web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Makanan Bantu Kurangkan Risiko Kanser Payudara

Hindari kanser dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah bersenam dan rajin mengambil sayuran hijau serta buah-buahan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:53AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih dalam mood Pinktober, bulan kempen kesedaran kanser payudara. Fakta menunjukkan, seorang daripada 10 wanita menderita kanser payudara disebabkan gaya hidup moden. Untuk menghindarinya, amalkan gaya hidup sihat. Selain bersenam, pastikan anda mengambil makanan sihat yang kaya nutrisi.

Rajin mengambil sayuran hijau dan buah-buahan adalah salah satu cara untuk mengurangkan risiko terkena kanser payudara. Berikut 10 jenis makanan yang dapat menjaga kesihatan payudara anda.

 

Lobak Merah

Penelitian yang dilakukan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati mereka yang mengambil makanan yang mengandungi banyak karotin setiap hari dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Salah satu sayuran yang kaya dengan karotin ialah lobak merah.

 

Sayur-sayuran hijau

Masukkan sayur-sayuran hijau dalam diet harian. Antara sayuran yang boleh diambil ialah sawi, kangkung, bayam dan brokoli. Sayur-sayuran ini tinggi dengan kandungan vitamin, serat dan antioksidan yang mana boleh membantu menghilangkan radikal bebas serta racun lain dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh daripada segala bentuk kanser, terutama kanser payudara.

Oren

Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan paling kuat yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara. Semakin kerap anda mengambil buah oren, semakin banyak antioksidan ada di dalam tubuh badan. Buah ini juga memiliki peranan penting terhadap peningkatan sistem imunisasi.

Bawang Putih

Bawang putih kaya antioksidan yang dapat mencegah efek radikal bebas yang merupakan penyebab utama penyakit kanser. Sebatian Allium yang terdapat pada bawang putih dikatakan dapat membantu meningkatkan pertahanan semula jadi badan terhadap kanser. 

Lemak Ikan

Lemak Omega-3 asid yang terkandung dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna segar, herring dan ikan kembung bukan sahaja terbukti menyumbang kepada kesihatan jantung, tetapi juga dianggap melindungi dan melambatkan penyebaran hormon sel-sel tumor yang berkaitan.

 

Kacang Soya

Kacang edamame, tauhu, miso, susu kacang soya kaya dengan fitoestrogen. Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Kanser Nasional di Amerika Syarikat mendapati bahawa wanita yang mengamalkan diet tinggi soya kurang berisiko terkena kanser jika dibandingkan dengan mereka yang menjalani diet rendah soya.

Buah Delima

Buah dengan warna merah menawan ini diketahui boleh menghalang pertumbuhan hormon pemacu kanser payudara. Ini kerana kandunga ellagic acid yang terkandung di dalamnya dapat mengawal jumlah hormon estrogen sehingga risiko kanser payudara dapat dicegah.

 

Cendawan

Berdasarkan data yang dicatat dan diterbitkan oleh International Journal Of Cancer, wanita yang mengambil cendawan segar sekurang-kurangnya 10 gram setiap hari dapat mengurangkan 2/3 risiko menghidap kanser payudara. Sementara mereka yang mengambil cendawan serta rajin minum teh hijau terbukti mendapat bekalan vitamin dan mineral yang lebih tinggi sehingga risiko dijangkiti kanser payudara menjadi lebih rendah. 

 

Peria

Buah peria mungkin kurang digemari kebanyakan orang kerana rasanya pahit. Bagaimanapun, buah ini mempunyai khasiat menakjubkan. Peria ternyata dapat melindungi wanita daripada bahaya kanser payudara. 

Ekstrak peria dipercayai dapat melambatkan pertumbuhan, bahkan membunuh sel-sel kanser payudara. Menurut Ratna Ray, profesor dalam bidang patologi dari Saint Louis University, Amerika Syarikat, ekstrak peria dapat membunuh sel-sel kanser tanpa mengganggu sel-sel sihat dalam tubuh. Bagaimanapun, manfaat peria kepada kesihatan payudara masih memerlukan kajian lanjut.

Beri biru

Buah ini telah terbukti menurunkan pertumbuhan sel tumor payudara. Makan satu hidangan beri biru setiap hari untuk mengurangkan risiko kanser. - Getaran, 25 Oktober 2021

Sumber : Medicalnewstoday & healthline

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Selera 1 tahun yang lalu

8 Makanan Yang Sejukkan Badan, Sesuai Untuk Musim Panas!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN