sihat serta tidak bercakap tentang kesihatan mental mereka kepada ahli keluarga atau kawan-kawan.”

“Satu cara untuk meyakinkan lebih ramai lelaki untuk mendapatkan bantuan ialah melalui cara membuatkan mereka faham bahawa tidak menjadi masalah untuk mereka mendapatkan bantuan serta bercakap dengan seseorang yang dipercayai dan mengambil berat tentang mereka untuk menghilangkan tekanan yang dialami," tambah beliau. 

Mengenal pasti pembunuh senyap di kalangan lelaki

Selain daripada membincangkan isu kesihatan mental, menjalankan pemeriksaan diri dan mendapatkan rawatan untuk penyakit seperti kanser boleh membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik. Pakar Perunding Urologi, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam, menerangkan bahawa pembunuh senyap, yang merujuk kepada kanser yang wujud dan menyebabkan simptom minimum seperti kanser prostat dan kanser testis boleh disembuhkan jika dapat dikesan lebih awal.

Dr Selvalingam Sothilingam - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway Velocity
Dr Selvalingam Sothilingam - Gambar ihsan Pusat Perubatan Sunway Velocity

“Kanser prostat sering dikelirukan dengan hyperplasia prostat benigna (BPH) yang merupakan sejenis keadaan benigna prostat atau bengkak prostat yang selalunya berlaku di kalangan lelaki yang lebih berusia serta lebih banyak berlaku daripada kes kanser.”

“Kanser testis pula boleh bermula daripada sebuah ketulan kecil di testis dan lebih mudah dikesan tetapi hanya jika seseorang lelaki itu selalu melakukan pemeriksaan testis kendiri secara berkala,” terang Dr Selvalingam. 

Kedua-dua kanser ini boleh wujud tanpa sebarang simptom, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai faktor risikonya seperti lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser prostat atau payudara, atau lelaki berumur 50 tahun ke atas terutamanya mereka yang mengalami lower urinary tract symptoms – di mana mereka boleh mendapatkan rundingan doktor dan mempertimbangkan untuk melakukan ujian darah penanda tumor ‘Prostate Specific Antigen’ (PSA).

Bagi kanser testis, antara faktor risikonya ialah mereka yang mempunyai jumlah sperma yang sedikit dengan masalah kesuburan, lelaki yang mempunyai sejarah masalah testis tidak turun atau ‘undescended testis’ serta masalah genetik tertentu. Pemeriksaan testis kendiri adalah cara yang baik untuk mengesan sebarang kekerasan atau ketulan pada testis.

“Rawatan kanser prostat awal kini selamat dan kurang rumit dengan evolusi pembedahan robotik dan kemajuan teknologi dalam radioterapi prostat, menjadikan ia pilihan rawatan yang selalunya memberikan hasil yang baik dengan kesan sampingan yang minimal. 

“Untuk kanser testis, rawatan utamanya ialah melalui pembedahan membuang testis, namun pesakit masih akan mempunyai testis kontralateral yang akan terus menghasilkan hormon lelaki, testosteron dan juga sperma.” 

“Pilihan untuk melakukan perbankan sperma sebelum menjalani pembedahan juga disediakan kepada pesakit yang belum berkahwin atau ingin menambah cahaya mata. 

“Kanser testis tahap awal boleh dirawat dan tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding kes kanser testis yang sudah teruk,” tekan Dr Selvalingam. 

Bantuan disediakan

Ia boleh menjadi satu tempoh yang mencabar ketika menerima diagnosis kanser, dan Dr Selvalingam berkongsi bahawa pesakit boleh mendapatkan bantuan kaunseling untuk membantu mereka melalui tempoh ini. 

“Terdapat NGO seperti Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM) yang terdiri daripada bekas pesakit kanser yang telah pulih dan boleh memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada pesakit baru kerana mereka pernah berada di tempat yang sama. 

“PCSM juga menyediakan kumpulan sokongan di pelbagai hospital untuk membantu mengurangkan kebimbingan para pesakit yang baru didiagnosis dengan kanser prostat."

Dr Celine Chan bersetuju dan menambah bahawa hospital menyediakan sokongan kesihatan mental di jabatan terapi khusus termasuk menyediakan pakar psikiatri, pakar psikologi klinikal dan kaunselor klinikal yang akan membantu pesakit sepanjang tempoh rawatan mereka untuk pulih.  

“Lelaki yang menghidap kanser seperti ini akan sering berasa sedih kerana mereka mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pembiakan.

“Oleh itu, sokongan psikososial daripada orang yang disayangi, rakan sebaya, dan pasukan penjagaan kesihatan, di samping pemeriksaan kesihatan secara berkala dan amalan gaya hidup sihat seperti kerap bersenam telah menunjukkan kepada pengurangan masalah kesihatan mental yang drastik. Justeru, kita harus memberi penekanan kepada hal ini," ujar beliau. - Getaran, 20 November 2022 

Untuk sebarang maklumat atau konsultasi lanjut, sila layari www.sunmedvelocity.com.my

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 8 bulan yang lalu

Ketahui Talian Kecemasan Hospital Berhampiran Kediaman Anda, Jangan Salah Dail 999

2

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Keliru Dengan Simptom Kanser Ovari 

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia