Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Bebaskan Wajah Daripada Jerawat, Kenali Punca dan Guna Produk Yang Tepat

Jangan malas mengamalkan rutin penjagaan wajah yang tepat. Selain itu, gunakan produk yang selamat dan tepat untuk kulit wajah seperti Nanowhite Fresh.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 6:00PM

Kesihatan kulit boleh dijaga dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan rutin penjagaan kulit yang tepat. - Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagaimana keadaan kulit kamu saat ini? Jika ada yang menjawab berjerawat, berminyak, kering, atau kusam, jangan panik! 

Kenyataannya, anda mahu mengembalikan kesihatan kulit dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan lakukan rutin penjagaan kulit yang tepat. 

Mungkin ada yang mengeluh, sudah banyak produk perawatan wajah yang telah dicuba. Namun hasilnya masih sama. Jerawat masih ‘bersahabat baik’ dan kulit wajah menjadi bertambah kusam. Hilang serinya. 

Mungkin masih ada di antara anda yang tidak pasti mengapa masalah jerawat terjadi. Jadi, cuba semak fakta di bawah kerana masalah jerawat ini bukan semata-mata disebabkan produk rawatan wajah yang tidak tepat. Ada lagi sebab-sebab lain, seperti:

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

1. Suka mengambil makanan tinggi gula

Jangan tak tahu, gula berguna untuk meningkatkan kadar gula dalam darah untuk memastikan hormon insulin menjadi seimbang. 

Namun, di sisi lain, pengambilan gula berlebihan berpotensi membuat tubuh tahan terhadap insulin, sehingga produksi hormon testosteron pun meningkat. 

Lama-kelamaan, kulit wajah menjadi berminyak dan seterusnya menyebabkan jerawat timbul. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

Gambar hiasan dari fail
Gambar hiasan dari fail

2. Tidur

Waktu tidur adalah masanya untuk badan berehat dan memulihkan diri. Tidur yang tidak cukup membuatkan sistem pembaikan sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik. Kita harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk sistem imunisasi yang optimum. Jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi merupakan masa penting untuk badan kita memperbaiki sel sel badan.

3. Faktor genetik

Faktor yang satu ini tidak boleh diabaikan. Faktor genetik atau keturunan juga boleh menjadi penyebab timbulnya jerawat. Cuba anda perhatikan ahli keluarga, ada atau tidak di antara mereka yang berhadapan dengan masalah jerawat? Jika ada, ini bermakna besar kemungkinan kulit anda juga cenderung berjerawat.

4. Pengaruh hormon    

Penyebab timbulnya jerawat juga boleh terjadi kerana ketidakseimbangan kadar hormon estrogen atau androgen ketika hamil, menstruasi, menopause dan faktor pencetus lainnya. Jika jerawat kamu berkaitan dengan perkara terbabit, langkah yang paling bagus ialah dapatkan konsultasi dengan pakar kulit agar masalah tidak bertambah serius.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

5. Bakteria

Jangan sentuh dan picit jerawat menggunakan tangan. Tindakan ini akan mengundang lebih banyak bakteria menjangkiti kulit. Memicit jerawat bukan hanya akan menjangkiti kulit di sekelilingnya, tetapi ia juga menjejaskan pemulihan jerawat dan menyebabkan parut hitam.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

6. Malas membersihkan telefon pintar

Biar betul telefon pintar boleh sebabkan jerawat! Mungkin ada yang meragui fakta ini. Hakikatnya, memang benar ‘sahabat baik’ anda itu boleh jadi penyebab. Umumnya, telefon pintar digunakan setiap hari dan ini menyebabkan ia tercemar dengan kekotoran dan bakteria. 

Jika kotoran tersebut tidak dibersihkan, maka permukaan wajah, terutamanya di kawasan pipi akan terjangkit dengan bakteria yang boleh menyebabkan masalah jerawat.  Oleh itu, jangan malas membersihkan skrin telefon pintar anda menggunakan tisu basah dan boleh juga pakai earphone ketika menghubungi atau menjawab panggilan.

Baiklah, daripada 6 perkara di atas, ada atau tidak yang berkaitan dengan anda? Jika ada, bertindaklah dengan bijak untuk mengatasi masalah yang boleh menyumbang kepada keyakinan diri ini. Selain itu, jangan sesekali abaikan penggunaan produk perawatan wajah dan amalkan rutin penjagaan yang tepat. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Produk dengan 100 perarus minyak pati semulajadi

Jika produk yang anda gunakan ketika ini dirasakan tidak sesuai dengan kulit wajah anda, mungkin sudah sampai masanya untuk anda menggantikannya.

Baru-baru ini, jenama penjagaan kulit, Nanowhite melancarkan rangkaian Nanowhite Fresh terbaharu yang dihasilkan dengan 100 peratus  bahan semula jadi yang mampan, mesra alam, vegan dan bebas daripada uji kaji terhadap haiwan (Cruelty-Free).

Rangkaian penjagaan kulit ini dihasilkan khusus untuk golongan remaja berumur di antara 16 sehingga 21 tahun untuk membantu mereka menangani masalah kulit berjerawat. 

Produk ini dirumus dengan 100 peratus  minyak pati semulajadi iaitu minyak pokok teh dan pudina untuk mengawal sebum, minyak berlebihan dan kulit tampak lebih bersih. Lebih menyakinkan, ia terbukti secara klinikal dalam mengurangkan kiraan jerawat dalam masa 1 hari sahaja!

Dos vitamin C ditambah untuk membantu mencerahkan kulit untuk tampak lebih berseri, manakala formulasinya diuji secara dermatologi agar selamat, lembut, tidak mengeringkan dan tidak meregangkan kulit wajah.

Dibina berdasarkan konsep Bersih, Ceria (Clear up, Cheer Up), rangkaian Nanowhite Fresh diciptakan untuk penjagaan kulit secara menyeluruh – Rawat, Cegah dan Penjagaan Selepas, kepada pengguna agar kulit wajah sentiasa yakin bersih dalam rutin kecantikan harian.

Gambar ihsan Nanowhite
Gambar ihsan Nanowhite

Rangkaian Nanowhite Fresh terdiri daripada Clarifying Whip Foam Cleanser, Deep Cleansing Gel, Gentle Cleansing Milk Cleanser, Detoxifying Charcoal Cleanser Miracle Mist, Acne Clearing Gel, Oil-Control Matte Moisturiser dan Skin Renewing Sleeping Essence. - Getaran, 18 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

Hukum Jerawat Pecah Ketika Solat

2

TARA 1 tahun yang lalu

Sweet Qismina Tak Abai Penjagaan Wajah Biarpun Sudah Dimiliki

3

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jika Mahu Kulit Gebu Licin Menawan Jangan Malas Amalkan Rutin Penjagaan Wajah

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera