web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sweet Qismina Tak Abai Penjagaan Wajah Biarpun Sudah Dimiliki

Sweet Qismina dilantik sebagai duta Nanowhite dan berkongsi pengalamannya menggunakan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 2:01PM

Sweet Qismina - Gambar oleh Abdul Razak Latif

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada Oktober lalu, Sweet Qistina memberitahu, dia sama sekali tidak mengabaikan rutin kecantikan biarpun kini sudah bergelar seorang isteri. 

Jelas pelakon berusia 24 tahun ini, penjagaan wajah adalah amat penting kerana tuntutan tugasnya memerlukan dia bertemu dengan orang ramai dan berada di hadapan kamera.

Penjagaan wajah adalah amat penting buat Sweet Qismina kerana tuntutan tugasnya memerlukan dia bertemu dengan orang ramai dan berada di hadapan kamera
Penjagaan wajah adalah amat penting buat Sweet Qismina kerana tuntutan tugasnya memerlukan dia bertemu dengan orang ramai dan berada di hadapan kamera

“Saya rasa selepas berkahwin, saya alami perubahan hormon dan ia memberi kesan kepada kulit wajah saya

“Jika tidak dibersihkan dengan baik, jerawat senang muncul. Jadi saya tidak acuh tak acuh dalam penjagaan kulit. 

“Selain itu, saya juga sangat berhati-hati dalam memilih produk perawatan wajah,” ulas Sweet yang ditemui pada acara promosi rangkaian produk perawatan wajah Nanowhite baru-baru ini.

Sweet Qismina di acara promosi rangkaian produk perawatan wajah Nanowhite baru-baru ini
Sweet Qismina di acara promosi rangkaian produk perawatan wajah Nanowhite baru-baru ini

Sweet yang dilantik sebagai duta Nanowhite tampil berkongsi pengalamannya menggunakan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum yang didakwa mampu mencerahkan kulit dalam masa empat hari dan membuatkan kulit wajah cantik berseri. 

Kehadiran produk ini ke dalam pasaran adalah untuk mengubah perspektif kecantikan dengan mempersembahkan kempen ‘No Filter, Just Clear Glowing Skin’ (Tiada Penapis Foto, Hanya Kulit Cerah Berseri), yang diilhamkan untuk wanita Malaysia memiliki kulit sihat dengan penggunaan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.

Jadi anda tidak perlu lagi menggunakan filter, suntingan dan kesan visual dalam pelbagai aplikasi mudah alih untuk menutup kecelaan, pori-pori dan mencerahkan kulit wajah untuk suapan media sosial.

Sweet yang dilantik sebagai duta Nanowhite tampil berkongsi pengalamannya menggunakan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum
Sweet yang dilantik sebagai duta Nanowhite tampil berkongsi pengalamannya menggunakan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum

“Sebelum saya bersetuju untuk menjadi duta kepada produk ini, saya mengambil sedikit masa untuk mencuba produk ini terlebih dahulu. 

“Saya mahu pastikan yang ia memang berkesan, barulah saya boleh kongsikan kebaikannya kepada peminat dan pengguna di luar sana. Sejujurnya, produk ini sesuai dengan kulit saya.”

“Kerana puas hati dengan kesannya, saya kini memang menggunakan produk ini sebagai base penjagaan kulit saya. 

“Saya boleh nampak kulit saya kelihatan lebih sihat dan berseri. Jadi, tidaklah perlu bergantung kepada filter kamera setiap kali mahu bergambar,” ujar Sweet berkongsi cerita. 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif di Tohtonku, Jasper Lim, menjelaskan bahawa Nanowhite ini membantu pengguna memiliki kulit cerah dan cantik berseri dengan menawarkan produk inovatif dan berkualiti.

Sweet Qismina mahu pastikan yang rangkaian produk ini memang berkesan, barulah dia boleh kongsikan kebaikannya kepada peminat dan pengguna di luar sana
Sweet Qismina mahu pastikan yang rangkaian produk ini memang berkesan, barulah dia boleh kongsikan kebaikannya kepada peminat dan pengguna di luar sana

 “Selama lebih satu dekad, kami telah menawarkan produk inovatif dan berkualiti yang menyeluruh untuk membantu pengguna kami memiliki kulit cerah dan cantik berseri. 

“Kecantikan adalah subjektif, dan Nanowhite ingin mengetengahkan kecantikan kami bermula dari dalam. 

“Dengan kempen ini, kami ingin membantu lebih ramai Wanita Malaysia untuk memiliki kulit yang lebih cerah dan berseri secara semulajadi, tanpa memerlukan filter,” ujar Jasper.

Menurut beliau lagi, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit menjadikannya menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Dengan teknologi pengkapsulan nano, serum ini 10 kali lebih berkesan menembusi kulit, membolehkan bahan aktif diserap dengan lebih mudah oleh lapisan kulit yang jauh lebih dalam.  

Nanowhite Spot Correction Advanced Serum mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit menjadikannya menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian
Nanowhite Spot Correction Advanced Serum mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit menjadikannya menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian

“Serum ini juga mengandungi 400 kali lebih banyak kompleks pencerahan berbanding vitamin C untuk kecantikan tanpa filter.

“Terima kasih kepada Sweet Qismina kerana sudi menyertai kami sebagai duta Nanowhite. Kulit wajahnya yang tanpa cela dan cantik berseri sesungguhnya membuktikan keberkesanan Spot Correction Advanced Serum. 

“Kami ingin berkongsi rahsia ini agar anda juga boleh rasa yakin dengan kulit anda. Kerana, keyakinan dan kecantikan kulit yang sempurna pasti terpancar dalam swafoto anda!”  Jasper. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk perawatan wajah ini, sila layari laman nanowhite.com.my . - Getaran, 24 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ziana Zain Dilantik Sebagai Duta Akademi Perunding Kewangan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Duta Malaysia Syed Md Hasrin Serah Watikah Pelantikan Kepada Jokowi

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh