web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#NormalForMe Kempen Fahami Kanser Payudara

Kempen ini bertujuan untuk mengesan tanda-tanda kanser payudara pada peringkat awal agar langkah penjagaan boleh diambil.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 6:00PM

Sejak 30 tahun lalu, Avon menerusi ‘Breast Cancer Promise’ memfokus kesedaran tentang pengesanan awal kanser payudara yang mampu menyelamatkan nyawa. - Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anjal, seperti jeli yang kenyal? Besar, seperti belon yang  cantik? Lembut, umpama bantal yang gebu? Manakah antara ketiga-tiga pernyataan tersebut yang menggambarkan tentang payudara anda? 

Sempena ‘Bulan Kesedaran Kanser Payudara’ Oktober ini, Avon menyeru wanita dan lelaki seluruh dunia untuk berkongsi tiga definisi mereka melalui kempen #NormalForMe. Kempen yang akan dijalankan secara global selama sebulan ini bertujuan untuk menggalakkan perbualan dan pemahaman tentang kanser payudara. 

Sebagai sebuah syarikat peneraju kecantikan yang sudah 30 tahun membawakan ‘Breast Cancer Promise’, Avon memfokuskan kesedaran tentang pengesanan awal kanser payudara kerana ianya mampu menyelamatkan nyawa.

Menormalisasi perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu akan tanda-tanda awal kanser payudara. - Gambar hiasan Pexels
Menormalisasi perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu akan tanda-tanda awal kanser payudara. - Gambar hiasan Pexels

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Avon, Angela Cretu berkata, pihaknya mahu perbualan tentang kesihatan payudara menjadi satu perkara normal supaya langkah pengesanan awal kanser payudara boleh dilakukan.

“Kami mahu menormalisasikan perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu akan tanda-tanda awal kanser payudara dan langkah penjagaan yang boleh diambil. 

“Kami menyeru wanita dan lelaki di luar sana untuk berkongsi tiga perkataan yang menggambarkan payudara mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mengingatkan orang ramai akan pentingnya pemeriksaan kendiri.”

“Bangkit dan bantulah mencegah kanser payudara dengan berkongsi tiga perkataan yang anda rasa mampu untuk mengajak rakan, ibu mahupun kakak anda untuk melakukan pemeriksaan. Periksa. Kongsi. Senyum,” ulas Angela.

Bagi memastikan kempen ini berkesan, wakil Avon dari seluruh dunia akan berkongsi tiga perkataan mereka melalui video sosial sambil bercerita tentang payudara mereka dalam keadaan ‘biasa’. 

Matlamatnya jelas - untuk mengetahui payudara anda dalam keadaan ‘biasa’. Jika sebaliknya, anda akan mengetahui dengan serta-merta seandainya terdapat sesuatu yang berbeza, atau tidak pada tempatnya. 

Dari kiri, Hiba Abdul Rahman, Saliza Khalid dan Navi Indran Pillai. - Gambar ihsan Avon Malaysia
Dari kiri, Hiba Abdul Rahman, Saliza Khalid dan Navi Indran Pillai. - Gambar ihsan Avon Malaysia

Sebagai sebahagian daripada kempen #NormalForMe ini, Avon Malaysia akan bekerjasama dengan tiga pejuang kanser payudara  iaitu Saliza Khalid, Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai yang akan berkongsi kisah inspirasi mereka untuk membantu ramai wanita supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara. 

Dengan kempen yang dipacu di peringkat akar umbi dan disertai oleh penyertaan aktif daripada wakil-wakil Avon, ia menunjukkan bahawa syarikat peneraju kecantikan ini bersungguh-sungguh dalam memacu perubahan dan menjadikan dunia yang lebih baik untuk wanita, sekaligus menjadikan dunia lebih baik untuk semua.

Sempena kempen #NormalForMe ini juga, Avon Malaysia akan mengadakan kempen pengumpulan dana yang menampilkan pilihan produk terlaris Avon termasuk wangian, pakaian intim dan produk penjagaan kulit dari 1 hingga 31 Oktober 2022.

Sumbangan lebih RM2 juta telah disalurkan

Untuk rekod, usaha murni Kanser Payudara Avon Malaysia bermula pada tahun 1994 melalui pelancaran Kempen Kesan Barah Awal (KEBAL), yang kemudiannya dilancarkan semula sebagai Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) pada 2002 oleh Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu. 

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Dalam tempoh 28 tahun, kempen itu telah menyumbang lebih RM2 juta kepada hospital, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang berkaitan. Ini termasuk pendermaan berbentuk wang, penajaan mesin mamogram dan biopsi kepada pusat kanser payudara, dan saringan mamogram secara percuma turut dilaksanakan sebagai program jangkauan.

Melalui kerjasama dengan rakan perkongsian strategik, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Kesihatan, Avon Malaysia juga telah menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan pengetahuan tentang Pemeriksaan Kendiri Kanser Payudara ke kawasan bandar dan luar bandar dalam dekad yang lalu.

Bulan Kesedaran Kanser Payudara berlangsung sepanjang Oktober dan Kempen #NormalForMe Avon bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2022. Orang ramai boleh menyertai kempen ini dengan berkongsi tiga perkataan yang paling tepat menggambarkan payudara anda di akaun Facebook, Twitter atau Instagram dan gunakan hashtag #NormalForMe. 

Selain itu, anda juga boleh lawati shop.avon.my dan beli produk sambil membantu mengumpul dana untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membiayai pemeriksaan payudara, program jangkauan dan penyebaran maklumat kepada orang ramai di Malaysia. - Getaran,  2 Oktober 2022 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup

2

TARA 2 tahun yang lalu

Janganlah Malas Periksa Payudara, Pengesanan Awal Boleh Selamatkan Nyawa

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengecualian Cukai Pendapatan Mulai 2023-2028 Galak Wanita Kembali Bekerja

4

Selera 4 tahun yang lalu

10 Makanan Bantu Kurangkan Risiko Kanser Payudara

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh