web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengecualian Cukai Pendapatan Mulai 2023-2028 Galak Wanita Kembali Bekerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 6:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break atau rehat kerjaya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengecualian itu membabitkan pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga 2028.

Menurut beliau, sejumlah RM235 juta dana pembiayaan disediakan bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran mereka.

Katanya, pembiayaan itu disediakan di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat.

“Saya sempat berjumpa dengan pengasas telekung Siti Khadijah, Padzilah Sulaiman dan tertarik dengan kejayaannya. Beliau pada 2009 mula menjual telekung rekaannya secara kecil-kecilan di Sungai Merab, Bangi.

“Atas tekad meningkatkan kapasiti perniagaan, beliau memanfaatkan pelbagai kemudahan kerajaan yang tersedia. Kini, beliau memiliki lebih 40 butik di Malaysia dan Indonesia,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, setakat Oktober lalu, wanita memegang 29 peratus daripada komposisi Ahli Lembaga Pengarah bagi 100 syarikat senaraian awam utama.

Katanya, kesemua syarikat itu mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah mereka.

“Bagi terus memperkasa peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat, Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, mengenal pasti dan menambah bilangan wanita yang layak untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

“Saya percaya parti-parti politik pun sedang giat mengenal pasti serta berazam untuk mencalonkan lebih ramai wakil rakyat wanita untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Gender Focal Team akan diwujudkan di setiap kementerian dan agensi bagi memastikan dasar yang direncana mengambil kira kepentingan jantina.

“Kita semua di dalam dewan yang mulia ini telah menjadi saksi kepada lulusnya Rang Undang-undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021.

“Komitmen tegas ini adalah untuk menoktahkan segala bentuk gangguan seksual di samping meningkatkan kesedaran semua agar tindakan ini tidak lagi dinormalisasi.

“Bagi menzahirkan usaha ini, Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada kaum wanita dengan peruntukan RM11 juta.

Katanya, berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2012-2016, kanser payudara adalah kanser utama dalam kalangan wanita yang menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah kes.

“Pelaksanaan saringan kanser serviks juga akan diperintiskan menggunakan kaedah baharu ujian saringan PCR yang dipelopori oleh Yayasan ROSE dengan kerjasama Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Sarawak,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad